Mohon penjelasan dari panel. Saya cut & paste dari laman web ibn qayyim. Apakah hukum ini pegangan salafi. Terima kasih.
@@@@@@@@@@@@@
"Pandangan sebahagian fuqaha yg mengatakan bhw makmum wajib membaca al-fatihah dlm solat berjemaah bacaan jahri antara lain mereka berdalilkan hadith2 berikut:-
1. Drp Ubadah ..... Rasulullah bersabda "Jangan kamu berbuat demikian (membaca di belakang imam) kecuali dgn Ummul Quran, kerana sesungguhnya tiada solat bagi orang yg tidak membacanya"
Riwayat Abu Daud dan Tarmizi.
2. Drp Ubadah juga dlm lafaz yg lain.... Janganlah kamu membaca sesuatu apapun drp AlQuran apabila aku menjaharkan bacaannya, kecuali membaca Ummul-Quran (Fatihah).
Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Daraqutni. Bagi Daraqutni semua rawinya boleh dipercayai.
3. Drp Ubadah, bhw Nabi SAW bersabda " Jangan sekali-kali seseorang kamu membaca sesuatu drp Al-Quran apabila ku jaharkan bacaan kecuali membaca Ummul-Quran.
Riwayat Abu Daud- disisi Abu Daud semua rawinya boleh dipercayai.
Jawapan saya: Bila diperhatikan kesemua hadith di atas, ketiga-tiganya datang dari jalan Muhammad bin Ishak bin Yasar (Ibnu Ishak) yg banyak tuduhan ke atasnya spt tidak jujur, pendusta, dan lain-lain.
Oleh itu, hadith tersebut kesemuanya lemah dan tidak boleh dijadikan dalil dlm mewajibkan bacaan fatihah dlm solat jemaah bacaan jahar "
***************
kamin
Panel Feqh
Assalamu'alaikum
Sedikit tambahan :-
Ulama2 yang berpegang kepada kewajipan membaca al-Fatihah dibelakang Imam walaupun solat yang bacaannya dilakukan secara jahar adalah berdasarkan hadith sahih :-
لا صَلاة لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
"Tidak ada solat bagi yang tidak membaca pembukaan kitab (al-Fatihah)" (Hadith Riwayat al-Bukhaari #714)Berkata al-Hafiz Ibn Hajar didalam Fath al-Baari :
وَقَدْ ثَبَتَ الإِذْنُ بِقِرَاءَةِ الْمَأْمُومِ الْفَاتِحَةَ فِي الْجَهْرِيَّةِ بِغَيْرِ قَيْد , وَذَلِكَ فِيمَا أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيّ فِي " جُزْء الْقِرَاءَة " وَاَلتِّرْمِذِيّ وَابْن حِبَّانَ وَغَيْرُهُمَا مِنْ رِوَايَة مَكْحُول عَنْ مَحْمُود بْن الرَّبِيع عَنْ عُبَادَة " أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ثَقُلَتْ عَلَيْهِ الْقِرَاءَةُ فِي الْفَجْرِ , فَلَمَّا فَرَغَ قَالَ : لَعَلَّكُمْ تَقْرَءُونَ خَلْفَ إِمَامِكُمْ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ . قَالَ : فَلَا تَفْعَلُوا إِلا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ , فَإِنَّهُ لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِهَا
"Telah terbukti bahawa kebenaran diberkan kepada mereka yang bersolat dibelakang Imam untuk membaca al-Fatihah didalam solat dimana bacaan al-Quran dibaca dengan jahr (kuat), tanpa pengecualian. Itulah yang diriwayatkan oleh al-Bukhaari didalam Juz al-Qiraa'ah, dan oleh al-Tirmudzi, Ibn Hibban dan lain2, dari Makhool, dari Mahmood ibn al-Rabi', dari 'Ubaadah, bahawa Nabi saw Nabi saw terganggu didalam bacaan Fajr, dan apabila tamat, baginda berkata : Adakah kamu melakukan bacaan dibelakang Imam? Mereka menjawab : YA. Baginda berkata : Jangan kamu melakukan begitu melainkan dengan Kitab pembukaan (al-fatihah), kerana sesungguhnya tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca (al-Fatihah) baginya"Mengenai hadith yang menyebut bahawa bacaan Imam adalah bacaan ma'mum, mereka mengatakan bahawa statusnya adalah dha'if (lemah) :
من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة
"Bacaan Imam adalah bacaan mereka yang bersolat dibelakangnya"Menurut fatwa (#5232) yang dikeluarkan oleh al-Lajnah al-Daa'imah Arab Saudi :-
الصحيح من أقوال أهل العلم وجوب قراءة الفاتحة في الصلاة على المنفرد والإمام والمأموم في الصلاة الجهرية والسرية لصحة الأدلة الدالة على ذلك وخصوصها
"Adalah benar pandangan ulama' baahwa wajib membaca al-Fatihah apabila bersolat bersendirian dan wajib keatas Imam dan M'mum didalam solat jahr (kuat) kerana berdasarkan Sahih dan Khususnya nas yang menunjukkan begitu" [al-Lajnah al-Daa'imah, 6/384).Demikianlah khilaf ulama' didalam membicarakan tentang kewajiab membaca al-Fatihah dibelakang Imam yang membaca al-Quran secara kuat (Jahr). WA.
wassalam
0 comments:
Post a Comment