assalamualaikum ustaz dan ahli panel,
sebelum solat jumaat kita pergi masjid dan solat tahiyyatul masjid dan menanti azan pertama. selepas azan pertama kebanyakan orang akan solat sunat qobliyah (ustaz saya beritahu dari kecil lagi dan katanya jika sampai pada azan kedua juga solat qobliyah).
apakah pendapat ustaz dan ahli panel berkaitan solat sunnat
qobliyah sebelum jumaat, setahu saya imam syafie sendiri pun berpendapat tidak ada (betulkan jika saya tersalah), tetapi ianya telah banyak dilakukan oleh kita.
Jawab:
Apa yg anda pelajari sejak kecil itu sebenarnya ajaran salah. Yang sebenarnya: Di zaman RasuluLlah saw masih hidup, baginda keluar dari rumah, terus naik mimbar. Kemudian mu'adzin mengumandangkan azan. Selepas tamat azan, Nabi saw mulai berkhutbah. Inilah yg disahkan oleh kitab2 penting ASWJ: Fathul Bari 3/426; Nailool Awthor 3/312; Fatawa Ibn Taymiyah 1/136, Zawaid Ibn Majah 1/377; Diinul Khalisy 4/299.
Jika sekiranya Juma'at memiliki qabliah (selepas azan), maka sudah pasti nabi melakukannya dan menyuruh sahabat melakukannya.
Inilah juga pendapat Imam Syafi'iy, al_Umm 1/224. amalan tiada solat qabliyah ini lebih disukai oleh beliau.
Banyak orang menggunakan dalil Uthman alAffan untuk mendirikan qabliyah Juma'at. Masalahnya mereka tidak tahu di manakah azan pertama itu dilaungkan. Ia bukannya dalam mesjid tapi di zaura' (sebuah bangunan di pasar Medinah. Golongan kemudian telah meniru amalan Uthman tapi dilaungkan azan itu dalam mesjid sedangkan (sepatutnya kalau nak azan dua kali, azan itu hendaklah di kawasan paling sibuk spt pasar) tapi dalam mesjid hendaklah kekal dengan sekali azan. Uthman tidak menambah azan dalam mesjid tapi azan itu diperintah beliau dipasar. WaLlahu a'alam
Dec 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment