Assalamualaikum
saya ada membaca sebuah buku fardhu ain, yg menerangkan tentang bacaan iktidal semasa solat berjemaah.Dalam buku tersebut, menerangkan tentang ketika imam bangun untuk iktidal dengan menyebut.."SamiAllahuliman hamidah..."...maka si makmum tidak perlu mengucap kembali perkataan tadi, sebaliknya menyahut dengan bacaan "Rabbana lakalhamdu...".
Harap boleh tolong beri penjelasan lebih terperinci dan jelas?
terima kasih
Pendekar:
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan saudara. Untuk mengetahui jawapan-jawapannya , marilah kita melihat tatacara ibadat Baginda Rasulullah s.a.w itu sendiri sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis-hadis berikut :
[color=blue]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Ertinya : Drp Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : “ Apabila Imam menyebut SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH –~Mudah-mudahan Allah memperkenankan doa bagi org-org yg memuji-Nya ~ , maka hendaklah kamu mengatakan : “ ROBBANA LAKAL HAMD “ ~ Wahai Tuhan Kami ! Untuk-Mulah segala segala puja-puji . Maka sesiapa sahaja yg perkataanya menyamai kata-kata para malaikat , akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lalu ~Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 408
عَنْ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُا سَقَطَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ فَرَسٍ فَجُحِشَ شِقُّهُ الْأَيْمَنُ فَدَخَلْنَا عَلَيْهِ نَعُودُهُ فَحَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَصَلَّى بِنَا قَاعِدًا فَصَلَّيْنَا وَرَاءَهُ قُعُودًا فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا صَلَّى قَاعِدًا فَصَلَّوْا قُعُودًا أَجْمَعُونَ
Ertinya : Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: “ Nabi s.a.w pernah terjatuh dari kuda yang menyebabkan kecederaan di bahagian kanan tubuh baginda. Kami cepat-cepat mendapatkan baginda lalu membawa pulang. Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang, baginda sembahyang bersama kami dalam keadaan duduk. Ini menyebabkan kami juga mengikuti baginda dengan bersembahyang dalam keadaan duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia sujud, sujudlah. Juga apabila dia bangun, bangunlah. Akhirnya apabila dia membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , maka kamu bacalah رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah dalam keadaan duduk ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 411 .
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلَّوْا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ
Ertinya : “ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , maka bacalah اللَّهُم رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ dan apabila dia sujud, sujudlah. Apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, sembahyanglah juga dalam keadaan duduk “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Muslim , Kitab As-Solah , Bab At-Tasmie’ ,Wa At-Tahmid Wat Ta’min : 414.
PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI MASALAH INI : [/color]
Ulama’ kita mempunyai beberapa pendapat di dalam memahami ketiga-tiga hadis di atas , dan hadis-hadis yang berkaitan dengan persoalan ini . Secara ringkasnya , mereka terbahagi kepada dua golongan :
( I ) ~ GOLONGAN PERTAMA :
- Makmum tidak perlu mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , hanya perlu menyambut bacaan Imam yang menyebut itu dengan menyebut اللَّهُم رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ ataupun dengan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ , ataupun رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ .
( II ) ~ GOLONGAN KEDUA :
- Juga berdalilkan ketiga-tiga hadis di atas dan hadis-hadis lain yang turut sama membicarakan hal ini .
- Makmum tetap menyebut سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ .
- Alasan mereka : Kerana hadis Rasulullah s.a.w yang menyuruh para makmum menyambut bacaan imam dengan membaca اللَّهُم رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ , tidaklah bermakna para makmum tidak perlu membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ .
- Samalah juga dengan hadis yang menyuruh para makmum supaya membaca “ Amin “ , tatkala Imam membaca “ …Waladdhollin “ . Tidaklah bermakna Si Imam tidak perlu mengucapkan “ Amin “ .
- Ertinya : Si Imam dan para Makmum , sama-sama menyebut سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , sebagai mana mereka juga sama-sama menyebut “ Amin “ selepas membaca “ ….Waladdhollin “ .
AMALAN DAN PENDAPAT YANG MENJADI PILIHAN :
Pendapat Golongan Ke-II lebih wajar diikuti dan dijadikan amalan . Dan inilah juga pilihan bagi imam kita, Al-Imam Muhammad Idris Asy-Syafi’e (rh) , dan disokong pula oleh Al-Imam As-Suyuthi (rh) dan turut sama disokong oleh tokoh hadis yang terkemuka di zaman mutakhir ini , Almarhum Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albaniy (rh) .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
RUJUKAN
1 – SYARAH SAHIH AL-IMAM MUSLIM (RH) ~ Al-Imam An-Nawawi (rh) – Darul Khaiyr , Damsyiq.
2 – AL-HAWI LIL FATAWA ~ Al-Hafiz As-Suyuthi (rh) , Jilid 1 , ms 35-37 - Darul Kutub Al-‘Ilmiyyah .
3 – SIFAT SOLAH AN-NABIY S.A.W ~ Syeikh Muhammad Nasirudin Al-Albaniy (rh) – Al-Maktab Al-Islamiy.
4 – PENERANGAN SYEIKH SOLEH HAMDI AS-SISI ( M.A Hadis , Universiti Al-Azhar ) .
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Dec 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam.mohon untuk kongsi ilmu ini.
kerana persoalan yg sama telah timbul di dalam perbincangan antara sy dan kawan2. saya dahului dgn jazakallahu khair.
assalamualaikum..
saya nak tambah sikit pertanyaan mengenai hal ini, memandangkan saya tak jumpa persoalan tentang ini atau saya sendiri yang terlepas pandang. Soalannya, bagaimana pula keadaannya apabila imam terlupa untuk menyebut kalimah "Sami'Allahulimanhamidah" dan imam tadi menyebut "Allahuakbar", adakah berlaku sebarang kecacatan atau kekurangan dalam solat berjemaah tersebut?
Soalan tambahan, apakah tujuan arahan "Allahuakbar" atau "Sami'Allahulimanhamidah" dalam solat berjemaah? Adakah ianya hanya sebagai petunjuk yang imam telah pun menukar rukun solat kepada yang lain?
Segala bantuan amatlah dihargai, sekian terima kasih.
Post a Comment