Jan 19, 2009

Rukuk Bersama Imam

Salam

bagaimanakah yg dikatakan kita sempat rukuk bersama imam..?
View user's profile Send private message
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh


Joined: Sep 11, 2001
Posts: 2423
Location: HeiTech Village, Subang Jaya, Selangor

Post Posted: Jan 06, 2004 - 10:03 PM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: SJ - 3204 : rukuk bersama imam
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri nur_wasatiah dengan kadar yang mampu, Insyaallah.

"Sempat rukuk bersama Imam" - mengambarkan situasi makmum masbuk (tidak dapat membaca Al-Fatihah bersama Imam) lantas sempat mendapatkan rakaat bersama Imam. Menurut Jumhur ulama', barangsiapa yang sempat mendapatkan Imam ketika Imam rukuk, iaitu sempat menyertai rukuk Imam, ia dikira telah mendapat rakaat, walaupun tidak membaca Al-Fatihah. Didalam satu riwayat sahih bahawa Ibu Mas'ud ra berkata :

من لم يدرك الإمام راكعا لم يدرك تلك الركعة

"Barangsiapa yang tidak sempat mendapatkan Imam semasa rukuk tidak mendapat rakaat tersebut" - [Riwayat Al-Baihaqi; dikelaskan sahih oleh Al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel, 2/262].

Didalam riwayat yang lain pula mendetailkan lagi keadaan rukuk Imam, Ibn Umar berkata :

من أدرك الإمام راكعا، فركع قبل أن يرفع الإمام رأسه، فقد أدرك تلك الركعة

"Barangsiapa mendapatkan Imam semasa rukuk, dan ia rukuk bersama sebelum Imam menaikkan kepalanya, dia telah mendapatkan rakaat tersebut" - [Riwayat Al-Baihaqi; dikelaskan sahih oleh Al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel, 2/263].

Imam Al-Nawawi didalam Al-Majmu'(4/112) berkata :

وهذا الذي ذكرناه من إدراك الركعة بإدراك الركوع هو الصواب الذي نص عليه الشافعي , وقاله جماهير الأصحاب وجماهير العلماء , وتظاهرت به الأحاديث وأطبق عليه الناس

"Apa yang kami sebut mengenai mendapatkan rakaat dengan mendapatkan rukuk' merupakan padangan yang betul sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Syafie. Ia juga merupakan pandangan jumhur sahabat dan jumhur ulama', berdasarkan zahir makna hadith dan persetujuan semua".

Didalam fatwanya, Imam Al-Nawawi (ms 50) menjelaskan :

إن كبر المأموم قائماً ثم ركع واطمأن قبل أن يرفع الإمام حسبت له الركعة ، فإن لم يطمئن حتى رفع الإمام لم تحسب له هذه الركعة

"Jika seseorang mengucap Allahu Akbar dan rukuk bersama dengan toma'ninah sebelum Imam bangun, maka rakaatnya dikira, maka jika tidak sempat toma'ninah sehingga Imam bangkit, maka rakaat tersebut tidak dikira"

Kesimpulan yg dapat diambil ialah, apabila makmum sempat bersama Imam semasa Imam sedang rukuk dengan keadaan toma'ninah, maka makmum tersebut telah dikira mendapat rakaat bersama Imam. Wallahu'alam

wassalam
=========
Rujukan :

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid. بم تدرك الركعة ؟. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=45494&dgn=4&dgn=2

1 comments:

Asip Hussin said...

assalamuaikum.

bagaimana dengan fatihah yang merupakan sebahagian dari solat. rukun solat. adakah sempat rukuk itu bermaksud angkat takbir kemudian rukuk, atau angkat takbir, sempat membaca fatihah dan sempat ruku bersama imam?

Post a Comment