http://www.jomsolat.tk
******************
Jawapan 1:
Seseorang itu dikira mendapat rakaat apabila dia sempat untuk rukuk bersama imam pada kadar toma'ninah, sekalipun tidak sempat membaca Al-Fatihah atau hanya sempat membaca sebahagiannya sahaja.
Jawapan 2:
Orang yang mendapati imam dan jamaah sudah duduk tasyahhud akhir, boleh memilih untuk tunggu hingga jamaah selesai solat, lalu memulakan solat bejamaah yang baru jika didapati ada orang lain untuk berjemaah dengannya (melainkan orang itu memegang pendapat tidak boleh didirikan 2 jamaah dalam suatu masjid sekalipun tidak serentak). Ini yang disebut oleh Ibn Baz dalam Tuhfatul Arkan.
Tetapi jika tiada sesiapa baginya untuk mendirikan jamaah yang baru, hendaklah orang itu memulakan solatnya dengan menyertai tasyahhud akhir tersebut. Dia dikira mendapat jamaah tersebut tetapi tidak
mendapat rakaat. Oleh itu, selepas imam memberi salam kedua, hendaklah orang itu bangun dan menyempurnakan solatnya iaitu memulakannya dengan rakaat pertama. Ini berdasarkan umum hadith Nabi SAW:
فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
Terjemahan: "...maka apa yang kamu dapati (dari kedudukan solat), hendaklah kamu solat, dan apa yang kamu tertinggal, hendaklah kamu sempurnakan" (riwayat Ahmad, kata Syu'aib Al-Arnaut: isnadnya sahih di atas syarat As-Sahihayn).
_________________
Ustaz Rasyid bin Idris, IQ
2 comments:
Assalamualaikum...
Sekadar ingin bertanya.. Seseorang itu telah tertinggal 2 rakaat sembahyang Asar berjemaah dan hanya pada rakaat ke 3 beliau dapat bersama2 menunaikan 2 rakaat yang seterusnya.. setelah imam memberi salam, beliau bangun untuk menunaikan 2 rakaat yang tertinggal.. Adakah beliau perlu mengulangi tahayat awal yang tertinggal sebelum ini???
W'salam
masbuk ketika imam pada rakaat ke 3. Bila imam sampai pada rakaat ke 4 (akhir) semasa imam duduk tahiyat akhir kita ikut duduk. Imam duduk tahiyat akhir kita duduk tahiyat awal, imam baca tahiyat akhir kita baca tahayat awal (sebab kita baru rakaat ke 2). Selepas imam memberi salam kita bangun habiskan 2 rakaat terakhir... WA
Post a Comment