Jun 25, 2009

Tarik Makmum Rapatkan Saf

a'kom.
adakah dibenarkan menarik makmum di sebelah untuk merapatkan saff ketika dalam solat?

===========================================

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Jika terdapat kerenggangan dalam saf, dan orang di sebelah kita tidak mengetahui atau lalai daripada tuntutan merapatkan saf, tidak mengapa menarik sedikit untuk mengambil perhatiannya supaya merapatkan saf.

- Kerana perbuatan tersebut adalah perbuatan ringan, demi maslahah tuntutan dalam solat. Sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengalihkan kedudukan Ibn Abbas r.a. daripada sebelah kirinya ke sebelah kanannya. (Bukhari no: 117 dan Muslim no: 763)

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment