Assalamualikum Tuan, saya mohon tuan menerangkan kpd saya tentang bacaan fatihah oleh makmum dalam sembahyang berjemaah. Setahu saya, dalam mazhab syafie makmum wajib baca fatihah dalam semua rakaat sembahyang jemaah. Dalam mazhab hanafi pula makmum tidak perlu baca kerana tuntutan baca fatihah itu atas imam. Bagaimana pula hal ini dalam salafi.
Bolehkah saya tidak membaca fatihah pada rakaat pertama dan kedua sembahyang jihri dengan berjemaah (kerana saya tidak dapat menumpu kpd bacaan fatihah semasa imam membaca quran, sehingga menyebabkan saya selalu rukuk lewat - kadang-kadang sehingga imam sudah sujud.) Minta jasa baik ustaz berkenaan hal ini. Wassalam.
---------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Perkara membaca surah al-Fatihah dibelakang Imam yang membaca secara jahr (kuat) telah banyak dibincangkan didalam laman ini. Perkara utama yang perlu kita jelas disini adalah isu ini merupakan khilaf ulama', dengan erti kata lain, seseorang itu dibenarkan memilih diantara dua pandangan ini; iaitu membaca al-Fatihah atau tidak membacanya ketika Imam membaca secara kuat.
Perlu juga kita ketahui bahawa Imam-Imam Mazhab ini kesemuanya merupakan Imam bermanhaj Salaf. Mereka lebih memahami hal-ehwal hadith berserta aplikasi fiqhnya menurut kaca mata salaf. Khilaf (perselisihan) Imam-Imam tersebut berdasarkan ambilan dalil-dalil dari sumber hadith yang sahih. Maka disini tidak timbul isu Imam mana yang lebih salafi atau seumpamanya.
Berbalik kepada isu membaca surah al-Fatihah, anda boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa apabila Imam membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu membacanya, dan memberi penumpuan kepada bacaan Imam.
Berikut merupakan tuatan kepada isu pembacaan surah al-Fatihah semasa Imam membaca secara jahr (kuat) yang te;ah dijawab oleh al-Fadhil Ustaz Abu Umair :-
SJ-05-0289 : Kemusykilan yg saya hadapi
SJ-05-0380 : membaca Fatihah bagi Makmum ketika solat jahar
Sekian, wassalam
Jan 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Assalammualaikum ustaz, saya mohon ustaz menerangkan pula apa yang makmum perlu baca selepas imam habis membaca surah al-Fatihah dalam solat berjemaah? Minta jasa baik ustaz menerangkan tentang hal ini. Sekian, wassalam..
Jika kita memilih pendapat makmum tidak perlu membaca fatihah (solat jahr) di belakang imam hendaklah berdiam diri mendengarkan imam membaca quran (surah).
salam...ustaz adakah dalil yang menunjukan wanita boleh solat jumaat dan adakah dalil yg menunjukn wanita tidak perlu solat zhor selepas solat jumaat? tq ustaz...
Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;
1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].
Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.
assalamualaikum..
ustaz apa hukum kalau melakukan onani??
W'salam wbh
keliru tentang onani - rujuk
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/keliru-tentang-onani.html
Menjadi imam qiamulail perlu baca lantang atau perlahan??
salam
saye nk tye..ape hukum imam solat magrib tidak mmbace alfatiha dengan kuat..sedangkan makmum menggu imam membacenye untuk megaminkan bacaan alfatiha..alih2 imam rukuk.
apakah makmum perlu buat selepas itu??? sedangkan makmum tidak sempt mmbace alfatiha
????
salam
saye nk tye..ape hukum imam solat magrib tidak mmbace alfatiha dengan kuat..sedangkan makmum menggu imam membacenye untuk megaminkan bacaan alfatiha..alih2 imam rukuk.
apakah makmum perlu buat selepas itu??? sedangkan makmum tidak sempt mmbace alfatiha
????
Loved reading this thanks
Post a Comment