Jun 25, 2009

Solat Jemaah Suami Isteri

tuan,

jika hanya ade suami dan isteri,dimanakah kedudukan si isteri dibelakang suami jika mereka berdua solat jemaah?

saya ade dgr 2 pendapat
1)betul2 dibelakang suami
2)belakang sedikit,disebalah kiri suami

yg mana satu betul mengikut sunnah dan dalil?

thanks

===================================================

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Al-kasani r.h berkata : Jemaah perempuan mestilah berada dibelakang imam.

Ibn Rusyd al-hafiz r.h juga menyebutkan : bahawa tidak terdapat perbezaan pendapat mengenai kedudukan seorang makmum perempuan.Ianya mestilah berada dibelakang imam.Sekiranya terdapat seorang makmum lelaki lain bersamanya , maka makmum lelaki itu mestilah solat disebelah imam sementara perempuan tersebut mestilah berada di sebelah belakangnya.
[Ahkam al-Imamah wa al-I’timam , al-Munif ,ms : 319-320]

Maka yang tepat mengikut sunnah Rasulullah saw ialah makmum wanita mestilah berada dibelakang imam.Bukan disebelah atau disisinya.


WA

0 comments:

Post a Comment