Jan 26, 2009

Masbuq Pada Rakaat Ke 3

Kalau kita masuk ke dalam jemaah yg solat Isyak pada rakaat ke tiga, kita perlu baca Fatihah , soalannya adakah lepas bacaan Fatihah kita baca ayat Quran yg lain kerana kita berada pada rakaat pertama?

Sekian. Terima Kasih.

**********************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah ini perlu dirujuk kepada satu masalah feqah iaitu: Apabila masbuk masuk dalam jemaah, adakah rakaat yg dia sempat itu, adalah permulaan solatnya atau penghujung solatnya?

Pendapat pertama:
dikira rakaat si masbuk itu sendiri, iaitu rakaat pertama. Maka hendaklah baca Fatihah dan sunat baca surah selepasnya. kemudian, apabila imam selesai solat, dia hanya perlu sempurnakan rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa perlu baca surah selepas Fatihah.
Ia berdasarkan hadis "Apa yang kamu sempat dengan imam, maka sembahyanglah, dan apa yang kamu tidak sempat, maka SEMPURNAKANLAH".
HR Bukhari (no: 609) dan Muslim (no: 602).

Perkataan: SEMPURNAKANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah permulaan solatnya. Yakni rakaat pertama.

Pendapat kedua:
dikira rakaat imam, kalau imam sedang rakaat ke-3, maka ia dikira rakaat ke-3 juga, tak sunat baca surah. Tetapi selepas imam selesai, dia akan qadha' balik rakaat pertama dan kedua, dan dia disunat baca surah dalam 2 rakaat terakhir itu.
Ia berdasarkan satu riwayat hadith "...Apa yang kamu tertinggal, maka QADHA'LAH".

Perkataan QADHA'KANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah penghujung solatnya.

Bagaimanapun, yang lebih kuat ialah pendapat pertama dan ia juga mazhab Syafie dan jumhur, kerana melihat kepada kewajipan TERTIB dalam solat. Walaupun imam pada rakaat ketiga, tetapi makmum hendaklah menjaga tertib dan menjadikan ia sebagai rakaat pertama, maka disunatkan baca surah pada rakaat itu.

Wallahu A'lam.

rujukan:
-Bidayatul Mujtahid 1/136

27 comments:

Anonymous said...

Salam. Masyaallah..... Inilah yang saya musykilkan selama ini sehingga berjaga2 supaya tidak perlu masbuk.

i. Jika dikira pendapat pertama:
Jikalau kita sempat rakaan ketiga dan keempat mengikut imam, kita selesai rakaan 1 dan 2 kita dengan imam dan kita perlu sambung mengikut tertib rakaat kita yang ke3 dan 4. Semasa mengikut iman pada rakaat ke4 imam, dia baca tahiyat akhir. Adakah kita perlu ikut baca ketika itu?

ii. Apabila kita sambung hingga rakaan ke4 solat kita sendiri, perlukah kita ulang tahiyat akhir sekali lagi?

iii. Kalau ikut pendapat kedua, adakah kita tak perlu ulang baca tahiyat akhir sebab kita dah baca dengan imam dan sedang mengulang rakaat 1 dan 2. Masa ulang rakaat 2 tu kena baca tahiyat awal tak?

Jangan gelak, saya memang jahil.

Saya harap dapat gambaran lengkap mengikut urutan,solat makmum yang ikut iman semasa rakaat ketiga dan keempat(imam). Kalau boleh mengikut kedua-dua pendapat.
(pendapat menyambung ikut tertib dan pendapar mengkadha)

aizuddin said...

Salam Anon.,

Lebih baik ikut pendapat pertama, pendapat yang lebih rajih dari Imam Syafie dan Jumhur ulamak.

i. Kita masbuk Imam sedang rakaat ke 3, jadi kita sempurnakan rakaat kita yang pertama dengan baca fatihah dan surah.

ii. Imam pada rakaat ke 4 kita pada rakaat ke 2. Jadi kita masih kena baca fatihah dan baca surah.

111. Bangun dari sujud Imam baca tahiyat akhir kita tak payah ikut imam baca tahayat akhir, kita baca tahayat awal sebab kita pada rakaat kedua. Tunggu Imam selesai salam baru kita bangun sempurnakan 2 rakaat lagi.

iv. 2 rakaat yang tertinggal kita sempurnakan macam biasa, rakaat ke 4 baca tahayat akhir.

v. Insayaallah solat jamaah kita akan diterima. Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam,

saya mmg jahil dlm bab ni jgk..
sekiranya mengikut pendapat pertama,
kita masbuq imam sedang rakaat ke-4, adakah ketika imam membaca tahiyat akhir, kita perlu ikut kerana kita dalam rakaat pertama..
terima kasih..

ham

Admin said...

Tak perlu ikut imam tasyahud akhir tapi kena duduk dulu tunggu imam selesai salam baru terus bangun sambung yang 3 rakaat lagi.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam,

bagaimana pula kalau kita masbuq di rakaat ke 2...

i) apabila imam baca tahiyat awal, perluke kita baca tahiyat awal juga kerana diikutkan kita masih di rakaat pertama?

ii) di mana kita perlu baca tahiyat awal?... sedangkan rakaat kedua kita adalah pada rakaat ketiga imam?... ataupun x payah langsung baca tahiyat awal.

terima kasih

Anonymous said...

salam,

tiba - tiba sedang saya solat bersendirian, ada hamba Allah yang ingin menjadi makmum (masbuk), menyentuh bahu saya:-

i)perlukah saya menukar niat kpd niat menjadi imam dalam solat tersebut?...

ii)menukar niat akan terbatalkah solat tersebut?...

iii)sedang saya melakukan solat sunat, ada hamba Allah menyangka saya sedang solat fardhu, bagaimana solat saya dan yang menjadi masbuk itu, adakah sah solat masbuk itu?

Admin said...

Waalaikumsalam,

soalan i dan ii - tidak batal solat, solat diterima sebagai solat jamaah. Sila baca jawapan Ustaz Abu Umair:

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/07/makmum-tepuk-belakang.html

soalan iii, fuqah berbeza pendapat, mengikut mazhab As Shafie solat adalah sah. Sila baca jawapan Ustaz Tuan Hassan:

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/berimamkan-orang-solat-sunat.html

Anonymous said...

salam,

bagaimana pula kalau kita masbuq di rakaat ke 2...

i) apabila imam baca tahiyat awal, perluke kita baca tahiyat awal juga kerana diikutkan kita masih di rakaat pertama?

ii) di mana kita perlu baca tahiyat awal?... sedangkan rakaat kedua kita adalah pada rakaat ketiga imam?... ataupun x payah langsung baca tahiyat awal.

Admin said...

w'salam

kita masbuk pada rakaat ke 2 imam tengah baca tahyat awal kita duduk sama tak perlu baca. Ikut imam rakaat ke3 dan ke4, kita kira kita rakaat 1 dan 2 (kalau sempat baca surah lepas fatihah).

bila imam baca tahyat akhir kita sempurnakan tahyat awal kita. Bila imam selesai bagi salam kita bangun selesai lagi 2 rakaat. WA

Anonymous said...

"""""" Tak perlu ikut imam tasyahud akhir tapi kena duduk dulu tunggu imam selesai salam baru terus bangun sambung yang 3 rakaat lagi.
March 29, 2010 """""""""


Salam kepada Ahli Panel,
Berkenaan dengan kenyataan diatas, adakah ia bermakna kita perlu duduk tahiyat awal sekali lagi ketika kita menyambung solat kita pada rakaat kedua?

Admin said...

ya kena duduk tahiyat awal pada rakaat ke dua seperti solat biasa, kerana kita masbuq ketika imam sedang dalam rakaat terakhir solat. WA.

Anonymous said...

salam...saya keliru..sekiranyer kite solat insyak..waktu itu imam sudah rakaat ke2 dan imam membaca tahyat awal kiter hanya perlu tgu..dan semasa imam membaca tahyat akhir barulah kiter baca tahyat awal..maka tidak perlu duduk ketika imam sedang bgun untuk rakaat ke4...adakah betul?

Anonymous said...

bagaimana tertib kiraan rakaat pula sekiranya makmum masuk ketika imam sedang berdiri rakaat keempat..bermakna makmum hanya mendapat satu rakaat. selepas salam makmum perlu berdiri untuk rakaat pertama. bagaimana pula dengan rakaat selepas itu? adkah dikira rakaat yg kedua dan keempat atau ketiga dan keempat?

Anonymous said...

Ni yang saya biasa lakukan & yakini, memandangkan perkara2 ni banyak pendapat ulamak, utk elak saya sbg org awam pening.

Klu saya masbuk, Fatihah saya akan cuba habiskan (baca agak laju tanpa langgar tajwid dll), tapi bila imam rukuk (Fatihah lum abis), saya ikut rukuk. Dapat 1 rakaat jemaah, begitu seterusnya.

Klu kebetolan imam baru baca Fatihah, & saya sempat baca surah pula, saya akan baca surah pendek.

Baca surah tu sunat,manakala berjemaah tu sangat bagus & dituntut. Dua2 Allah suka, tapi dlm keadaan tertentu ada yg lebih utama (ikut akal & ilmu kita). Dan lebih bagussss kalau dapat solat awal, masbuk sesekali ok le klu tak dapat dielak.

Its all in our heart, & tawakkal pada Allah yg memudahkan segala urusan.

mcik

Unknown said...

Salam... Situasi...Kita solat tarawih 8 rakaat mengikut imam solat 20 rakaat. Kemusykilannya di sini sekiranya saya tidak sempat 2 rakaat yang pertama dan mula solat tarawih pada 2 rakaat yg kedua. Untuk mencukupkan 8 rakaat adakah saya perlu mengikut imam untuk 2 raakat yang terakhir atau saya perlu menyempurnakan 2 rakaat terakhir tersebut sendiri apabia solat tarawih 8 rakaat bersama imam tersebut sudah cukup.?????

Anonymous said...

Saya solat asar, pada rakaat kedua saya terbaca tahyat akhir dan salam. Baru saya sedar, saya hanya buat dua rakaat. Apa patut saya buat....

Anonymous said...

salam admin. nak tanya sebab masih tiada jawapan pada soalan yang diatas sebab sama mcm keadaan saya. saya nak berjemaah, tapi waktu saya nak ikut imam, imam telah selesai rokaat pertama. maka saya terus smbung ketika imam di rakaat kedua. ketika imam duduk tahyat awal saya masih di rokaat pertama. apa yang saya perlu buat kerana ketika saya rokaat ketiga imam sudah tahyat akhir.mcm mana saya perlu menyambungkan 1 rokaat saya yang tertnggal.

Anonymous said...

Alhamdulillah,ilmu yang bermanfaat

Anonymous said...

Smbunglah mcm solat 1 rakaat(utk rakaat ketiga yg trtinggal).Wallahualam

Unknown said...

Assalamualaikum....adakah Kita perlu mengganti 1rakaat jika Kita ikut imam solat tetapi pada masa itu imam telahpun sujud...adakah Kita perlu menggantikan 1 rakaat lagi?

Anonymous said...

2 rakaat yang tertinggal tu , perlu ke kita baca tahiyat awal ? kerana kawan di sekolah saya menggantikan begitu . Harap admin faham .

Unknown said...

solat lg 2 rakaat lps tahiyat akhir buat sujud sahwi .ada hadis soheh ttg nabi s.a.w tlupa 2 rakaat yg lainnya.n beliau membuat lg 2 rakaat n sujud sahwi

Warkah Si Fakir said...
This comment has been removed by the author.
Warkah Si Fakir said...

Assalamualaikum,macam mana pula jika seseorang itu yang baru mengikut solat jemaah yang ketika itu imam sedang berada dalam rakaat keempat, selepas imam memberi salam, makmum tersebut bangun utk rakaat kedua namu terlupa utk tahiyat awal, dan melakukan sunat sahwi sebelum dia memberi salam, adakah sah solat makmum tersebut?

Anonymous said...

Assalamualaikum,masbuk pada ketika imam sedang baca al fatihah pada rakaat ke dua solat zohor.
Bila makmum nak baca tahiyat awal?

Anonymous said...

maaf menyelit 3 rakaat tu buat macam solat maghrib ka?

Post a Comment