Jan 24, 2009

Saf renggang bila solat

Salam

Ketika solat ada makmum di sebelah yang tidak rapatkan saf. Apa yang harus dilakukan sedangkan orang di sebelah tak rapatkan saf dengan kita. Ini menyebabkan ada ruang antara makmum. Perlu buka luas kaki ke atau bergerak kesebelah?Kalau gerak sebelah kanan kiri pula yang makin renggang.

***************
thtl
Wassalam

alJawab:

Sepatutnya etika merapat dan meluruskan saf ni dilakukan sebelum Imam bertakbir. Imam (khususnya) dan makmum sama-sama menyusun saf dengan tertib. Inilah cara yang sunnah. bila solat dan pun bermula, maka tiada lagi masa nak uruskan saff. Inilah amalan RasuluLlah saw setiap kali mendirikan solat jama'ah, baginda akan pastikan saf para sahabat tersusun rapi macam susunan qadah (anak panah) (syarah Muslim oleh Nawawi 4/401)

Untuk merapatkan saf yg tiba-tiba renggang tu terpulang kepada realiti makmum di qaryah anda. Jika mereka memahami sunnah, mudahlah anda bergerak ke kiri atau kanan, menarik jiran sebelah anda. Ini akan mencipta 'gerakan berantai' (chain reaction) di mana mereka akan secara otomatik bergerak menutup gap. Jika mereka jenis tak kisah, maka memadai anda meluaskan kaki anda sahaja. Kelemahan orang Melayu dan kecacatan mereka dalam solat jama'ah amat ketara sekali terutamanya dalam susunan saf. sekian

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh wa mag firotuh,

Saya tidak berpegang kepada mana2 mazhab(sandaran) melainkan kepada alquran dan alhadis.saya belajar secara persendirian di makkah/madinah selama 9 tahun(1937 -1946) secara manqul,musnad,mutassil dari 3 orang ahluh hadis yang berisnad sampai kepada rasullah saw).saya melihat di malaysia ni cenderung sangat menggunakan pendapat untuk menghuraikan maksud alquran mahu pun alhadis
.Daripada cara dan kaedah penyebaran islam,rasanya tidak ramai ulama malaysia yang betul2 mengaji tafsir alquran dan hadis secara berguru sampai khatam( yang ramai separuh jalan kemudian yang lain baca sendiri) mengakibatkan terlalu banyak amalan bid'ah di kalangan umat islam di malaysia seperti baca... usali fardhal..ketika hendak slat... kenduri arwah..makan 3,7 dan ntah berapa hari lg selepas seseorang meninggal dunia..dan banyak lagi. Saya khatam mengaji kutubussitah dan juga kitab imam malik- al muatho; saya juga khatam mengaji qiro'atus sab'ah(bacaan alquran) - tapi tidak pernah jumpa hukum2 sedemikian. ingat hadis rosullah saw yang berbunyi- man 'amila 'amalan laisa 'alaihi amrunaa, fahuwa roddun - lagi hadis nabi yang berbunyi - wa syarru'l umuuri muhdasatuha. wa kullu muhdasatin bid'ah,wa kullu bid'ahtun dholaalah,wa kullu dholaalatun fi-naar *keterangan : kalimah muhdasah merujuk kepada perkara2 dalam /agama /ibadah sahaja. bid'ah hasanah tidak ada samasekali dalam hadis kalau ada pun ia merujuk kepada perkara2 duniawi seperti dulunya naik kuda sekarang naik kereta, telaga air zam-zam di ubah reka bentuknya supaya kelihatan kemas dan lain2 lagi..apakah perlakuan nabi saw selama 23 tahun kurang hasanah lantas mau diubah-ubah lagi ??
Sebenarnya dalam agama islam tidak ada orang yang bijak melebihi rosullah saw kerana baginda sahajalah orang yang diamanahkan untuk menyebarkan risalah Allah kepada sekelian manusia. Adapun abu bakar,usman,umar ali,jadi khalifah yang 4 setelah belajar daripada rosullah ..mengapa harus diubah2.. fikir2 la sendiri sebelum Izrael datang menjemput..salam

Post a Comment