Jan 25, 2009

Mufaraqah semasa masbuq

Salam

Merujuk kepada persoalan:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33400

1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq. adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam?

2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur?

*********************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan talfiq dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq. adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam?

Bila sudah melakukan Mufaraqah, anda sudah bersolat bersendirian (bukan masbuk lagi), cukupkan baki rakaat yang tinggal. Tidak perlu menunggu Imam memberi salam.

Quote:
2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur?

Apabila Imam melakukan kesalahan didalam solat Jumaat, seumpamanya kesilapan dalam membaca al-Fatihah, dan telah ditegur oleh makmum, atau apa sahaja sebab yang menghalangnya meneruskan solat, jumhur ulama mengatakan bahawa Imam boleh melantik makmum menggantikannya sebagai Imam. Tidak perlu Imam yang baru dilantik mengulangi solat atau khutbah, solat diteruskan tanpa gangguan.

Umar ibn Khattab ra. telah ditikam semasa beliau mengimami solat, maka dia telah memegang tangan Abdul Rahman ibn Auf dan membuat dia melangkah kehadapan untuk mengimami baki solat. [Riwayat al-Bukhari #3700].

Bagi makmum yang dapat berjemaah satu rakaat solat Jumaat bersama Imam, kemudian pada rakaat ke 2 mufaraqah dengan Imam atau misalnya bahagian basement masjid telah menghadapi kerosakan pembesar suara, dimana makmum tidak dapat mengikuti pergerakan Imam, maka makmum tersebut hanya perlu menambah 1 rakaat sahaja bersendirian untuk mencukupkan solat Jumaatnya. Ini berdasarkan dalil dari Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah saw berkata ::-


من أدرك ركعة من الجمعة أو غيرها فليضف إليها أخرى وقد تمت صلاته
"Barangsiapa yang mendapati Imam 1 rakaat didalam solat Jumaat atau mana-mana solat, maka tambahlah bilangan rakaat menyempurnakan solatnya" [hadith al-Nasaa'i]. WA.

Sekian, wassalam

2 comments:

Nurul said...

assalamualaikum...apa hukum berimamkan mahmum jemah lain? contoh seseorg(A) yg tengah masbuq pd rakaat ke3, dan selpas itu s'seorg(b) dtg utk berjmah dan berimamkan Si'A'? mahon hadis/dalil

Anonymous said...

Assalamualaikum...tumpang tnya..apa yg perlu dilakukan semasa dlam solat berjemaah 2 org..tiba-tiba jemaah yg lain menyentuh bahu dri belakang...

Post a Comment