Aug 26, 2009

Pegang Mushaf Quran Ketika Solat Tarawih

Postby Guest » Aug 25th, '09, 18:29

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin bertanya...

1) Apa hukumnya memegang AQ ketika solat terawih atau mana2 solat bagi imam atau makmum. Imam,kerana ingin membaca surah2 yg panjang dan makmum, kerana ingin memeriksa bacaan imam. Adakah perbuatan ini dikira bidaah kerana tidak ada di zaman Rasulullah S.A.W dahulu?

2) Sekiranya boleh, bagaimana harusnya AQ itu dipegang ketika rukuk,takbir dan sebagainya? Adakah dikepit di ketiak atau diletak diatas lantai terlebih dahulu?

Sekiranya boleh, saya minta agar disertakan dalil ::D

Wassalam


*********************************
Postby Abu_Umair » Aug 25th, '09, 19:02

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Jika berhajat kepada membaca mushaf al-Quran ketika sembahyang tarawih, contohnya imam yang tidak hafiz dan tidak ada hafiz lain yang mengimami solat, maka dibenarkan bersembahyang dengan membaca dari mushaf. Kerana solat tarawih digalakkan dibaca panjang padanya.

Diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. bersembahyang tarawih di belakang hambanya, dan hambanya itu membaca dengan mushaf.
Disebut oleh Bukhari secara muallaq 1/170, dan Ibn Abi Syaibah (2/338).

Ibn Syihab ditanya tentang seseorang yang mengimami jemaah pada bulan Ramadhan dengan membaca di mushaf. Beliau berkata, "Mereka dahulu melakukan perbuatan demikian sejak awal Islam. Orang-orang terpilih dari kalangan kami pun membaca dengan (melihat) mushaf". (Muntaha al-Iradat 1/200)

Tetapi bagi makmum, tidak digalakkan membaca mushaf ketika solat kerana tidak ada hajat. Kerana makmum digalakkan mendengar bacaan imam.

2. Imam boleh menggunakan mushaf saiz besar dan diletakkan di atas rehal di hadapannya. Ataupun jika dia memegang mushaf saiz biasa, ketika rukuk boleh diletakkan di atas rehal di sebelahnya.

Wallahu A'lam.

2 comments:

Anonymous said...

tq... sangat membantu

albidalili said...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7924.0;wap2

Post a Comment