Jan 2, 2009

Sunnah Nabi dalam Solat Jumaat

Sunah Nabi dalam Solat Jumaat
Budiarto (17885) - 8/16/2003 11:14:03 AM/210.187.228.245

Tulisan ini bukan untuk membuka pertikaian, tetapi satu ruang menemukan kebenaran setelah sekian lama disembunyikan karena umat dangkal pada ilmu.

1. Azan dalam solat Jumaat hanya sekali, iaitu apabila khatib selesai mengucapkan salam kepada jemaah. Apa yang terjadi sehingga azan 2 x bermula pada zaman Kh. Usman. Usman menugaskan seseorang ke pasar di Madinah sebelum masuk zuhur dan azan sebagai mengingat umat mengenai hari jumaat, dan kewajiban solat Jumaat. Pada zaman Imam Shafie berlaku perdebatan mengenai siapakah yang memulai azan 2 x itu: Kh Usman atau Kh Muawiyyah. Imam Syafie tidak pentingkan Usman atau Muawiyyah, karena yang terbaik ialah keadaan satu azan pada zaman nabi.

2. Sebelum khutbah tidak ada solat qabliyah Jumaat. Oleh karena Nabi s.a.w selalunya hadir paling akhir dan terus naik ke mimbar, jelaslah baginda tidak mengadakan solat qabliyah. Lagi pula azan Jumaat itu disuarakan setelah Nabi s.a.w. berada di atas mimbar. Jamaah yang iktikaf menunggu bermulanya kutbah Nabi juga tidak solat qabliyah setelah azan oleh Bilal. Mereka terus mendengarkan khutbah Nabi s.a.w.

Hari ini mereka yang mengadakan solat qabliyah Jumaat menyangka azan pertama (warisan Jaman Usman) adalah azan yang disyariat, lalu apabila selesai azan konon ada solat sunat. Ingat sedangkan pada jaman Usman, azan pertama itu sebelum masuk zuhur dan dilaungkan di tengah pasar. Apabila sudah masuk zuhur, tidak ada azan lagi sebelum khalifah naik ke mimbar: Semuanya kembali seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Tidak kurang yang berhujah demi mewajarkan 'bid'ahnya' azan sebelum khutbah dan solat qabliyah Jumaat dengan hujah sesuatu yang baik tetap diterima oleh Allah dan ada ganjarannya. Jika itu fahaman dan analogi mereka, saya buntu menjawab soalah ini.

"Jika amalan ibadah khusus yang dicitpa selepas nabi tetap tidak bid'ah dan ada pahala di sisi Allah, bolehkah kita menambah bilangan rakaat solat subuh menjadi tiga atau empat supaya bertambah pahala itu. Nampaknya rugilah pahala dua rakaat subuh berbanding dengan zuhur yang empat rakaat."

Sekian dahulu.

p/s: saya pastekan persoalan dari saudara budiarto.. disini.. kerana saya percaya.. ustads di al-ahkam sedia menghuraikannya.. wallahualam..
----------

Salam

Apa yg diterangkan oleh sdr sudahpun jelas. Dan kami dapati sdr sendiri mengetahui perkara ini dgn baik.

Oleh itu, saya rasa tidak perlulah kita menghuraikan lagi isu ini memandangkan penerangan ringkas sdr telahpun memadai. Saya hanya ingin menyusun dan menambah beberapa perkara penting sahaja.

engenai 2 azan jumaat:

1. Azan solat jumaat pada zaman Rasulullah saw, Abu Bakar ra dan Umar ra hanyalah sekali.
2. Tindakan Saidina Usman mengadakan 2 azan adalah krn sebab tertentu berdasarkan al-Masalih al-Mursalah
3. Terdapat riwayat mengatakan Saidina Ali bin Abi Talib ra tidak menjalankan ijtihad Uthman.
4. Ijtihad Saidina Uthman dipersetujui oleh kebykan sahabat ra walaupun disanggah oleh sesetgh org spt Ibn Umar ra.
5. Imam Asy-Syafi’e berkata dalam al-Umm yg bermaksud, “Dan saya suka supaya bhw azan pada hari jumaat ialah (menurut sunnah Rasulullah saw, iaitu diadakan) sewaktu imam masuk masjid dan duduk di atas satu tpt yg ia hendak berkhutbah di atasnya, sama ada kayu atau pelepah atau mimbar atau satu tpt yg tinggi atau lantai bumi biasa, setelah imam berada dalam keadaan demikian mulailah muadzin mengangkatkan suara azan dan setelah selesai azan imam pun terus bangkit menyampaikan khutbahnya(sekadar itulah shj) tidak ada penambah lagi ke atasnya.”
6. Beliau menambah lagi yg bermaksud, “Walau yg mana diantara dua pendapat(Uthman dan Muawiyah) yg mengadakan azan jumaat yg pertama itu, maka bg saya sunah yg berlaku pada zaman Rasulullah saw adalah lebih disukai.” Dan pada lafaz yg lain daripadanya yg bemaksud, “maka lebih baik ditinggalkan azan itu.”

Shaikh Ismail Lutfi Fatoni berkata dalam kajiannya, berdasarkan 2 amalan salaf as-soleh, bolehlah dibhgkan kpd 2 iaitu:

-Waliy Al-Amr
-Rakyat biasa

Beliau mengatakan, oleh krn azan urusan masjid dan masjid adalah di bawah tanggungjawab Majlis Hal-ehwal Agama Islam yg diketuai oleh waliy al-Amr bg setiap negeri/kwsn, maka diserahkan permasalahan ini kpd waliy al-amr dgn mengambil kira bhw sunnah asliyyah adalah satu azan jumaat shj dan inilah sebaik2 amalan terutama maslahah yg diraikan oleh uthman sudah tidak ada lagi. Manakala ijtihad Uthman pula yg berdasarkan kpd maslahah yg jelas ketika itu juga diterima oleh ulama’ dan para sahabat Rasulullah saw ketika itu.

Oleh yg demikian, haruslah waliy al-amr yg menentukan bilangan azan yg diperlukan. Mungkin disesetgh tpt yg memahami sunnah ini dan org ramai mengamalkan sunnah berpagi2 ke jumaat serta mempunyai brg elektronik yg lengkap bolehlah mengamalkan sunnah asliyyah. Manakala di masjid2 yg masih berhajatkan maslahah yg diraikan oleh Saidina Uthman ra, diadakan 2 azan.

Solat Qabliyyah jumaat.

Adapun permasalahan ini, ulama’ berselisih pendapat berkaitannya.

Pendapat adanya sunat Qabliyyah Jumaat disokong oleh Mazhab Hanafiyah, Syafi’iyah dan sesetgh hanbaliah

Manakala yg menolaknya Mazhab Maliki, yg masyhur dari Hanbaliah dan sesetgh Syafi;iyyah.

Berkata Ibn Hajar al-Asqalani dlm Fath al-Bari, “Dan adapun sunat jumaat sebelumnya maka tidak sabit padanya sedikitpun drpd hadis.”

Ibn Hajar rh juga berkata bahawa sekuat2 dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan adanya qabliyyah jumaat semuanya membawa pengertian umum solat antara 2 azan dan solat2 selain solat jumaat. Krn tidak sabit dari mana2 hadis yg sahih yg mengatakan Rasulullah saw melakukannya.

Kesimpulannya sunat qabliyyah jumaat tidaklah wujud sama sekali. Ttp sekiranya ingin bersolat sunat mutlak adalah digalakkan antara 2 azan sblm khutbah berdasarkan kpd hadis sahih yg diceritakan oleh Abdullah bin Mughaffal, sabda Rasulullah saw yg bermaksud:

“Diantara tiap2 azan dan iqamat adanya solat, di antara tiap2 azan dan iqamat adanya solat. Dan baginda bersabda utk kali ke-3: Bagi mereka yg mahu.”[Hadis riwayat Bukhari dan muslim]

Saya mencadangkan kpd mereka yg ingin mengetahui perbahasan kedua2 perkara ini bolehlah mendapatkan sebuah buku hasil kajian Shaikh Ismail Lutfi Fatoni bersama2 Jabatan Fatwa Negeri Perlis. Buku tersebut bertajuk:
PENERANGAN YG BERMANFAAT BAGI 2 AZAN DAN SUNAT QABLIYYAH JUMAAT MENURUT MANHAJ AHL SUNNAH WAL JAMAAH
Diterbitkan oleh Jahabersa, Harganya tidaklah mahal.

Sekian. WA.

Wassalam


Rujukan lain

Fikih Sunnah
Sayyid sabiq

Koleksi Hadis2 Hukum jil 2 & 4
Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy

1 comments:

hajji zoey said...

mazhab syafie menjadikan al quran, hadis, ijmak dan qias sebagai sumber hukum.
berkaitan solat qabliyah jumaat, mazhab syafie mengambil kaedah qias iaitu solat sunat qabliyah zohor.

azan 2 kali pada zaman saidina uthman adalah ijtihadnya dan ia disokong oleh ramai sahabat. maka amalan ini boleh diteruskan dan tidak menjadi dosa bahkan mendapat pahala.

amalan ini tidak boleh dibandingkan dgn bilangan rekaat subuh. solat subuh telah ditetapkan secara qat'ie. selama lamanya sampai hari kiamat bilangan rekaat solat fardhu tidak boleh diubah...

azan adalah sunnah nabi... isu sebenarnya bukan bilangan azan 2 kali sebelum solat jumaat tapi disebabkan tidak mahu pakai pandangan ijtihad sahabat... tidak mahu iktiraf kehebatan sahabat, tolak sahabat, benci kpd sahabat... pada zaman saidina uthman menjadi khalifah, beliau mempunyai ramai musuh dan khalifah telah mati kerana dibunuh oleh musuhnya... adakah orang yg menolak adanya azan 2 kali sebelum jumaat adalah berketurunan orang yang bunuh saidina uthman???

Post a Comment