Jan 17, 2009

Makmum Berlumba Mendahului Imam

kerap kali saya perhatikan ketika solat berjemaah, terdapat makmum yang bersamaan atau mendahului imam.

boleh tidak saya (ketika mengimamkan solat) melewatkan takbir hingga ke penghujung gerakan ?

ini untuk mengelakkan makmum dari bersamaan atau mendahului imam.

sekian.

*****************
Mal,

perangai berlumba dgn Imam tu menjadi tugas Imam memberi tazkirah jika dia dapati ada lagi makmum yg berbuat demikian, kena baca hadith2 tentang kerasnya amarah Nabi kepada mereka yg bersikap buruk dalam solatnya.

Maka pak Imam tak boleh modified sunnah2 solat hanya kerana nak mera'ikan golongan yg buruk solatnya. Perbuatan makmum yg menyalahi sunnah hendaklah diajar dan ditegur, bukan Imam yg kena mengalah kepada mereka dan melakukan bid'ah yg baru...sekian

0 comments:

Post a Comment