ana nak tanya,sebab ana ni nak tau kebenarannya jugak,apekah qiamulail secara berjemaah dibenarkan?kalau ya, bleh kemukankan dalil2 @ hadis tak?budak baru nak belajar..wa..
Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan myzyruz dengan kadar kemampuan / kekurangan yang ada, Insya-Allah.
Nabi saw melakukan Qiyaamulail (bukan dalam bulan Ramadhan) dirumahnya, dan pernah disertai oleh Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Hudhaifah ibn al-Yamaan. Berkata Ibn Abbas ra. :-
بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ لَيْلَةً فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا كَانَ فِي بَعْضِ اللَّيْلِ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا يُخَفِّفُهُ عَمْرٌو وَيُقَلِّلُهُ وَقَامَ يُصَلِّي فَتَوَضَّأْتُ نَحْوًا مِمَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ وَرُبَّمَا قَالَ سُفْيَانُ عَنْ شِمَالِهِ فَحَوَّلَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ صَلَّى مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ أَتَاهُ الْمُنَادِي فَآذَنَهُ بِالصَّلاةِ فَقَامَ مَعَهُ إِلَى الصَّلاةِ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْنَا لِعَمْرٍو إِنَّ نَاسًا يَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنُهُ وَلا يَنَامُ قَلْبُهُ قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ عُبَيْدَ بْنَ عُمَيْرٍ يَقُولُ رُؤْيَا الأَنْبِيَاءِ وَحْيٌ ثُمَّ قَرَأَ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ " رواه البخاري
"Aku bermalam di rumah Mak Cikku Maimunah. Nabi saw tidur disebahagian malam, dan semasa malam tersebut baginda bangun dan melakukan wudhu' ringkas dari takar kulit yang tergantung, dan selepas itu dia bersolat. Aku juga melakukan wudhu' yang sama, kemudian aku pergi berdiri disebelah kirinya. Kemungkinan Sufian berkata, disebelah kirinya dan dia membawaku ke kanan. Dia bersolat sebanyak yang Allah kehendaki. Kemudian baginda baring semula sehinggakan bunyi pernafasannya boleh didengari. Kemudian, muazzin datang kepada beliau dan memberitahu bahawa waktu solat telah masuk. Nabi saw pergi bersamanya untuk solat tanpa mengambil wudhu' yang baru. Sufian berkata kepada 'Amr bahawa ada orang berkata : Mata Rasulullah saw tidur akan tetapi hatinya tidak tidur. 'Amr berkata : Aku mendengar Ubaid bin Umayr berkata bahawa mimpi Nabi saw adalah wahyu, dan beliau membacakan surah (al-Saffaat : 102) : Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu;" [Hadith Riwayat al-Bukhari : #138].
Hadith diatas menjelaskan akan kebenaran melakukan Solat Malam (Qiyaamulail) secara berjemaah. Cuma apa yang dijelaskan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh. adalah, Nabi saw tidak memanggil jemaah untuk melakukan Solat Malam bersamanya dan baginda tidak melakukan solat Malam di masjid. [Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 4/ 82]. Secara resminya, Nabi saw tidak melakukan Solat Malam berjemaah di masjid.
Syiekh Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa terdapat dua jenis Solat Sunat :-
a. Solat sunnat yang sentiasa di lakukan secara berjemaah eg: Qiyaam al-Ramadhan / Tarawih, Solat Eid, Solat Istisqa', Solat Gerhana dsb,
b. Solat sunnat yang dilakukan secara berseorangan seperti Solat ba'diyah, Qabliyah, Dhuha dsb Nabi saw yang dilakukan secara berseorangan.
Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa solat sunnat (b) jika dilakukan sekali-sekala secara berjemaah tidaklah salah. [Fataawa al-Kubra].
Kesimpulannya, dibenarkan melakukan Solat Malam berjemaah berdasarkan hadith diatas. Bagi solat2 sunnat lain, pastikan terdapatnya petunjuk dari Nabi saw. WA.
sekian, wassalam
5 comments:
salam,
Bagaimana pula jika solat qiamulail secara berjemaah yang dilakukan di masjid/surau secara bergelap? maksud saya, tidak keseluruhannya bergelap, lampu di kiri kanan surau/masjid terbuka. Terkasih.
W'salam
masjid adalah intitusi jemaah, tempat berkumpulnya umat melakukan ibadah. Jika sengaja dibiarkan bergelap tanpa alasan lain yang memudaratkan dianggap tidak mengikut petunjuk Rasulullah saw.
Selain dari qiyam ramadhan, solat eid, solat istisqa', solat gerhana Rasulullah saw menganjurkan solat sunat dirumah. Baginda tidak pernah melakukan solat sunat malam lain di masjid, walaupun ada diantara solat sunat yang boleh dibuat cara berjemaah. WA
As salam....manakah lebih afdhal bg suami isteri dlm mengerjakan ibadah qiamullail samada berimam @ bersendirian?
Saya berperasaan berasa lebih dekat dgnNya bila bersendirian walaupun kami sama2 bangun mlm pd masa yg sama utk beribadah....boleh ustaz beri pandangan utk kebaikan bersama dlm beribadah
Apakah hukum bagi seseorang yang melaksanakan qiamullail secara berjemaah di rumahnya?
Aslm... apakah hukum seseorang melakukan qiamullail brjmaah?sunat?wajjb?
Post a Comment