Jan 24, 2009

Soalan Hadis mungkar

Salam...

1. Ust thtl, ana maksudkan dalam soal-jawab sebelum nie khatib memegang tongkat...tegeliat jari2 menaip nie tulis khatib memegang mimar pula.. jadi soheh yer amalan nie?? bolehkah diganti dengan pegang apa2 yang lain...

Ok,soalan ana:
Apa maksud hadis mungkar? yg ana faham hadis mungkar nie adalah hadis yang bertentangan dengan hadis sahih/al-quran.. jika betul fahaman ana, minta ust terangkan kenapa hadis nie mungkar

Apabila bida'ah2 sudah bermaharajalela dan umat kebelakangan sudah mengutuk umat terdahulu, maka barangsiapa yang memiliki ilmu hendaklah menyebarkannya, kerana org yg menyembunyikan ilmu pada waktu itu bererti menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah kepada Muhammad SAW' (Silsilah hadis Dhaif&Maudhu's: hadis no 1506)

Ana xfaham mana yang mungkar.. jazakallah khair

************************
thtl
Wassalam

alJawab

1. Perihal Khatib memegang tongkat di atas mimbar

Kata Imam Ibn Qayyim aljauziah (alZaad: 1/429), adalah Nabi saw bila berkhutbah semasa perang, dia memegang busur panah, dan bila khutbah Juma'at, baginda memegang tongkat. Tidak ada riwayat bahawa baginda memegang selain busur atau tongkat.

Apabila diajukan soalan kpd Mantan Mufti 'Am KSA, Samahah SyaikhBen Baz, beliau berkata, khatib ingin pegang tongkat pun boleh, jika dia tidak mahu (memegangnya) pun dibolehkan.

Komentar Prof Dr alQardhawi apabila diminta mengulas isu tongkat khatib JUma'at menjelaskan, adapun persepsi kesunnahan memegang tongkat ketika berkhutbah itu adalah contoh kekeliruan umat Islam berinteraksi dengan sunnah Muhammad saw. Baginda bertongkat ketika khutbah kerana tongkat itu adalah pembantunya kerana baginda sudahpun lanjut usia dan peranan tongkat di zaman dahulu ialah amat penting sebagai membunuh ular, kala dan binatang berbisa, sebagaimana pentingnya tongkat buat Musa AS. Amatlah dukacita umat Islam hari ini melihatnya sebagai sunnah atau sebhagian dari pakej khutbah Juma'at lalu mereka memperindahkan membikin tongkat Juma'at dan ada yg bertatahkan perak dan emas berlian. Ini adalah suatu kejahilan dalam melihat sunnah. Pendapat yg benar ialah tongkat itu merupakan keperluan harian Nabi kerana usianya dan kegunaan tongkat di zaman itu dan bukanlah tuntutan Juma'at dan khutbahnya.

sekian

2. Hadith Mungkar

Mungkar dalam bahasa Arab ertinya yang tertolak
dalam uloom hadith: hadith mungkar ialah hadith yg tertolak kerana terdapat perawinya yg banyak kekeliruan (hafalannya) atau banyak melakukan kefasikan (dosa), ini adalah salah satu definasi hadith mungkar (Mahmud atTahhan, Taisir Mustalah alHadith, Dar alQur:an , Beirut, 1979, ms 95)

Hadith yg anda nukilkan itu walaupun nampak sahih maknanya, tapi ia bermasalah dalam sanad (rantaian periwayatannya, di mana ada perawi yg bermasalah)

sekian

0 comments:

Post a Comment