Jan 28, 2009

Doa Qunut Dan Bangun Dari Sujud

Salam

Soalan 1:
Adakah ada nas untuk duduk sebelum bangun dari sujud i.e rakaat 1 dan 3 pada solat Zuhur.

Jika tiada, boleh ke kalau buat(walaupun tak dianggap ibadah)

Sekiranya kita melakukannya, katalah lupa tu rakaat 2 padahal rakaat 1, takpe ke?


Soalan 2:
Merujuk kepada isu Qunut di:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32298

-sekiranya berimamkan imam yang Qunut, adakah kita kena ikut Qunut juga, dan apakah hukumnya sekiranya makmum berdiri,tetapi senyap saja.

-sekiranya makmum memilih untuk ikut qunut, pernah dengar pendapat bahawa Qunut samada perlu Amin pada bacaan imam, ataupun masing2 baca bacaan qunut keseluruhannya. betul ke.

-style Qunut yg diketahui di malaysia ialah amin pada beberapa rangkap awal.. kemudian baca masing2 senyap. betul ke tu.

Wassalam
_________________

Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jawapan 1:

- Duduk yang dimaksudkan dinamakan duduk istirahah, iaitu: duduk sekejap sebelum bangun daripada rakaat pertama, dan rakaat ketiga.

- Terdapat nas yang sahih dan jelas bahawa Nabi SAW melakukan duduk istirahah, iaitu hadis Malik bin Huwairith r.a.

أنه رأى النبي صلى الله عليه و سلم يصلي فإذا كان في وتر من صلاته لم ينهض حتى يستوي قاعدا

Maksudnya: Beliau melihat Nabi SAW bersolat. Apabila baginda berada dalam rakaat ganjil daripada solatnya (yakni selesai sujud pada rakaat pertama dan ketiga), baginda tidak bangkit sehingga duduk tetap (sekejap).
Direkod oleh Bukhari (no: 789).

Sahabat yang meriwayatkan hadis ini ialah Malik bin Huwairith. Beliau datang ke Madinah beberapa hari untuk mengambil ilmu dengan baginda. Ketika tempoh itulah beliau melihat Rasulullah SAW bersolat dengan ada duduk istirahat. Dan apabila Malik mahu pulang ke tempatnya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".


Jawapan 2:

- Jika imam qunut, maka makmum juga mestilah meraikan pendapat imam. Tidak boleh berpecah semata-mata perbezaan pendapat feqah.

Kata Ibn Taimiyyah: Harus bersolat secara berjemaah sesama mereka (yang berbezah pendapat). Sebagaimana para sahabat, tabieen dan imam-imam selepas mereka bersembahyang sesama mereka, walaupun mereka berbeza pendapat dalam masalah-masalah feqah.

Katanya lagi: Tidak ada salaf pun yang mengatakan tidak boleh berjemaah sesama mereka yang berbeza pendapat. Sesiapa yang mengingkari hakikat ini, maka dia sesat dan berbuat bidaah, serta menyalahi Quran, sunnah dan ijmak.

Katanya lagi: Ada kalangan sahabat yang membaca Bismillah ketika solat, ada yang tidak membacanya. Ada yang membaca Bismillah secara nyaring, dan ada yang memperlahankannya. Ada yang membaca qunut pada solat Subuh, dan ada yang tidak membacanya.

- Bacaan qunut yang berbentuk doa, imam membacanya dengan lafaz jamak manakala makmum mengaminkannya. Adapun lafaz puji-pujian kepada Allah, imam membacanya dan makmum hanya diam atau membaca sendirian dengan perlahan.

- Style tersebut adalah kerana permulaan qunut adalah doa (imam membaca dan makmum mengaminkan), dan akhir qunut itu adalah pujian-pujian kepada Allah. Maka makmum boleh senyap atau membaca perlahan.

Wallahu A'lam.

5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...adakah sah solat sekiranya membaca basmalah sebelum membaca doa qunut

Anonymous said...

apabila masbuq solat subuh, dah ikut imam qunut perlu qunut lagi ke tidak?

Admin said...

sah solat jika baca basmalah sebelum qunut

Adimn said...

masbuq solat subuh, jika telah bersama imam doa qunut tak perlu diulang lagi... doa qunut hanya sunat tidak membatalkan solat... WA

Aida said...

https://muis.org.my/2010/06/membaca-dua-kali-qunut-dalam-solat-subuh/

Post a Comment