Salam
Macam mana kedudukan imam dan makmum yang betul bila solat hanya dengan seorang makmum? Bagaimana pula cara nak lantik orang yang tengah solat supaya jadi imam kita?
Terima kasih atas jawapan ustaz selama ini.
Wassalam
***************
thtl
Wassalam
alJawab:
1. Posisi makmum bersama imam : bila makmum hanya satu.
Makmum berdiri sebelah kanan imam sejajar (satu garisan dgn imam). Bukan sebagaimana amalan orang Melayu di mana makmum mudur sedikit dari imam. ini tiada asalnya.
Dalil: Dari Ibn Abbas bahawa dia pernah solat bersama RasuluLlah saw (solat sunat berjama'ah) di sebelah kiri baginda, lalu Nabi menarik Ibn Abbas ke sebelah kanan baginda." (Bukhari-Muslim).
ketika mensyarah hadith ini Mufti Samahah Ibn Baz berkata, Ibn Abbas berdiri sejajar dgn baginda.
2. Perlantikan Imam ditengah-tengah solat ialah Imam yg batal menunjuk pengganti dengan menarik seseorang ke depan (selalunya Imam muda atau Imam #2)
Dalil: Ketika Umar alKhattab ditikam semasa mengImami solat, Umar bertakbir dan menarik Abdul Rahman bin Awf ra kedepan menggantikannya. (alBukhari bab Fadhail sahabah)
sekian
Jan 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul ke yopp... bkn patut tumit kaki blkg sket ke dari imam..
As salam
1) bagaimana kedudukan saya dalam saf jika saya solat berjemaah dirumah dengan suami.
2) bagaimana kedudukan kami dalam saf jika saya berjemaah dengan dirumah degan suami dan 2 anak lelaki saya yng berumur 5 tahun dan 2 tahun.
terima kasih, dati insan yang inginkan kepastian
Salam... Please untuk terangkan satu2 hukum jangan amik terus dari Al-Quran atau Hadis. Kita bukan Mujtahid. Hanya Mujtahid (mereka bkn setakat layak, malah wajib dan serta haram jika ikut ulamak lain. Kita pula sebaliknya) boleh rungkai hukum melalui Al-Quran n Hadis. Kita perlu tahu ulasan ulamak muktabar berkenaan hadis tersebut dan apakah kesimpulan mereka berkenaan hukum yang tidak kita ketahui itu.
Sekian....
assalamualaikum...nk tanya kalau solat jemaah seorang makmum yg berdiri sejajar dgn imam..tiba2 rakaat kedua jemaah yg lain dtg dri blakang dan mencuit bahu jemaah yg disebelah imam...apa yang perlu dilakukan oleh jemaah yg berada disebelah imam...
harap dapat maklum balas...
Post a Comment