Assalamu'alaikum,
Seorang imam surau di tempat saya jarang menunaikan solat zohor dan asar di surau sejak kebelakangan ini. Sebaliknya beliau bersolat pada waktu2 tersebut di masjid yang kebetulan tidak jauh dari surau. Alasan yang diberikannya kerana tiada makmum pada waktu2 tersebut. Beliau biasanya bersolat bersendirian di surau. Apa hukumnya imam itu bertindak demikian? Sila ustaz beri penjelasan.
****************
thtl
Wassalam
alJawab:
Tindakan Imam itu adalah sahih. Ini kerana tujuan didirikan musalla yg kecil untuk menampung bilangan penduduk yg tidak mampu ke mesjid Jami'. jika musalla itu tidak ada lagi makmum, maka sudah tentu si Imamnya hendaklah pergi ke mesjid jami' utk mendapatkan solat Jama'ah. ini kerana solat berjama'ah itu derjatnya 27X kali ganda dari solat sendirian di musalla itu (sahih Muslim #650)
Maka makmum hendaklah mengadakan syuura utk menilai status musalla mereka, apakah masih releven atau bubarkan sahaja.
sekian
Jan 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment