Assalamualaikum wmt wkt Ustaz,
Saya ada beberapa soalan :
1. Betulkah wanita mesti berada di sebelah kiri jika bersolat bersama dengan suaminya?Apa dalilnya?
2.Apakah hukum mengkebumikan mayat seorang yang diketahui murtad oleh ahli keluarganya shaja, lalu keluarganya mengkebumikannya mengikut Islam?
3.Adakah undang-undang qisas dikenakan kepada orang bukan Islam?Jika tidak, undang-undang apa yang akan digunakan untuk menghukum mereka di atas kesalahan yang sama, dan adakah ini menggambarkan Islam tidak adil?
4.Apa hukum bermain permainan yang mempunyai lambang salib seperti catur dan adakah ia membawa kepada keluar dari Islam?
Sekian terima kasih
Jawab:
Wassalam
1. Posisi wanita jika solat bersama suami ialah tetap di belakang suami. Inilah pendapat empat Imam besar ASWJ; Hanafi (alBada'iy 1/159); Syafi'iy ( Mughny Muhtaj 1/246); Hanbali (alMughny
2/200) dan Maliki (Syarh alKabeer 1/344). Dalil yg mutawatir tidak ada. Cuma ada hadis ahad dari Ibn Abbas dalam Ibn Abi Syaibah (alMusannif) yg meriwayatkan bila Aisyah ra solat bersama Nabi, dia berdiri di belakang baginda dan Ibn Abbas berdiri di sisi baginda.
2. Si Murtad ialah seseorang yg telah meninggalkan Islam dan menjadi kafir. Jika murtad ini diketahui oleh pemerintah dan selepas dijatuhkan hukum hudud (bunuh) sepatutnya pemerintah yg menguruskannya. Jika keluarganya ingin menguruskan jenazahnya, masih dibolehkan berdasarkan perintah RasuluLlah saw kepada Ali bin Abi Talib ra supaya menguruskan jenazah bapanya Abu Talib yg masih musyrik. Dia tidaklah disolatkan, cuma dimandikan dan dikafankan sahaja. (Fiqh Islami)
3. Dalam Daulah Islam, hanya hukum Islam sahaja yg menjadi perundangan tunggal yg meliputi seluruh warganya (Islam dan non-Muslim atau mustakminin (warga asing yg menetap sementara). Inilah pendapat empat madzhab besar fiqih. Hukum asalnya hudud-qisas dan takzir meliputi seluruh warga tanpa mengira agama dan keturunan. Seperti kita ke Perancis atau USA, hanya ada satu hukum sahaja.
Cuma warga negara non-Muslim diberi kelonggaran apa yg menyentuh akidah, ibadah dan hal-hal yg halal dalam agama mereka spt minum arak, makan daging babi, tentulah ada sedikit pengecualian. (alMughny 10/439-532)
4. Catur hukumnya bukanlah disebabkan lambang salib pada karakter mainan itu, sperti juga kereta Alfa Romeo yg berlambangkan salib. Catur dibahaskan dari sudut apakah ia melalaikan dari solat atau ada unsur pertaruhan. Jika bersih dari unsur itu, maka ia boleh main. (maknanya lambang salib itu bukanlah tujuan ditakdiskan (dihormati) catur itu) Qardhawi, Fatawa MU'asirat) Allahu a'alam
Dec 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum ustaz....Betul ke ketika solat berjemaah, isteri akan duduk dibelakang sebelah kiri suaminya? Atau apakah posisi yg betul bg isteri ketika solat bersama suami?
Assalamualaikum ustaz... Pernah ka nabi s.a.w solat berjemaah bersama isteri di rumah?
Assalamualaikum ustaz.. Sy nk tahu iaitu salah atau tidak kalu isteri solat jemaah bersama suami kakak nye di bilik..
Salam, belakang tu maksudnya betul2 belakang ke? Satu line dgn suami? Or belakang belah kiri and belakang belah kanan ? Mohon diperjelaskan , terima kasih ..
Post a Comment