Jan 25, 2009

Solawat semasa solat tarawih

Salam

Jika boleh mohon disegerakan jawapan.

Saya telah dilantik untuk membaca solawat semasa solat tarawih berjamaah di surau. Saya masih ragu2 untuk meneruskannya kerana bimbang ia adalah bid'ah. Persoalan saya adakah bacaan tersebut termasuk dalam bid'ah?

Terima kasih.

******************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Berselawat dianjurkan oleh syarak secara umum. Boleh dilakukan oleh mana-mana individu muslim bila-bila masa termasuklah antara rakaat2 sembahyang sunat.
Tetapi menganjurkan selawat dengan tatacara tertentu, dengan tertib tertentu, bacaan2 tertentu, dibuat secara beramai-ramai secara nyaring, dan ditetapkan pada setiap kali rakaat solat terawih, sebagaimana amalan masyarakat Melayu hari ini adalah satu bidaah, kerana menepati definisi bidaah.
Kerana Bidaah ialah: Satu bentuk amalan dalam agama, yang diada-adakan, yg menyamai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam beribadat kepada Allah. (al-I'tisham 1/37).

Oleh itu, kami mencadangkan:
-jika anda berpengaruh dalam menentukan keputusan surau atau masjid, anda hendaklah mencadangkan supaya dimansuhkan amalan tersebut, dengan cara berhikmah.
-jika tidak mampu, hendaklah berlepas diri daripada menjadi ketua/ikutan dalam perkara bidaah. Sekurang2nya itu adalah satu tanda anda cuba mencegahnya dengan hati.

Wallahu al-Muwaffiq

4 comments:

FZ Rider said...

salam...
saya menjadi musykil..merujuk kepada defini bidaah tu, "Satu bentuk amalan dalam agama, yang diada-adakan, yg menyamai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam beribadat kepada Allah. (al-I'tisham 1/37)." sekiranya amalan itu tidak berlebih-lebihan, adakah akan jatuh sebagai bidaah juga?? pada pandangan saya, solawat selepas tarawikh yang dilakukan tidaklah berlebih lebihan dan tidak pula diletakkan hukum wajib or sunat. selain itu, dlilihat juga di zaman nabi, tarawikh didirikan 8 rakaat. pada zaman saidina omar 20 rakaat. adakah omar melakukan bidaah?? tidakkah berlebihan amalan yang dilakukan?? adakah bidaah yang dimaksudkan disini sebagai bidaah yang salah disisi agama?? berdoa selepas solat,solawat selepas solat.tidak dilakukan secara berlebihan. cuma mengharap keredhaan Allah swt. tolong jelaskan..-hamba Allah.

aizuddin said...

jatuh atau tidak bidaa itu kita kena faham betul2 apa istilah sebenar "bidaah", panjang lebar penghuraian ulamak nak turunkan di sini. Ringkasnya urusan ibadah yang tak ada sandaran dari Rasulullah saw maknanya bukanlah SUNAT walaupun tujuannya baik utk mendapat keredhaan Allah. Bersalawat antara solat tarawih tak salah kalau dibuat sendiri sendiri, di Mekah pun orang tawaf antara dua solat tu, yang salahnya bila dibuat menjerit kuat hati dengan disambut pulak orang lain reramai. Dahlah memang tak dalil sandaran seolah oleh perbuatan tu dah macam perbuatan SUNAT pulak. Samalah jugak berdoa beramai-ramai lepas solat fardu, tak siapa yang kata salah berdoa lepas solat ni yang salahnya cara yang orang kita buat ni, berdoa dan berzikir beramai-ramai kena pakai satu ketua pulak.

Solat tarawih berbeza rakaat tu bukan bidaah, Rasulullah pernah buat, panjang sangat kalau nak diceritakan, di masjid Nabi di Madinah orang pernah buat sampai 36 rakaat.

yang salah bukan berdoa lepas solat, bukan salah bersalawat, bukan salah berzikir, yang salah tu cara yang orang kita buat.

farell said...

saya betul2 hairan.kenapa selawat semasa terawih menjadi bidaah..sedangkan selawat itu adalah tuntutan syarak..bila2 masa sahaja kite bleh selawat.selawat keatas nabi adalah salah satu cabang kita mengingati Allah.Allah ada berfirman dalam surah al-nisa ayat 103, "apabila kamu telah selesai solat ingatlah kepada Allah ketika kamu berdiri,duduk mahupun berbaring".jadi selawat itu tidaklah menjadi kesalahan selagi mana ia tidak dicampurkan dalam solat yang telah digariskan.yang paling penting kita tidak iktikad didalam hati bahawa selawat semasa terawih itu satu kewajipan dan ada ganjaran pahala tertentu.itulah baru dinamakan bidaah..kalau selagi tidak ditetapkan tidaklah menjadi kesalahn.lagipun semasa selawat boleh digunakan untuk berehat sekejap sebelum disambung rakaat seterusnya.bidaah yang dikatakan oleh nabi itu adalah suatu yang sangat besar.NERAKA tempatnya.adakah neraka jika berselawat keatas nabi.??

HAJI MOHAMAD BIN JUSOH said...

Sijahil akan berfatwa mengikut kejahilan. Istilah bid'ah banyak menjadikan wahabi menjadi manusia yg jahil dan suka menjahilkan ulama'.

Post a Comment