Jan 24, 2009

Tajwid Imam Baca Fatihah

Assalamu'alaikum,

Saya ada masalah iaitu mengenai bacaan surat al-fatihah yang dibacakan oleh imam di sebuah surau sewaktu bersolat jemaah. Pada ayat صر dalam ayat 6: ...اهدنالصرط dan ayat 7: ...صرط ,beliau telah membaca melebihi 2 harkat (lebih kurang 4-5 harkat). Soalan saya adakah bacaan surat fatihah yang dibaca oleh beliau dianggap betul. Jika tidak betul, macamana kedudukan solat tersebut adakah sah atau sebaliknya.

wassalam.

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr walid_izza dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Pembacaan huruf Ra (الصِّرَاطَ) lebih dari 2 harkat merupakan kesalahan teknikal didalam tajwid. Akan tetapi, bacaan ini, iaitu bacaan huruf Ra nya lebih dari 2 harkat ini tidak mengubah makna perkataan dan Solat itu masih sah.

Menurut Syeikh Abdul Karim al-Khudayr :-

الإمام الذي يلحن في الفاتحة لحناً يُخلّ بالمعنى لا تصح إمامته ، وما عداها الصلاة صحيحة ما لم يرتكب محظوراً في قراءته بأن يحرّف في القرآن ، أو يزيد أو ينقص منه متعمداً فمثل هذا صلاته باطلة .

"Jika Imam membaca al-Fatihah salah (Lahn) dan mengubah maksudnya, tidak sah Imamnya. Jika sebaliknya, selama-mana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh mengubahkan (maksud) al-Quran, atau menambah, atau menghilangkan sesuatu (huruf) secara sengaja. Maka contoh ini solatnya batal." [1]

Contoh-contoh penukaran yang jelas adalah seperti (contoh diambil dari buku al-Qaul al-Mubin fi Akhthaa'i al-Musholeen) :-

- Perkataan (الَّذِينَ ) kepada (اللزين)
- Perkataan (الْحَمْدُ) kepada (الهمد لله)
- Perkataan (الضَّالِّينَ) kepada (الظّالين)

Kesimpulannya, bacaan Ra (الصِّرَاطَ) lebih dari 2 harkat tidak mengubah maksud perkataan tersebut, iaitu "jalan", maka Solatnya masih sah.

Sekian, wassalam
-----------
Rujukan :

1. أثر اللحن في الفاتحة على صحة الصلاة
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619994

1 comments:

Balqis said...

Assalamualaikum,

Saya ada masalah mengenai bacaan tahiyat akhir,saya ragu - ragu pada bacaan "ورحمة الله وبركا"ته ,sebelum ini saya baca "ته" dalam keadaan huruf ت nipis ,and saya pesan dlm hati aishh jangan layan was -was,smpi la suatu hari terdetik nk dengar semula bacaan yang benar,rupa rupanya salah , adakah perlu ganti semula solat and klu lupa berapa jumlah bilangan yang perlu ganti ?

Post a Comment