Jan 24, 2009

Saf Imam wanita

Assalamualaikum..

berikutan kes Aminah Wadud, banyak artikel yang ditulis. saya nak bertanya kepada panel al-ahkam adakah betul imam wanita bagi kaum wanita hendaklah duduk didalam saf yang pertama. tidak seperti imam lelaki yang berada seorang dihadapan makmun saf pertama. Hal ini adalah menurut artikel yang saya baca dari lama web jakim. penulis tersebut menyebut begitu.jadi mintak panel fiqh dalil perbuatan demikian.. jazakallah khair..wslm

***********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr sham2122 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jika wanita berkumpul beramai-ramai menunaikan solat berjemaah, wanita yang menjadi Imam hendaklah berdiri ditengah2 saf, bukan di hadapan, dan tidak boleh mengimami lelaki walaupun mereka itu mahram mereka. Dia boleh membaca dengan kuat seperti mana Imam lelaki membacanya pada keadaan yang memerlukan, selama-mana tiada lelaki melainkan mahramnya dapat mendengar suaranya.

Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :-

وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح.
"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal), iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah" [Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874]

Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2 tersebut :-

1. Dari Raa'ith al-Hanafiah :

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا وكيع ثنا سفيان عن ميسرة أبي حازم عن رائطة الحنفية : ( أن عائشة أمت نسوة في المكتوبة ، فأمتهن بينهن وسطاً .).
"Bahawa A'isyah ra mengetuai kaim wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah].

2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :

عبد الرزاق عن الثوري عن عمار الدهني عن حجيرة بنت حصين قالت : : (أمتنا أم سلمة في صلاة العصر قامت بيننا.).
"Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]

3. Dari Rithah al-Hanafiah :

عبد الرزاق عن الثوري عن ميسرة بن جبيب النهدي عن ريطة الحنفية : (أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة.).
"Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
-----------

Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-

وبالجملة فهذه الآثار صالحة للعمل بها ولاسيما وهي مؤيدة بعموم قوله صلى الله عليه وسلم : " إنما النساء شقائق الرجال " ... .
"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].

Wallahu A'lam, wassalam
=========
Rujukan :

1. Jemaah Mufti IslamOnline. إمامة المرأة وحكم أذانها وإقامتها . URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=24874

2. Syeikh Nasyiruddin al-Albani. صفة صلاة النبي صلى الله عليه وسلم. Riyad : Maktabah al-Ma'aarif, 1996.

8 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum,
Saya kurang jelas dengan kenyataan diatas kerana ia menunjukkan situasi dlm jemaah yg ramai..bagaimana sekiranya menjadi imam dan hanya seorang makmum atau bilangan makmum yg sedikit?

Permata Ibu said...

assalamualaikum. A
Saya merupakan ibu kepada 3 orang anak :
1. perempuan sudah haid berumur 9 tahun
2. lelaki belum berkhatan /baligh berumur 8 tahun
3. perempuan berumur 4 tahun.

Soalannya:
Bolehkah kiranya saya hendak mengimamkan ketiga-tiga anak saya dan bagaimana caranya?

Mama said...

Tidak ketinggalan juga dalam keluarga saya dimana saya mempunyai 5 orang anak perempuan. 4 orang sudah baligh dan seorang lagi belum baligh. Bagaimanakah kedudukan saf sekiranya saya ingin mengimamkan anak - anak saya. Jawapan kemusykilan saya didahului ucapan terima kasih.

Admin said...

Wanita tidak boleh menjadi imam kepada kanak2 lelaki walau pun anak itu belum baligh.

Saf wanita dengan imam wanita duduk dalam satu baris kesemua termasuk imam. Kedudukan imam adalah ditengah-tengah saf dan sedikit sahaja kedepan masih dalam baris yang sama.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Terimakasih atas jawapan admin.

Saya ingin menambah soalan. Sekiranya ruang solat adalah kecil ( cukup hanya 3 orang 1 saf ).

1. Makmum ada 5 orang. Saf dihadapan terdiri drpd seorang imam ditengah2, sebelah kiri makmum 1 & sebelah kanan makmum 2. Bagaimana kedudukan 3 orang makmum yang lain. Adakah kedudukannya kena sebaris dgn saf dihadapan.

2. Makmum 4 orang.Saf dihadapan terdiri drpd seorang imam ditengah2, sebelah kiri makmum 1 & sebelah kanan makmum 2. Bagaimana kedudukan 2 orang makmum yang lain.

3. Makmum hanya seorang. Adakah kedudukan makmum disebelah kiri imam atau disebelah kanan imam.

Anonymous said...

Perempuan disarankan solat di rumah, klu nak ke surau/masjid jgn larang.

Yg muda2 tu solat le di rumah. Klu dah tua, tambah pula suami mmg kaki surau/masjid, kat rumah depa berdua saja, nak pi jemaah di surau/masjid silakan. Tapi klu dia nak solat kat umah pun ok. Allah lebih tau, knapa disarankan begitu.Yg disarankan SANGAT2 berjamaah di rumahNya ialah lelaki.

Ttg solat jemmah sesama perempuan, org perempuan kena ada ilmu, esp ibu2, sbb dia bole sama2 solat dgn anak2 perempuannya, termasuk solat taraweh. Ye le, kdg2 nak juga pi surau/masjid, bawa anak2 kecil .. kan susah tu. Kerana tak faham menyusahkan diri sendiri & org lain.

Sesekali tu bole pi le, bila ade sapa2 yg uzur tolong jagakan anak2 kecik, sbb nak campur masy.

Kedudukan imam & makmum perempuan telah dinyatakan di atas, klu ramai & tak cukup ruang, buat saf ke2 pulak. Beli buku2 yg ada gambor atau klik tenet, & bertanya dgn yg tau (berguru tu penting utk semakan & confirm, tak leh berguru dgn tenet & buku semata2).

Islam tu mudah, timba lah ilmu.

Amik & amal yg mudah2 & diyakini dulu, nanti banyak sangat nak ikut pendapat2 , pening pulak, wlu pendapat2 ulamak tu boleh dipraktikkan.

Pelan2.. tapi istiqamah

Cik Anggur said...

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau muslimat sedang bersolat jemaah di surau berimamkan imam yang juga muslimat ,
kemudian datang pula seorang muslimin juga untuk bersolat .
Jadi , apa yang patut muslimat-muslimat tersebut lakukan ?
Mereka berada di dalam bangunan yang sama tetapi dipisahkan oleh tabir sahaja .

Terima kasih .

Anonymous said...

salam, admin, mengikut stu page yg sya baca , x bole lebih sedikitpun saf imam wanita dgn makmum. mna stu betul ni.

Post a Comment