Salam
Bagi aliran madzhab, adakah dalil qadha diambil dari peristiwa Rasulullah menggali khandak.
Di riwayatkan ketika Rasulullah menggali khandak utk bersiap sedia, Rasulullah telah terlupa untuk mendirikan solat Asar sehingga luput waktu kerana terlampau sibuk. Rasulullah kemudian mengqadha solat Asar dalam waktu Maghrib. Tetapi ulama' khilaf yang mana dikerjakan dahulu samada Asar atau Maghrib.
Adakah shahih riwayat ini.
Wassalam
***************
Jawab:
Mentahqeeq kisah di Ghazwah AlAhzab:
Kisah itu adalah benar dan berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. ini adalah suatu perang yg amat menggerunkan daulah muda Medinah yg baru berumur 2 tahun. Nabi saw bukan lupa mengerjakan solat tapi kegawatan menggali parit menyebabkan mereka terpaksa menundakan (menta'akhirkan) solat dgn sengaja. Mereka tidak lupa akan solat kerana semasa persiapan perang itu mereka sentiasa berzikir kepada Allah swt. Mereka menundakan solat Zuhur dan Asar dan mengerjakanya hanya pada sebelah malamnya.
Apakah peristiwa ini menjadi dalil Qadha solat?
Tidak!
Peristiwa ini menjadi punca tersyari'atnya Solat Khauf. Selepas Perang Khandak, dalam perang2 yg lain Nabi saw solat khauf dan bukannya menundakan solat atau qadha'. maka Qadha solat secara sengaja itu dimansuhkan.
(Inilah penjelasan Syaikhul Islam dan alhafeedz Ibn Qayyim alJawziah, Kitabus Solat, cet Medinah, 1992, ms 107)
Revisi: Hukum solat Qadha' bagi solat yg ditinggal secara sengaja masih wajib diqadha mengikut empat madzhab muktabar tapi TIDAK di sisi madzhab salafiyah dan Zahiri. Peristiwa ini menjadi salah satu dalilnya.
semuga adinda ateed berpuas hati.
Jan 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment