Salam
Sekiranya seseorang itu bersolat berjemaah...tapi ketinggalan 2 rukun ketika
mengikuti Imam...kerana imam terlalu laju membaca al-fatihah dan surah.
Khususnya semasa imam mem'Sirr' kan bacaannya...dan makmun pula ingin
menghabiskan bacaan al-Fatihahnya..
1. Apakah Sah Solatnya itu dari hukum syara'?
2. Adakah dia tidak dapat pahala dan fadhilat solat berjemaah itu?
Minta disertakan dengan nas...
*************************************
g@y@t
Salam
ana lampirkan jwpn UZAR yg dimasukkan dalam majalah I tidak lama dahulu:
-------------
SOALAN
Ustaz. soalan ini tentang ibadah. kalau dlm solat jika sudah sama takbiratul ihram bersama imam sudah dikira berjemaah. Jika dlm solat itu,cth rakat ke-3 kita lambat baca alfatihah hingga imam melebihi 3 pergerakan fardhu dlm rakaat itu.adakah kita masih dlm jemaah lagi walaupun bacaan al fatihah kita lambat melebihi 3 pergerakan fardhu imam .
JAWAPAN:
Seorang makmum telah dikira mendapat pahala jamaah dan bersama imam jika ia sudah dapat takbiratul ihram atau berdiri tegak bersama imam ( Rawdah At-Tolibin, hlm 153).
Imam An-Nawawi menyebut ; kiranya makmum terlewat satu rukun tanpa uzur, tidak batal solatnya, tetapi jika terlewat dua rukun panjang (seperti sujud dan rukuk) maka solatnya batal secara pasti. (Rawdah al-Tolibin, hlm 165)
Maka dalam hal makmum lambat membaca fatihah, mazhab Syafie dalam ijtihad ( menurut solat Rasulullah SAW ketika di ‘Usfan) mereka meletakkan syarat agar si makmum tidak terlewat sebanyak 3 rukun dari imam (iaitu rukuk dan dua sujud), jika ia merasakan masih mungkin terlewat, hendaklah si makmum memutuskan apa jua bacaannya dan terus rukuk agar tidak ketinggalan 3 rukun dari imam. Jika tidak, solat si makmum akan terbatal. Sebagai contoh, si makmum masih lagi berdiri dalam bacaan fatihahnya tanpa uzur dan imam sudah bangun dari sujud, maka solatnya boleh terbatal.
Bagaimanapun sekiranya terlewat dari 3 rukun itu dengan sebab uzur yang diterima, seperti imam terlampau cepat, makmum takut akan sesuatu, keadaan terlampau sesak, makmum sakit, lupa dan lain-lain yang diterima, maka Imam An-Nawawi menyebut, si makmum boleh memutuskan dirinya dengan imam (mufaraqah) atau yang terpilih menurutnya adalah ; solat tidak batal dan boleh terus sahaja bersama imam (dengan menuruti tertib solat yang asal) dan menggantikan rakaat selepas imam tamat solat. (Rawdah at-Tolibin, hlm 166)
Jan 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
macam mana kalau time tasyahud awal, imam cepat sangat.
makmum boleh ke nak abiskan tasyahud dia... sebab kalau tinggal sekerat je baca boleh ke? (sah?)
cara dan tertib solat apabila kita ingin berjemaah
mengikut iman dan bagaiman cara nya jika kita ingin mengikut menjadi masbuq
Tasyahud awal sunat..Tak baca Tak apa,kena faham makna sunat tu..
Post a Comment