Jan 19, 2009

Masbuq Baca Cara Jahr

Assalamualaikum,

ada satu kemuskilan berkenaan bab masbuk dan bacaan sirr dan jahr.

pernah satu ketika berjemaah dengan pak-pak arab. apabila seorang ni masbuk, kemudian dia bangun untuk meneruskan rakaat seterusnya, dia membaca secara kuat (jahr) dan bukannya sirr kerana mengikut rakaat yg seterusnya adalah ketika sirr ( rakaat ketiga dan keempat ).

mengikut apa yg diamalkan di Malaysia, jika ketinggalan dua rakaat, maka dibaca secara senyap kerana meneruskan solat. tetapi menurut seorang bro Arab nih, kene gantikan rakaat yang sepatutnya dibaca kuat tadi dengan kite pun kene baca kuat. katanya mengikut pendapat ulama` yg rajih.

contoh; jika sempat bersama imam satu rakaat, kemudian meneruskan tiga rakaat seterusnya dengan, dua rakaat bacaan kuat, dan satu bacaan secara senyap. sambil tidak mengganggu kedudukan tasyahud.

harap panel faham soalan saya nih hehe.. kelam kabut sedikit. terima kasih

**************
Salam

Ini adalah perkara yg diperselisihkan di kalangan fuqaha'. Perselisihan ini berlaku dalam menentukan yg manakahh bahagian akhir solat makmum itu. Adakah rakaat yg dkerjakan oleh makmum bersama imam itu sebagai akhir rakaat solatnya ataupun dikira awal. Dan perbezaan ini berpunca dari 2 hadis yg mempunyai perbezaan kalimah antara keduanya. Kita katakan bhw perbezaan ini melingkupi perkara yg diijtihadkan oleh para ulama'. Ia bukanlah sesuatu yg qath'i. Boleh saja berpegang kpd mana2 pendpt krn keduanya adalah kuat. Apapun, kita ringkaskan perbahasan ulama' mengenainya. Utk memudahkan kita, saya gunakan cth di bawah ini:

Makmum masbuq dan masuk jamaah solat isya' pada rakaat keempat.

Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali: 3 rakaat bersama imam itu dikatakan sebagai bhgn akhir solat makmum itu. (rakaat ke 4 imam adalah juga rakaat keempat bagi makmum yg masbuq itu) Apabila dia bangkit selepas imam salam, maka baki rakaat itu dikira bhgn awal solatnya. Maka hendaklah dia membaca sptmana yg biasa kita kerjakan utk 2 rakaat pertama iaitu membaca Fatihah dan Surah. Pd rakaat kedua, makmum duduk tasyahud. Setelah dia bangkit kembali, hendaklah dia membaca Fatihah dan surah sptmana yg sdr nyatakan dalam soalan di atas. Org yg masbuq dikira sama dgn org yg solat sendirian.

Mazhab Syafi'i: Fuqaha' Syafi'iyyah memandang bhw rakaat bersama imam itu adalah awal bhgn solatnya. Manakala baki rakaat yg dikerjakan adalah bhgn akhir solatnya. Dgn itu, dalam kes cth di atas, apabila dia bangkit utk melakukan rakaat kedua, hendaklah dia membaca Fatihah dan surah. Manakala utk rakaat seterusnya tidak perlu membaca surah. Dgn erti kata lain, rakaat 4 imam itu adalah rakaat pertama bagi makmum yg masbuq itu.

Punca khilaf adalah dua hadis berikut:

1. Drpd Abu Hurairah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Apa yg sempat kamu perolehi maka sembahyanglah dan apa yg terluput drpd kamu maka sempurnakanlah(fa atimmu)."[HR Bukhari dan Muslim]

2. Drpd Abu Hurairah ra bhw Rasulullah saw bersabda, "Apa yg sempat kamu perolehi maka sembahyanglah dan apa yg terluput drpd kamu maka hendaklah kamu qadha'kan(Faqdhu)."[HR Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Muslim]

Mazhab Syafi'i berpegang kpd hadis pertama manakala selainnya hadis kedua. Imam Nawawi mengatakan, "Jumhur salaf dan khalaf mengambil lafaz fa atimmu. Abu Hanifah dan Malik mengambil Faqdhu."

Imam Baihaqi mengatakan bhw riwayat pertama diutamakan.(al-Majmu', IV/120). Imam Muslim pula mengatakan bhw salah seorang perawi iaitu Ibn Uyainah utk hadis kedua itu tersilap dalam kalimah "hendaklah kamu qadha'kan." Imam Nawawi mengatakan lagi bhw 'iqdhi' itu membawa erti kerjakanlah. Bukanlah membawa maksud istilah sptmana yg dipakai oleh Fuqaha'.

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh Islami Juz 1 & 2
Dr Wahbah al-Zuhaily

Koleksi Hadis2 Hukum
Prof TM Hasbi

Fathul Bari
Ibn Hajar
_________________
Assalamu’alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas penerangan diatas, Sedikit tambahan : -Ulama’ dari Lembaga Tetap Penyelidikan dan Fatawa Arab Saudi berpendapat bahawa pandangan yang terbaik dikalangan fuqaha' ialah pandangan yang kedua ; mengatakan bahawa solat bersama Imam merupakan bahagian awal solat makmum.

ما أدركه المسبوق من صلاة إمامه يعتبر أول صلاة المأموم …

“Bila mana makmum masbuk mendapati solat Imam, maka ia menjadi bahagian awal solatnya …… ”.

Menyentuh soalan sdr, apabila Melihat kepada solat yang mempunyai empat rakaat i.e. solat zohor, isya’ dan magrib, Lembaga Fatwa itu berpendapat :-

وأدرك مع الإمام ثلاث ركعات أو ركعتين فعليه قراءة الفاتحة فقط فيما يقضيه من ركعة أو ركعتين لأن ذلك بالنسبة له آخر صلاته، فليس عليه فيه قراءة سور مع الفاتحة هذا هو الصحيح من قولي الفقهاء

“…. Jika dia bersama Imam pada 3 atau 2 rakaat , dia hendaklah membaca al-Fatihah sahaja didalam 1 atau 2 rakaat yang dia lakukan, kerana ia merupakan bahagian yang akhir didalam solatnya, maka dia tidak perlu membaca surah yang lain bersama al-Fatihah. …… Ini merupakan pandangan yang sahih dikalangan fuqaha’”.

WA, wassalam

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa Al-Ifta' -7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 322.

Ustaz G@y@t dan Sheikh Hj Kamin - AAN

0 comments:

Post a Comment