Jun 25, 2009

Doa Semasa Akhir Khutbah Jumaat

Doa semasa akhir Khutbah Jumaat adakah ini sunnah atau pun bidaah semata2??


Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Sebahagian ulama menyatakan doa kepada orang Islam merupakan perkara wajib bagi khatib di dalam khutbah jumaat. Dan sebahagian ulama pula mengatakan ianya tidaklah wajib. Pensyariatan doa semasa khutbah jumaat telah dinaqalkan oleh generasi khalaf dari generasi salaf.

Begitu juga doa kepada raja atau pemerintah, sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian lagi tidak membenarkannya.

Dan telah diriwayatkan bahawa semasa Abu Musa Asyaari r.a menjadi pemerintah Kufah beliau telah mendoakan Khalifah Omar r.a.

Dengan itu sebahagian ulama membenarkan doa kepada raja atau pemerintah jika tidak berlebih-lebihan di dalamnya.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Feqh al-Islami wa Adillatuh

0 comments:

Post a Comment