Jan 25, 2009

Solat Tarawih Berjemaah Bid'ah?

Salam

Saya sungguh hairan apabila ada rakan saa yg menyatakan bahawa jika solat tarawih berjemaah itu bid'ah....jadi saya inginkan penjelasan yg lengkap tentang perkara ini termasuklah hujah-hujah daripada hadis dan sebagainya.Harap soalan saya ini dijawab sebaiknya.Terima kasih.

******************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Jawapan balas yg pertama sekali ialah anda kena jelaskan definasi bid'ah yang sebenarnya dari hadith muttafaq alaih," sesiapa yg merekacipta suatu yg baru dalam ajaran agama kita yang bukan bahagian darinya, maka ia TERtolak" (syarh sunnah, alBaghawii, no 103, tahqiq S al-Arnaouth)

Walhal, solat tarawih berjama'ah ni bukanlah suatu yg baru. Pernah dilakukan oleh Nabi saw beberapa malam, kemudian baginda hentikan kerana dibimbangi para sahabat akan interpret sebagai suatu kefardhuan yg baru. Abu Bakar ra juga tidak meneruskan kerana bimbang. Cuma di era pemerintahan khilafah Umar al-Khattab ra, bila kebimbangan itu sudah hilang, maka ia dihidupkan semula secara resmi. Maka apa yg dihidupkan oleh Khulafa' arRasyidin ini bukan bid'ah kerana amalan khulafa arrasyidin adalah juga sunnah. Dalilnya : " sabda baginda, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khulafa arrasyidin yang mendapat petunjuk" [al-Qardhawi, al-Muntaqa, hadith no 24] sahih

Jadi solat tarawih berjama'ah itu sah bukan bid'ah, kerana menyalahi definasi bid'ah, pernah diamalkan oleh Nabi saw dan dihidupkan oleh salah seorang khalifah yg diberi petunjuk (Umar). sekian

3 comments:

Anonymous said...

Betulkan sesuatu itu akan jadi bid'ah sekiranya dianggap rutin atau adat? Cthnya solat terawih berjamaah. Saya bertanyakan begini kerana kebanyakan yang saya lihat pergi masjid hanya kerana Bulan Ramadan tetapi bulan2 lain tidak. Terima kasih.

Admin said...

Definasi n maksud "bida'ah" perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Panjang huraian ulamak insyaAllah akan dipublish sedikit masa lagi. Bukan kerana dianggap rutin atau adat tetapi sesuatu yang baru yang diada-adakan dalam soal ibadat (buan soat dunia), tidak ada dalil contoh dari Rasulullah saw.

Soalt tarawih adalah sunnah bukan bida'ah, secara ringkasnya telah diterangkan di atas.

Anonymous said...

Pi le surau atau masjid solat tarawikh berjemaah.

Sesekali boleh berjemaah di rumah dgn anak isteri, & keluarga. Apalagi klu balik kg, boleh berjemaah dgn adik beradik ipar duai, mak bapa mentua dll.

Kalau balik dari outstation dll ke, nak ke surau/masjid kita letih atau mereka dah selesai solat, buat le sorang2 di rumah.

Yg penting jgn tak buat.Rugi walau sunat.

Mestilah berusaha utk ada ilmu ttg solat tu, boleh jadi imam, makmum & sendirian. Mudah aje insyaAllah.

Post a Comment