Jan 27, 2010

Buat Jamaah Kedua atau Solat Sendirian

Guest »

Salam,

Mohon penjelasan dari sunnah rasullullah saw atau perbuatan sahabat dizaman baginda yang dipersetuji baginda berkenaan persoalan dibawah;

1) Seorang datang lewat ke masjid untuk berjemaah solat fardhu n mendapati yang imam telah memberi salam.Jadi yang mana lebih menepati petunjuk rasul saw samada membuat satu jemaah lagi utk solat @ mengikuti jemaah yang dibentuk oleh orang2 yang ketinggalan berjemaah bersama imam masjid @ solat sendiri -sendiri dalam masjid @ balik ke rumah untuk solat berjemaah dirumah?


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Abu_Umair »

Sekiranya masjid tersebut ialah masjid jalanan, yakni yang dibina di tengah2 highway untuk kegunaan org musafir, yang tidak dilantik imam tetap, maka tidak syak bahawa membuat jemaah kedua adalah lebih baik.

Sekiranya masjid itu ada imam tetap, maka yg afdhal ialah bersembahyang jemaah, dan tidak bersembahyang berseorangan. Dalinya:

1) Hadis Nabi SAW: "Sembahyang seorang lelaki dengan seorang lelaki (berjemaah) adalah LEBIH BAIK daripada sembahyangnya berseorangan. Dan sembahyangnya dengan dua orang lelaki lebih baik daripada sembahyangnya dengan seorang lelaki. Jemaah yang lebih banyak, lebih disukai oleh Allah".
HR Abu Daud (no: 554), dan Nasai (no: 843). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 2056), kata Nawawi dalam al-Khulasah "Sanadnya sahih". (Nasbul Rayah 2/15).

2) Kisah seorang lelaki masuk masjid Nabi, dan mendapati Nabi dan sahabat2nya telah selesai menunaikan solat jemaah. Lalu dia pun bersembahyang berseorangan.
Nabi SAW bersabda: "Siapa yang mahu bersedekah kepada orang ini, dengan bersembahyang bersamanya?". Lalu seorang lelaki bangun dan bersembahyang bersamanya. Nabi pun bersabda: "Dua orang ini adalah jemaah".
HR Ahmad (no: 22189), Abu Daud (no: 574). Dinilai SAHIH oleh Ibn Hibban (no: 2397) dan Syuaib Arnaut. Juga dinilai SAHIH oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 758), dan Albani dalam Irwa' 2/250.

Dalam kisah di atas, jelas Nabi SAW menyuruh supaya dilakukan jemaah kedua. Oleh itu, tidak ada wajah bagi mereka yang mengingkari didirikan jemaah kedua, kerana terdapat dalil yg jelas dalam perkara ini.

rujukan:
Fatawa Syeikh Uthaimeen
http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp ... 53&CID=329

3 comments:

Anonymous said...

Dalam jemaah ke 2 tu, sapa yg lebih afdal jadi imam sekiranya org yg baru dtg tu lum start solat? Yang baru datang ke (lum solat) atau yg dah solat?

Anonymous said...

Kat Msia ni klu namanya MASJID, yg saya tau le, mmg ada imam tetap, tak kira masjid jalanan ke, melainkan surau, tu pun kbnyakan ada. Yg tak de ialah surau2 di R&R.

Tak tau le saya ni sbb tak bnyak tempat berjalan, saya tak tau. Klu boleh kongsi2 maklumat ttg masjid jalanan di Msia ni yg tak de imam tetap, bagus juga. Pengetahuan yg berguna tu.

Anonymous said...

boleh ke kita solat sendiri walaupun ada jemaah di depan?

Post a Comment