May 3, 2009

Kriteria Imam Solat

kin_han90
salaamoalaykum..

apakah cara pemilihan imam solat yang betul..sebelum ini saya diajar dngan mengutamakan peringkat umur untuk seseorang itu diangkat sebagai imam solat. tetapi setelah mendengar ceramah dari seorang syeikh ini beliau menerangkan bahawa untuk mengimami solat jemaah, seseorang itu perlulah berdasarkan bacaan/hafalan quran kemudiaan sunnah yang seseorang itu ketahui dalam solat kemudiaan baru lah yang lain-lain..

ini berdasarkan alquran adalah yang paling tinggi dan sunnah adalah kedua terbesar selepas quran

boleh kah ustaz2 sertakan dalil2?



**************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Diriwayatkan dari Abu Mas'ud ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله ، فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنَّة
"Mereka yang mengimamkan solat hendaklah mereka yang mempunyai pengetahuan/membaca kitab Allah, jika mereka sama didalam pengetahuan/membaca al-Quran, maka pilihlah mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai sunnah" [Hadith Riwayat Muslim #1530].

Didalam mensyarahkan hadith ini, Imam Nawawi rh menyebut bahawa mereka yang mempunyai pengetahuan didalam fiqh (terutamanya) solat hendaklah diberi keutamaan. Ini jelas kelihatan bahawa Nabi saw telah memilih Abu Bakar ra. sebagai Imam dan bukan orang lain yang diketahui baik bacaan mereka daripada beliau. [Sharh al-Muslim, 5/177].

Imam Ibn Qudamah rh menyebut bahawa jika terdapat seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih didalam solat, dan terdapat juga seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak didalam bidang lain, maka hendaklah didahulukan mereka yang mempunyai ilmu didalam bidang solat [al-Mughni, 2/19].

Jelas menunjukkan bahawa Imam solat hendaklah dipilih dikalangan mereka yang mempunyai pengetahuan, dan bukan dari kalangan orang yang jahil. WA.

2 comments:

Anonymous said...

salam..

bagaimana pula keadaannya jika saya sebagai seorang isteri berimamkan suami saya yang bacaannya tidak berapa baik? adakah suami saya layak menjadi imam kepada keluarga saya atau tidak? mohon jawapan.. terima kasih

Anonymous said...

Mohon penjelasan tentang seorang imam yang memimpinkan solat dengan tiba-tiba mengangkat takbir tanpa mempedulikan jemaah untuk meluruskan saf seolah-olah beliau mendirikan solat berseorangan. Di samping itu surah-surah yang dibaca (termasuk AlFatihah) dan juga zikir-zikir (sesudah solat) adalah dalam bentuk express.

Post a Comment