Jan 20, 2009

Apa Dia Takbir Ratuula?

Assalamualaikum,
Just menambah pengetahuan. Sesetengan pendapat apabila dapat berserta tabir dengan imam. (diawal waktu)..bagaimana pula dengan jemaah yang kedua?..maksud saya jika kita ada keperluan (kerja)..waktu rehat lewat sikit..so kita bersolat berjemaah adakah itu juga dikira dengan tabir ratuula?...Dan yang yang menyatakan jika kita dapat membaca al-fatihah dengan sempurna maka itu juga dikira mendapat tabir ratuula. So harap pihak ustaz dapat kiranya memberi pandangan sekian...wassalam

***********
Alhamdulillah. Kami cuba menjawab soalan sdr soppi_216 dengan kadar kemampuna yang ada, Insyaallah.

(a)Takbir bersama Imam yang dinyatakan oleh sdr ialah al-Takbirah al-Uula (التكبيرة الأولى) atau Takbir yang pertama. Amalan ini merupakan salah satu dari perkara sunnah yang dilakukan semasa solat berjemaah. Dr Mustafa al-Khin mengatakan : "mendapat takbiratul ihram bersama imam adalah satu kebaikan. Ia terhasil dari melakukan takbiratul ihram sebaik sahaja Imam melakukannya" [Al-Fiqh Al-Manhaji 1/184].

Terdapat beberapa hadith-hadith yang menerangkan tentang fadhilat al-Takbirah al-Uula ini. Diantaranya, sabda Nabi saw :-

من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق

"Barang yang bersolat kepada Allah 40 hari berjemaah dan mendapat takbir pertama, maka akan tercatat sebagai bebas dari dua perkara : bebas dari api neraka dan bebas dari sifat munafik" - [Hadith riwayat al-Tirmudzi, dikelaskan sebagai Dha'if oleh Tirmudzi sendiri; akan tetapi dikelaskan sebagai hasan oleh Syeikh Nasyiruddin Al-Albani. Hadith ini dikelaskan sebagai Hasan oleh beberapa ulama' yang terkemudian - Talkhis al-Habiir 2/27].

Hadith ini menunjukkan akan komitmen seseorang Islam apabila tiba waktu melakukan kewajipan harian mereka. Sudah tentu bersolat pada saat yang awal ini ada ganjaran disisi Allah swt.

(b) Bagaimana pula dengan mereka yang terlambat? Mereka yang terlambat dinamakan Masbuk, tidaklah mendapat al-Takbirah al-Uula kerana al-Takbirah al-Uula hanya berlaku diawal solat, iaitu didalam Takbirah al-Ihram. Bagi mereka yang terlambat didalam solat berjemaah, tuntutannya ialah untuk 'mendapatkan rakaat bersama Imam' agar tidak hilang fadilat solat berjemaah. Dr Mustafa al-Khin mengatakan :

ويحصل المأموم على فضيله الجماعة ما لم يسلم االإمام

"selagi Imam belum memberi salam, makmum akan mendapat fadhilat solat berjemaah" [Al-Fiqh Al-Manhaji 1/183]. Sabda Nabi saw :-

ما أدركتم فصلوا وما فاتكم فأتموا

"Apa sahaja yang boleh kamu mendapatkannya, maka bersolatlah, dan apa sahaja yang kamu tertinggal, maka sempurnakannya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim dgn isnaad yang banyak].

(c) Apakah sempurna bacaan al-Fatihah dikira mendapatkan al-Takbirah al-Uula? Ini merupakan dua perkara yang berbeza. Mereka yang mendapat Takbiratul Ihram bersama Imam di awal solat. mendapat fadhilat al-Takbirah al-Uula. Menurut mazhab Syafie, bagi makmum yang sempat bersama Imam dengan kadar membaca al-Fatihah (sebelum Imam rukuk) dinamakan Muwafiq, manakala yang tidak sempat membaca al-Fatihah dikira sebagai Masbuk [Al-Fiqh Al-Islami, DBP, 2/233]. Seseorang itu dikira Muwafiq menurut mazhab al-Syafie selama-mana ia dapat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya; walaupun ia tidak mendapat al-Takbirah al-Uula bersama Imam. WA.

wassalam
========
1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. Al-Fiqh Al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam Al-Syaafie - 1. cetakan ke 4. Damsyik : Dar al-Qalam, 2000.

2. Dr Wahbah Zuhaily. al-Fiqh al-Islami - 2. terjemahan, KL : DBP, 2002.

2 comments:

Anonymous said...

orang fahaman wahabi ni ....kalau dia tak mahu berpihak pun...dia akan menyelit jugak fahaman wahabi..
nanti anta kena tanya dulu org nak tanya soalan.. anta mazhab syafie atau wahabi/salafi atau kaum muda atau pengikut Dr Asri Al Wahabi

Anonymous said...

Jahatnya hati

Post a Comment