Jan 28, 2009

Doa Qunut Dan Bangun Dari Sujud

Salam

Soalan 1:
Adakah ada nas untuk duduk sebelum bangun dari sujud i.e rakaat 1 dan 3 pada solat Zuhur.

Jika tiada, boleh ke kalau buat(walaupun tak dianggap ibadah)

Sekiranya kita melakukannya, katalah lupa tu rakaat 2 padahal rakaat 1, takpe ke?


Soalan 2:
Merujuk kepada isu Qunut di:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32298

-sekiranya berimamkan imam yang Qunut, adakah kita kena ikut Qunut juga, dan apakah hukumnya sekiranya makmum berdiri,tetapi senyap saja.

-sekiranya makmum memilih untuk ikut qunut, pernah dengar pendapat bahawa Qunut samada perlu Amin pada bacaan imam, ataupun masing2 baca bacaan qunut keseluruhannya. betul ke.

-style Qunut yg diketahui di malaysia ialah amin pada beberapa rangkap awal.. kemudian baca masing2 senyap. betul ke tu.

Wassalam
_________________

Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jawapan 1:

- Duduk yang dimaksudkan dinamakan duduk istirahah, iaitu: duduk sekejap sebelum bangun daripada rakaat pertama, dan rakaat ketiga.

- Terdapat nas yang sahih dan jelas bahawa Nabi SAW melakukan duduk istirahah, iaitu hadis Malik bin Huwairith r.a.

أنه رأى النبي صلى الله عليه و سلم يصلي فإذا كان في وتر من صلاته لم ينهض حتى يستوي قاعدا

Maksudnya: Beliau melihat Nabi SAW bersolat. Apabila baginda berada dalam rakaat ganjil daripada solatnya (yakni selesai sujud pada rakaat pertama dan ketiga), baginda tidak bangkit sehingga duduk tetap (sekejap).
Direkod oleh Bukhari (no: 789).

Sahabat yang meriwayatkan hadis ini ialah Malik bin Huwairith. Beliau datang ke Madinah beberapa hari untuk mengambil ilmu dengan baginda. Ketika tempoh itulah beliau melihat Rasulullah SAW bersolat dengan ada duduk istirahat. Dan apabila Malik mahu pulang ke tempatnya, Nabi SAW bersabda kepada beliau: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".


Jawapan 2:

- Jika imam qunut, maka makmum juga mestilah meraikan pendapat imam. Tidak boleh berpecah semata-mata perbezaan pendapat feqah.

Kata Ibn Taimiyyah: Harus bersolat secara berjemaah sesama mereka (yang berbezah pendapat). Sebagaimana para sahabat, tabieen dan imam-imam selepas mereka bersembahyang sesama mereka, walaupun mereka berbeza pendapat dalam masalah-masalah feqah.

Katanya lagi: Tidak ada salaf pun yang mengatakan tidak boleh berjemaah sesama mereka yang berbeza pendapat. Sesiapa yang mengingkari hakikat ini, maka dia sesat dan berbuat bidaah, serta menyalahi Quran, sunnah dan ijmak.

Katanya lagi: Ada kalangan sahabat yang membaca Bismillah ketika solat, ada yang tidak membacanya. Ada yang membaca Bismillah secara nyaring, dan ada yang memperlahankannya. Ada yang membaca qunut pada solat Subuh, dan ada yang tidak membacanya.

- Bacaan qunut yang berbentuk doa, imam membacanya dengan lafaz jamak manakala makmum mengaminkannya. Adapun lafaz puji-pujian kepada Allah, imam membacanya dan makmum hanya diam atau membaca sendirian dengan perlahan.

- Style tersebut adalah kerana permulaan qunut adalah doa (imam membaca dan makmum mengaminkan), dan akhir qunut itu adalah pujian-pujian kepada Allah. Maka makmum boleh senyap atau membaca perlahan.

Wallahu A'lam.

Solat Gerhana Matahari

Solat Gerhana Matahari?

Salam

Tak lama lagi akan berlaku gerhana... bagaimana cara solat gerhana? bukankah perlu dibuat di tanah lapang tidak dalam masjid? ada khutbah sekali ke?

Wassalam

*******************************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

Bismillahi wal hamdulillah ,

Jumhur Ulama menetapkan bahawa Solat 2 Gerhana (Matahari dan Bulan) dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakat mempunyai 2 rukuk , 4 kali bacaan al-fatihah dan 4 kali bacaan surah.Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.ha :

فعن عائشة قالت، خسفت الشمس في حياة النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ فخرج رسول الله ـ صلى الله عليه و سلم ـ إلى المسجد فقام فكبر وصف الناس وراءه، فاقترأ قراءة طويلة، ثم كبر فركع ركوعًا طويلاً هو أدني من القراءة الأولى، ثم رفع رأسه فقال: سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد، ثم قام فاقترأ قراءة طويلة هي أدني من القراءة الأولي، ثم كبر فركع ركوعًا هو أدني من الركوع الأول ثم قال: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد، ثم سجد ثم فعل في الركعة الأخرى مثل ذلك حتى استكمل أربع ركعات (الركعة الأولى المقصود بها الركوع) وأربع سجدات وانجلت الشمس قبل أن ينصرف ثم قام فخطب الناس فأثني على الله بما هو أهله ثم قال: (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله ـ عز وجل ـ لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة) رواه البخاري ومسلم،

Dalam hadis di atas diceritakan bagaimana cara dan kaedah solat 2 Gerhana sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw. Ringkasnya adalah seperti berikut :

1. Takbir
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Surah yang panjang
4. Rukuk dengan lama , tetapi tidak selama / panjang seperti bacaan surah yang pertama.
5. Bangun daripada rukuk dengan menyebut “Sami Allahu liman hamidah , Rabbana Lakal Hamd”
6. Membaca Al-Fatihah dan surah , tetapi lebih pendek sedikit daripada bacaan surah yang pertama tadi.
7. Rukuk dan I’tidal
8. Sujud dan duduk antara dua sujud.
9. Sujud dan bangun untuk ke rakaat yang kedua.
10. lakukan perkara yang sama seperti rakaat pertama dengan 2 kali bacaan Al-Fatihah , 2 kali bacaan surah serta 2 kali rukuk.
11. lakukan seperti solat biasa hingga selesai.


Sebelum bersurai , disunnahkan juga untuk memberikan khutbah pendek bagi menceritakan kekuasaan dan keagungan Allah swt dengan mengambil kira bahawa 2 gerhana itu adalah merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Apa yang penting ialah Qiyam dan rukuk yang kedua pada setiap rakaat solat tersebut mestilah lebih pendek / sekejap daripada Qiyam dan rukuk yang pertama.


WA

Solat Sambil Dukung Anak (Video)

Salam

Moga dirahmati Allah...

Persoalan ini adalah lanjutan dari versi pertama http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29007&highlight=&sid=e534d61b9cc2cfc2266cd572b6e69439

Mungkin bleh diperhatikan praktikal dari solat dukung baby ini...




***********************************
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Pergerakan yang sedikit seperti mendukung anak di dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umamah binti Zainab, seperti tercatat dalam hadis Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).

2- Tetapi pergerakan sehingga berjalan beberapa meter ke arah kanan atau kiri (seperti di dalam video tersebut) adalah membatalkan sembahyang. Kerana pergerakan tersebut menjejaskan syarat sah sembahyang iaitu menghadap qiblat.

3- Ulama telah berijmak bahawa menghadap qiblat dalam solat fardhu adalah syarat sembahyang (atau rukun menurut setengah ulama), dan jika sengaja menghadap ke kanan atau ke kiri maka batal sembahyang. (Badai' al-Sanai' 1/301).

Firman Allah:


فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

Maksudnya: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144)

Kata Ibn Katsir: Dalam ayat ini terdapat perintah supaya menghadap ke Kaabah dari segala penjuru bumi, samada Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak dikecualikan daripada perintah ini melainkan dalam sembahyang fardhu ketika musafir. (Tafsir Ibn Katsir 1/460).


Wallahu A'lam

Jan 26, 2009

Solat sunat Tahiyatul Masjid atau Rawatib?

Salam,

Saya tiba di masjid selepas azan. Bilal belum qamat. Solat sunat yang mana patut saya dahulukan; tahiyatul masjid atau rawatib?

Terima kasih atau usaha antum.

Wassalam.

*********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Berikut kami petik soal-jawab dari buku Fatwa al-Lajnah al-Daemah (Fatwa# 7845, 7/244) :-

شخص دخل المسجد قبل إقامة صلاة الفجر فهل يصلي تحية المسجد ثم يسلم ويصلي سنة الفجر أم يصلي سنة الفجر وتكفي عن تحية المسجد ؟.

سئلت اللجنة الدائمة عن ذلك فأجابت :
تجزئ صلاة ركعتي الفجر عن نفسها وعن تحية المسجد ، وهذا هو الأفضل ، ولو صلى تحية المسجد أولاً ثم ركعتي الفجر فلا بأس .

Maksudnya :-

Soalan :- Seorang telah memasuki masjid sebelum Iqamah solat subuh. Apa dia perlu bersolat Tahiyat al-Masjid, kemudian memberi salam, selepas itu solat Sunat sebelum subuh, atau Solat sunat subuh (Fajar) dan adakah itu bermaksud dia tidak perlu solat Tahiyat al-Masjid?

Jawapan : Solat dua rakaat Fajar (solat sunat sebelum subuh) suduh mencukupi untuknya dan termasuk ia solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah lebih afdal (utama). Jika dia melakukan solat Tahiyat al-Masjid dahulu, dan diikuti dengan 2 rakaat Fajar pun tidak mengapa.

Didalam Fatwa yang lain (#7396) menyatakan bahawa, hanya jika masa mencukupi, bolehlah seseorang itu melakukan solat Tahiyat al-Masjid.

Kesimpulannya, jika masa tidak mencukupi, hendaklah didahului solat sunat Qabliyah dari Solat Tahiyat al-Masjid. WA.

Sekian, wassalam

Solat Semasa Azan Berkumandang

Salam

1. Apakah hukum mendirikan solat semasa azan sedang dilaungkan.Ini kerana ada masa disebabkan tugas atau perjalanan jauh, kita perlu mendirikan solat segera apabila masuk waktu.Kadangkala berpandukan pada waktu solat yang telah ditetapkan,kita terus solat dengan yakin apabila jarum jam menunjukkan waktu telah masuk.

2.Perlukah kita menunggu sehingga azan habis dilaungkan untuk mendirikan solat.

**************************
Abu_syu'aib
Panel Feqh

Bismillah...

dalam persoalan ini anda seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu...

dalam masalah ini seharusnya anda menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Nabi menyatakan yang bermaksud apabila kamu semua mendengar azan, maka sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin. (al-Bukhari) maka Awlawiyatnya menjawab azan dahulu.

Satu lagi ianya masuk di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati) takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.

Jumaat.

seringkali ditanya pada hari jumaat yang kebiasaan di negara kita 2 kali azan, jika kita datang lewat iaitu sewaktu azan kedua dilaungkan, adakah perlu ditunggu azan selesai baru menunaikan solat sunat?

sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan pertama, maka keutamaan pada ketika itu menunggu untuk menjawab azan, jika sekiranya seseorang itu datang sewaktu azan kedua dilaungkan, maka pada ketika itu keutamaannya terus solat tahiyyatul masjid, kerana Khatib akan terus berkhutbah sebaik sahaja selesai azan kedua.

wallahu a'lam
(maaf komputer yg digunakan tiada tulisan arab...)

Sapu Mata Ketika Azan

Salam

Baru-baru ni saya dengar di masjid tentang amalan yg disunatkan nabi masa mendengar azan yang diambil dari kitab melayu lama.

Antara amalan tersebut ialah ketika mendengar "ashaduanna muhammadur rasulullah" hendaklah seseorang itu membaca sesuatu dan menghembuskan kedua2 ibu jari tangannya. kemudian menyapukan kedua jari tersebut kedua kelopak mata. Antara fadilatnya, mata tidak akan buta selama-lamanya.

Saya agak pelik dengan hadith ini dan merasakan hadith ini macam salah.

Saya ingin kepastian. Jazakallahu khoiran kasiron..

***********************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Amalan tersebut tidak sabit dalam sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara sahih, dan tidak dinukilkan dalam kitab-kitab utama hadis.

Al-Dailami di dalam Al-Firdaus menisbahkan perbuatan tersebut kepada Abu Bakr al-Siddiq, dan ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, baginda berkata, "Sesiapa melakukan sepertimana yang dilakukan oleh sahabatku ini, maka beroleh syafaatku".

Imam Sakhawi membuat komentar, "Ia tidak sahih". (al-Maqasid al-Hasanah m/s 605).

Dan ada beberapa riwayat lagi berkenaan dengan kelebihan amalan ini yang tidak sahih. Antaranya, yang disebut oleh seorang ahli tasauf, Abu al-Abbas Ahmad biin Abi Bakr al-Yamaniy di dalam buku 'Mujibaat al-Rahmah wa Azaim al-Maghfirah', bahawa Nabi Khidr telah berkata, "Sesiapa melakukannya, maka dua matanya tidak akan buta". (Maqasid Hasanah).

Kesemua kelebihan amalan ini tidak sabit dalam hadis-hadis yang sahih.

Wallahu A'lam.

Muwafiq Yang Ketinggalan Dari Imam

Salam

Setakat pengetahuan saya, muwafiq ni jadi sekiranya makmum yang mengangkat takbir sama dengan imam dan tak dapat ikut 2 rukun yg panjang sekali dengan imam.. antara sebab mungkin habiskan al-fatihah.

1) saya tengok ada banyak percanggahan dalam buku2 berkaitan solat bab muwafiq ni.. ada kata lepas 2 sujud (rukun panjang).. ada yang kata lepas sujud pertama.. (rukuk+sujud pertama).. yang mana satu yg betul?

2) sekiranya makmum itu masbuq..katalah pada rakaat ke-2 Zuhur.. kemudian disebabkan imam ni super-duper laju.. pada rakaat ke-3 dia tak sempat tomakninah sekali dengan imam.. sebab nak habiskan al fatihah.. adakah dia dia perlu rukuk sekali dengan imam pada rakaat2 seterusnya atau tertakluk kepada hukum yang sama dengan muwafiq di atas (jangan ketinggalan 2 rukun yang panjang)?

3) bagaimana hukumnya solat sekiranya makmum tidak pasti dengan sah-batalnya perlaku solat tetapi mengambil keputusan meneruskan solat dengan harapan sekiranya selepas dia bertanyakan perihal solat kepada orang yg alim,sekiranya salah dia mengulang, jika betul tak payah. solat dia bagaimana.. sebab macam buat sesuatu dengan tak pasti

WA

_________________
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Dalam bab makmum ketinggalan daripada imam, memang terdapat perselisihan pendapat yang agak rumit. Kerana permasalahan ini mempunyai cabang yang banyak. Ulama membezakan antara makmum ketinggalan disebabkan uzur ataupun ketinggalan tanpa uzur. Dan antara dua keadaan, terdapat perincian yang berbeza setakat berapa rukun yang dibenarkan ketinggalan. Kemudian, terdapat perincian lagi tentang rukun pendek dan rukun panjang, dan adakah iktidal dikira rukun pendek atau panjang. Sebagaimana mereka berselisih juga dalam menentukan adakah bacaan imam yang laju termasuk dalam kes uzur atau bukan uzur. Kesemua ini terdapat perselisihan antara fuqaha.

Maka tidak hairanlah jika kita mendapati banyak perbezaan pendapat dalam perkara ini sebagaimana yang saudara temui dalam buku-buku feqah.

2) Persoalan ini hendaklah dirujuk adakah bacaan imam yang laju termasuk dalam uzur ataupun tidak?
Imam Nawawi di dalam Majmuk memasukkan situasi imam membaca terlalu laju adalah uzur makmum ketinggalan imam.

Beliau menukilkan di dalam mazhab Syafie sendiri ada dua pendapat (wajah).
Pertama: makmum terus rukuk, dan tidak perlu menghabiskan Fatihah.
Kedua (Lebih sahih dalam mazhab): Makmum wajib menghabiskan Fatihah, dan jangan ketinggalan melebihi 3 rukun panjang. (Majmuk 4/236)

3) Soalan ini agak umum. Kerana makmum yang syak pada kesahihan solatnya ada banyak sebab, dan hukumnya pun berbeza antara sebab-sebab.
Adakah dia syak kerana syak pada syarat sembahyang, atau syak pada melakukan sesuatu yang membatalkan, atau syak pada meninggalkan rukun, atau lain-lain.

Wallahu A'lam

Bacaan Dalam Solat Tahiyatul Masjid

Salam ,

Saya mempunyai persoalan mengenai Solat Tahyatul Masjid. Apakah hukumnya sekiranya saya hanya membaca surah al-fatihah dalam rakaat pertama dan kedua yakni saya meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum fatihah dan juga surah lain selepas fatihah. Bagaimana seafdal2 untuk menunaikan solat tahyatul masjid?

_________________
al-jawhar
Panel Feqh
Salam ,

Tidak mengapa jika saudari tidak membaca doa iftitah dan surah selepas al-Fatihah.Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan perkara-perkara sunat dalam solat.Malah dalam solat fardhu juga tidak mengapa jika kedua perkara tersebut (doa iftitah dan bacaan surah) tidak dilakukan.

Cara yang afdhal (terbaik) dalam melakukan solat ialah dengan melakukan kesemua perkara-perkara yang disuruh untuk kita lakukannya dalam solat terutama sekali perkara-pekara sunat.

WA

Takbir Intiqalat Bagi Makmum

Salam

Saya ingin mengetahui sama ada ma'mum perlu menyebut 'allahu akbar' ataupun lain kata takbir ketika berubah rukun solat ketika solat berjemaah atau bagaimana?

Wassalam
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Nabi Sallallhu Alaihi Wasallam bersabda:


فإذا كبر فكبروا

Bermaksud: Maka apabila dia (imam) bertakbir, maka bertakbirlah.
Direkod oleh Bukhari (no: 371) dan Muslim (no: 411).

Maka makmum dituntut bertakbir selepas imam bertakbir, termasuklah dalam takbir-takbir intiqalat.

Kecuali apabila imam menyebut 'Samiallahu Liman Hamidah', makmum hendaklah menyebut 'Rabbana Lakal Hamd', sebagaimana sambungan hadis di atas:


وإذا قال سمع الله لمن حمده فقولوا ربنا ولك الحمد

Maksudnya: Dan apabila dia berkata, "Samiallahu Liman Hamidah', maka sebutlah, "Rabbana Walakal Hamd".

Wallahu A"lam.

Masbuq Pada Rakaat Ke 3

Kalau kita masuk ke dalam jemaah yg solat Isyak pada rakaat ke tiga, kita perlu baca Fatihah , soalannya adakah lepas bacaan Fatihah kita baca ayat Quran yg lain kerana kita berada pada rakaat pertama?

Sekian. Terima Kasih.

**********************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah ini perlu dirujuk kepada satu masalah feqah iaitu: Apabila masbuk masuk dalam jemaah, adakah rakaat yg dia sempat itu, adalah permulaan solatnya atau penghujung solatnya?

Pendapat pertama:
dikira rakaat si masbuk itu sendiri, iaitu rakaat pertama. Maka hendaklah baca Fatihah dan sunat baca surah selepasnya. kemudian, apabila imam selesai solat, dia hanya perlu sempurnakan rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa perlu baca surah selepas Fatihah.
Ia berdasarkan hadis "Apa yang kamu sempat dengan imam, maka sembahyanglah, dan apa yang kamu tidak sempat, maka SEMPURNAKANLAH".
HR Bukhari (no: 609) dan Muslim (no: 602).

Perkataan: SEMPURNAKANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah permulaan solatnya. Yakni rakaat pertama.

Pendapat kedua:
dikira rakaat imam, kalau imam sedang rakaat ke-3, maka ia dikira rakaat ke-3 juga, tak sunat baca surah. Tetapi selepas imam selesai, dia akan qadha' balik rakaat pertama dan kedua, dan dia disunat baca surah dalam 2 rakaat terakhir itu.
Ia berdasarkan satu riwayat hadith "...Apa yang kamu tertinggal, maka QADHA'LAH".

Perkataan QADHA'KANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah penghujung solatnya.

Bagaimanapun, yang lebih kuat ialah pendapat pertama dan ia juga mazhab Syafie dan jumhur, kerana melihat kepada kewajipan TERTIB dalam solat. Walaupun imam pada rakaat ketiga, tetapi makmum hendaklah menjaga tertib dan menjadikan ia sebagai rakaat pertama, maka disunatkan baca surah pada rakaat itu.

Wallahu A'lam.

rujukan:
-Bidayatul Mujtahid 1/136

Rencam Kemusykilan

Salam

Saya ada beberapa kemusykilan.Harap Panel Fiqh Al Ahkam dapat menjawab persoalan2 saya ini.Terima kasih.

1. Menurut sunnah, bilakah ma'mum perlu membaca al-fatihah semasa solat bersuara keras (Subuh,maghrib,isya')?

2. Setahu saya,cara duduk yg diamalkan semasa tahiyat akhir iu dilakukan oleh nabi s.a.w kerana kaki baginda cedera dan sebelum kecederaan tersebut,baginda duduk seperti biasa.adakah benar hal ini?

3. Bolehkah kita sentuh al-quran(bukan terjemahan)tanpa Wudhu'?

4. Betulkah Saidina Umar pernah berdoa 'Ya ALLAH,aku berlindung darimu dengan bidaah hasanah' ketika solat tarawih berjemaah dihidupkan semula?

5. Rakan saya ada bertanya apakah perbezaan air mani dan air mazi. saya tidak berapa tahu dan tidak menjawabnya.bolehkah saya tahu apa perbezaannya?

6. Rakan saya pernah beritahu Nabi SAW hanya pernah solat tarawih berjemaah sebanyak 3 kali.Betulkah kenyataan tersebut?

7. Masa bilakah kita perlu melepaskan genggaman tangan kanan semasa tahiyat akhir?adakah selepas memberi salam kedua atau waktu bila?

8. Adakah duduk seketika selepas bangun dari sujud untuk bangun ke rakaat 2 atau ke-4 itu adalah sunnah nabi SAW?

Terima kasih.

*****************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
1.Menurut sunnah,bilakah ma'mum perlu membaca al-fatihah semasa solat bersuara keras(Subuh,maghrib,isya')?

-Masalah ini adalah cabang kepada masalah 'Adakah makmum diwajibkan membaca Fatihah di belakang imam dalam solat nyaring (jahriyyah)? Telah dijawab oleh ust gayat spt di bawah:

Quote:
Berkaitan soalan saudara yang kedua, isu ini merupakan isu khilafiah. Kita ringkaskan pendapat mazhab 4 yang muktabar.

Syafi'iy: wajib makmum membaca Fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan
Hanafi: makruh tahrim bg makmum membaca fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan
Maliki: makruh membaca Fatihah jika dlm solat nyaring, sunat dibaca jika dalam solat perlahan
Hanbali: makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang membaca; Mustahab (disukai) jika dalam solat perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca fatihah.

Berdasarkan kepada keempat-empat pendapat di atas, pendapat Maliki dan Hanbali mendapat sokongan ramai oleh ahli tahqeeq (penilai semula hukum2 feqh Islami), antaranya mantan Syaikhul Azhar, Sayyid Sabiq, yakni alFatihah tidak perlu dibaca dalam raka'at jahar (nyaring) dan dibaca ketika raka'at sirr (senyap) atau ketika makmum tidak mendengar bacaan Imam. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam Ibn Qayyim alJawzea mendokong pendapat Hanbaliah. Muhaddis Syaikh Albani dalam solat Sifatun Nabi juga mendokong pendapat makmum tidak membaca ketika Imam membaca dgn nyaring dan makmum membaca ketika Imam membaca secara senyap. Manakala pendapat Syafi'iy yg diamalkan di Malaysia hanya mengguna hadis "Tiada solat tanpa fatihah".

link: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=10299

-jika anda berpegang mazhab yang mewajibkan Fatihah bagi makmum, maka hendaklah dibaca ketika imam senyap. Iaitu selepas imam selesai baca fatihah, sebelum baca surah. lihat jawapan ust izrail: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33923

Quote:
2.Setahu saya,cara duduk yg diamalkan semasa tahiyat akhir iu dilakukan oleh nabi s.a.w kerana kaki baginda cedera dan sebelum kecederaan tersebut,baginda duduk seperti biasa.adakah benar hal ini?

Tidak benar kenyataan Nabi duduk tawarruk ketika tahiyyat akhir adalah kerana cedera. Kerana:

-jika disebabkan kecederaan, atau illah tertentu, pasti sahabat akan menceritakan di dalam hadis-hadis sifat solat, sebagaimana sahabat menceritakan Nabi solat duduk kerana sakit.

-Hadis yg memperincikan cara duduk Nabi, menyebut bahawa Nabi SAW duduk iftirasy pada tasyahhud awal, dan duduk tawarruk pada tasyahhud akhir, dalam solat yang sama. Kalau Nabi duduk tawarruk kerana kecederaan, pasti baginda duduk iftirasy dalam semua tasyahhud, awal dan akhir.
lihat perincian dan dalilnya: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=26922

Quote:
3.Bolehkah kita sentuh al-quran(bukan terjemahan)tanpa Wudhu'?

Khilaf dalam persoalan masyhur ini berpunca daripada perbezaan tafsiran terhadap ayat Quran:

لا يمسه إلا المطهرون
ertinya: "Tidak menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan" (Al-Waqeah: 79).

i- Adakah al-mutahharun (mereka yang disucikan) maksudnya: MALAIKAT ataupun MANUSIA?
ii- Adakah ayat ini bermaksud LARANGAN, ataupun PERKAHABARAN.

Jumhur ulama: Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali: haram menyentuh mushaf tanpa wudhuk. Manakala ahli zahir: harus.

rujukan: Bidayatul Mujtahid oleh: Ibn Rusyd al-Hafiid 1/30.

Quote:

4.Betulkah Saidina Umar pernah berdoa 'Ya ALLAH,aku berlindung darimu dengan bidaah hasanah' ketika solat tarawih berjemaah dihidupkan semula?

Yang masyhur daripada kata-kata Umar ialah: Sebaik-baik bidaah ialah ini (iaitu mengadakan terawih berjemaah di belakang imam). HR Bukhari (no: 1906).

Bidaah di sini ialah bidaah dari sudut bahasa, bukan bidaah dari sudut syarak. Kerana Umar tidak membuat satu ibadah baru pun. Berjemaah terawih sudah ada asal daripada perbuatan Nabi SAW, cuma tidak dibuat secara berterusan kerana baginda takut difardhukan kepada umat.

Quote:
5.Rakan saya ada bertanya apakah perbezaan air mani dan air mazi. saya tidak berapa tahu dan tidak menjawabnya.bolehkah saya tahu apa perbezaannya?

Ulama menyebut ciri-ciri mani, iaitu yg ada salah satu daripada tiga;
1) bau yg kurang enak. masa cair, baunya seperti tepung diuli, dan masa kering baunya spt putih telur.
2) keluar dengan memancut.
3) keluar dengan syahwat, dan selepas itu badan terasa lemah.

Manakala Mazi pula, sifat2nya ialah:
1) cecairnya agak licin, tidak likat seperti mani.
2) keluarnya setitik demi setitik, tidak memancut seperti mani.
3) selepas keluarnya, tidak terasa lemah seperti keluarnya mani.

rujukan:
al-Hawi al-Kabir 1/215.
Fathul Aziz 2/121.
Majmuk nawawi 2/141.

Quote:
6.Rakan saya pernah beritahu Nabi SAW hanya pernah solat tarawih berjemaah sebanyak 3 kali.Betulkah kenyataan tersebut?

Benar, sebagaimana sabit dalam Sahih Bukhari (no: 882), dan Muslim (no: 761).

Sebabnya: Nabi SAW takut solat terawih difardhukan ke atas umatnya. Sabda baginda: "Tidaklah menghalang aku keluar (untuk berterawih) melainkan aku takut nanti ia difardhukan ke atasmu, lalu kamu tidak mampu".
Quote:
7.Masa bilakah kita perlu melepaskan genggaman tangan kanan semasa tahiyat akhir?adakah selepas memberi salam kedua atau waktu bila?

Dr Syarif Hatim mengatakan: Zahir nas-nas menunjukkan bahawa dimulakan isyarat jari telunjuk ketika mula-mula tasyahhud, dan berkekalan dalam keadaan isyarat itu sehingga selesai tasyahhud samada untuk bangun (qiyam) atau untuk memberi salam.
link: http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=47653

Quote:
8.Adakah duduk seketika selepas bangun dari sujud untuk bangun ke rakaat 2 atau ke-4 itu adalah sunnah nabi SAW?

Sabit dalam sahih Bukhari daripada hadis Malik bin Huwairith, bahawa beliau melihat Nabi SAW bersolat, apabila pada rakaat ganjil (pertama dan ketiga), baginda tidak bangun sehinggalah duduk tetap.
Sahih Bukhari (no: 789).

Berdasakan hadis ini, mazhab Syafie mengatakan duduk istirahat sebelum bangun adalah sunnah. Manakala jumhur ulama mengatakan tidak sunnah kerana duduk istirahat tidak disebut dalam mana-mana hadis lain tentang sifat solat Nabi SAW.

Mazhab Syafie dikuatkan dengan:

-kaedah: Asal bagi perbuatan Nabi SAW adalah sebagai satu tasyrie' (pensyariatan) dan ia diikuti oleh umatnya, melainkan ada dalil yang mengatakan ia disebabkan illah lain.

-Malik bin Huwairith yang meriwayatkan hadis duduk istirahat, dia lah juga yang meriwayatkan hadis "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".
Ucapan hadis ini diucapkan oleh Nabi ketika Malik bin Huwairith datang ke Madinah dan bersama Nabi selama lebih kurang 20 hari 20 malam. Dan pada ketika itulah Malik melihat Nabi solat dengan duduk istirahat, dan pada ketika sama itulah Malik mendengar Nabi bersabda: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Wallahu A'lam.

Tarawih 1>8 vs 1>4

Salam

Hanya nak kepastian kebenaran tindakan saya. Jemaah tmpt sy buat tarawih 8R n witir 3R.

i) Malam td sy sampai surau lambat n jemaah baru selesai tarawih ke-4. Saya masuk rakaat ke-5 diorang sbg rakaat pertama bg saya. Bila diorang dah 8R, saya baru buat 4R. Pastu yg sy tau, boleh join imam walaupun solat lain jenis, cuma mestilah sama bentuk. So bila diorang buat witir 1n2R, sy stay dlm saff buat tarawih sy 5n6R. Boleh, kan?

ii) Pastu bila diorang buat witir ke-3, saya kuar dari saff n buat tarawih sendiri 7n8R. Macamana kalau sy stay dlm saff, dan selepas diorg selesai salam witir ke-3 tu, sy sambung habiskan tarawih sy yg ke-8? Ke... kena kuar saff dari awal lagi?

syukran Yellow Rolleyes
Wassalam

***********************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, insya-Allah.

Quote:
i) Malam td sy sampai surau lambat n jemaah baru selesai tarawih ke-4. Saya masuk rakaat ke-5 diorang sbg rakaat pertama bg saya. Bila diorang dah 8R, saya baru buat 4R. Pastu yg sy tau, boleh join imam walaupun solat lain jenis, cuma mestilah sama bentuk. So bila diorang buat witir 1n2R, sy stay dlm saff buat tarawih sy 5n6R. Boleh, kan?

Di bolehkan solat yang sedemikian, solat dengan niat yang berlainan, asalkan bentuknya serupa. Ini merupakan pandangan Mazhab Syafie, satu satu dari pandangan Imam Ahmad, pemgikut Imam Ahmad, Ibn Taimiyah dan datuknya.

Quote:
ii) Pastu bila diorang buat witir ke-3, saya kuar dari saff n buat tarawih sendiri 7n8R. Macamana kalau sy stay dlm saff, dan selepas diorg selesai salam witir ke-3 tu, sy sambung habiskan tarawih sy yg ke-8? Ke... kena kuar saff dari awal lagi?

Anda masih lagi boleh meneruskan untuk bersolat bersama Imam, dimana setelah Imam memberi salam, anda boleh menambah bilangan rakaat yang tertinggal, sebagaimana hadith dari Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah berkata ::-

من أدرك ركعة من الجمعة أو غيرها فليضف إليها أخرى وقد تمت صلاته
"Barangsiapa yang mendapati Imam 1 rakaat didalam solat Jumaat atau mana-mana solat, maka tambahlah bilangan rakaat menyempurnakan solatnya" [hadith al-Nasaa'i].

Malahan, didalam situasi yang disebaliknya pun dibenarkan disisi syara'. Contohnya kata Imam al-Nawawi rh :-

"Jika dia ingin bersolat Fajr dibelakang seseorang yang bersolat Zohor dan solat jemaah tersebut selesai, jika dia mahu di boleh menunggu pada masa Tashahhud sehingga Imam selesai dan melakukan salam bersama Imam, dimana ini lebih baik, atau dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Imam (mufaraqah) dan melakukan salam. Meninggalkan (mufaraqah) tidak membatalkan solatnya, dan tiada khilaf pandangan ulama' mengenai hal ini, kerana dia mempunyai alasan dari mengikuti Imam." [al-Majmu' Sharh Muhazzab, 4/143].

Sekian, wassalam

Ada apa dengan masjid?

Salam

Saya pernah mendengar bbrp pendapat spt di bwh. Minta tetuan panel huraikan. Syukran jazilan

i) Adalah lebih afdhal bersolat jemaah di masjid/surau yg lebih dekat dgn rumah kita. Adakah jika kita sengaja memilih sebuah masjid yg lebih jauh sedikit solat menjadi makruh/kurang pahala,etc?

ii) Ada orang kata tak boleh letup-letupkan sendi jari (knuckles 'krup krap' tuu) dgn sengaja dlm masjid sbb ia adalah satu bentuk zikir setan.

iii) Diketahui bhw diharamkan berjual-beli dlm masjid. Tp ada yg kata setakat iklan sedikit adalah dibolehkan. Camne tuh? Juga, dlm keadaan bgmn kita boleh sebut 'semoga Allah merugikan perniagaan awak!'? Adakah di depan jemaah lain, atau secara peribadi dgn si peniaga tu? Dan mestikah on the spot dlm masjid?

iv) Saya diberitahu buat pengumuman pun x boleh, mcm 'jam sape ada hilang?', 'mlm ni ada kuliah' dsb kerana ada org len yg sedang bersolat. Kalau nak umum juga, mesti kat luar... Masalahnya, kalu tunggu smpai bila dah keluar masjid baru nak umum, ramai jemaah dah balik dan si pesolat dlm masjid tu pun mesti terganggu juga

Wassalam

**********************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
i) Adalah lebih afdhal bersolat jemaah di masjid/surau yg lebih dekat dgn rumah kita. Adakah jika kita sengaja memilih sebuah masjid yg lebih jauh sedikit solat menjadi makruh/kurang pahala,etc?

Setiap muslim bebas untuk pergi ke mana-mana masjid, walaupun masjid yang lebih jauh, sedangkan ada masjid yang lebih dekat dengan tempat tinggalnya. Dengan syarat, tidak menyebabkan jemaah di masjid dekat tergendala dengan ketiadaannya.

Malahan, berkemungkinan pergi ke masjid yang lebih jauh memberi pahala yang lebih banyak kerana Nabi SAW bersabda: "Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu yang Allah ampunkan dosa dan mengangkat darjat dengannya?" Mereka berkata: "Ya, wahai Rasulullah". Sabdanya: "Menyempurnakan wudhu' ketika kepayahan, banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat selepas solat".
HR Muslim (no: 251).

rujukan:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=32315&Option=FatwaId

Quote:
ii) Ada orang kata tak boleh letup-letupkan sendi jari (knuckles 'krup krap' tuu) dgn sengaja dlm masjid sbb ia adalah satu bentuk zikir setan.

Terdapat larangan menyilangkan jari-jari (tasybik) ketika menuju ke masjid, dan ketika berada di dalam masjid menunggu solat. Antaranya:

إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ ، فَإِنَّهُ فِي صَلاةٍ

Maksudnya:
Apabila salah seorang kamu berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya, kemudian keluar menuju ke masjid, janganlah menyilangkan dua tangannya. Sesungguhnya dia berada dalam solat.
HR: Abu Daud (no: 562) dan Tirmizi (no: 386). lihat Sahih Ibn Hibban (no: 2036).

Illah dilarang menyilangkan tangan atau jari2 ketika menunggu solat di dalam masjid, kerana seseorang yang sedang menunggu solat dikira sudah berada dalam solat, dan diberikan pahala. maka tidak elok melakukan perkara-perkara yang dikira sia-sia atau tidak layak dilakukan ketika solat.

Manakala, meletup-letupkan jari sehingga berbunyi juga, samalah hukumnya dengan menyilangkan tangan, kerana perbuatan tersebut tidak layak dilakukan ketika solat. Dinaskan oleh Imam Khattabi.

rujukan:
Maalim Sunan 1/295.

Mengatakan ia adalah satu bentuk zikir syaitan, kami tidak menemui nas tentangnya. Tetapi ada hadis menyebut, "Sesungguhnya menyilangkan tangan itu adalah daripada Syaitan". HR Ahmad (no: 11385) dan dinilai hasan oleh Haitami dalam Majmak Zawaid 2/139.

Quote:
iii) Diketahui bhw diharamkan berjual-beli dlm masjid. Tp ada yg kata setakat iklan sedikit adalah dibolehkan. Camne tuh? Juga, dlm keadaan bgmn kita boleh sebut 'semoga Allah merugikan perniagaan awak!'? Adakah di depan jemaah lain, atau secara peribadi dgn si peniaga tu? Dan mestikah on the spot dlm masjid?

Hukum mengiklankan barangan perniagaan di dalam masjid adalam SAMA dengan hukum berjual beli dalam masjid, iaitu makruh, samada makruh tahrim (hanbali) atau makruh tanzih (jumhur). Kerana masjid didirikan untuk ibadah, zikir, dan seumpamanya, bukan untuk kepentingan duniawi seseorang individu.
lihat: Fatwa Lajnah Daemah (no: 11967).

Kata-kata "Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan awak", boleh disebut di dalam hati, atau dengan lisan secara jahar. Setengah ulama mengatakan: zahir hadis ini ialah disebut secara jahar dengan lisan.
Tetapi, memandangkan ia adalah satu doa, tidak perlu sengaja dinyaringkan di hadapan orang ramai.

lihat: Tuhfatul Ahwazi 4/458.

Quote:
iv) Saya diberitahu buat pengumuman pun x boleh, mcm 'jam sape ada hilang?', 'mlm ni ada kuliah' dsb kerana ada org len yg sedang bersolat. Kalau nak umum juga, mesti kat luar... Masalahnya, kalu tunggu smpai bila dah keluar masjid baru nak umum, ramai jemaah dah balik dan si pesolat dlm masjid tu pun mesti terganggu juga

Membuat pengumuman yang berkaitan dengan ibadah, atau kebaikan dan maslahah, tidak termasuk dalam larangan berjual beli dan larangan mengumumkan kehilangan barangan.
Contohnya, pengumuman ceramah atau kuliah agama, pengumuman kematian untuk diadakan solat jenazah, pengumuman untuk diadakan berbuka puasa di masjid, dan seumpamanya.
Dalam hal-hal ibadah dan amal khairi seperti ini, boleh dibuat pengumuman di dalam masjid.

rujukan:
-Fatwa Lajnah Daemah (no: 4276)

Kepentingan melurus/rapatkan SAFF

Salam

"Luruskan saff2 kalian kerana lurusnya saff merupakan sbhgn dr kesempurnaan solat!!!" [HR Bukhari-Muslim]

1) Apakah pelurus/rapatan saff dipandang sbg sesuatu yg x penting? Ini kerana belum pernah lagi sy melihat dlm msykt ni mana2 imam & jemaah yg berusaha memastikan setiap saff betul2 rapat/lurus terlebih dahulu sblm mulai solat. Mengapa masih kurang kesedaran ttg hal ini, bahkan di kalangan org yg 'berpegang kpd sunnah' setakat yg saya nampak & kenal, teramat-amatlah sedikit antara mereka yg ambik berat akan hal ni (sorry, but true!!).

2) Bukankah terdpt hadith2 yg menyuruh menempelkan bahu, MATA KAKI dan TUMIT dlm saff? Merujuk kpd vid ini http://www.youtube.com/watch?v=-HDG-7fQ-Fk , mmg jelas cara saf yg lazim diamalkan di mesia ni iaitu membuka jari2 kaki keluar dan tumit/bukulali ke dalam adalah cara yg x tepat. Camana cara diorang buat saf di Makkah??

3) Apabila cara saff yg disuruh Nabi saw x disempurnakan berdasarkan hadith di atas, adakah implikasinya bhw sbhgn solat menjadi tidak sempurna?
(Sedih betul. Terkadang sy tengok org melayu 'rapat' saf, alaaahai... jgnkan anak kambing, anak lembu pun boleh telus!!! Pastu si imam buat dek je)

jkk

*******************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Dimaklumi daripada sunnah bahawa menyamakan saf adalah satu tuntutan dalam solat jemaah. Ia menuntut 3 perkara utama:

i-membetulkan / meluruskan saf. Jangan ada yg terkedepan dan terkebelakang.

ii-mengisi ruangan kosong antara di dalam saf.

iii- melengkapkan saf yg hadapan dahulu, kemudian yg seterusnya.

Umat Nabi Muhammad SAW sepatutnya menjaga sunnah ini, kerana mereka diberi keistimewaan bahawa saf-saf mereka adalah seperti saf-saf para malaikat.

2) Imam Bukhari mernyebut dalam Sahihnya: Bab: menempelkan bahu dengan bahu, dan kaki dengan kaki dalam saf. Dan berkata Nukman bin Basyir: Aku melihat seseorang lelaki dari kalangan kami menempelkan buku lalinya dengan buku lali sahabatnya.

-Ibn Hajar berkata: Yang dimaksudkan dengannya ialah: berlebih-lebihan dalam menyamakan saf dan mengisi kekosongan.
ihat: Fathul Bari 2/211.

-Kata Bakar Abu Zaid: Dalil menunjukkan betulnya apa yg difahami oleh Ibn Hajar ialah kata-kata Nukman bin Basyir itu sendiri iaitu: "Maka aku melihat seseorang lelaki menempelkan bahunya dengan bahu kawannya, lututnya dengan lututnya, dan buku lalinya dengan buku lalinya". Lafaz Abu Daud.

Menempelkan antara lutut dengan lutut tidak mungkin, maka di sini terserlah bahawa yg dimaksudkan ialah: galakan mengisi kekosongan dan meluruskan saf, bukannya benar-benar menempelkan (buku lali dengan buku lali).
Lihat: La Jadid Fi Ahkam al-Solah m/s 16

3) Tidak menunaikan tanggungjawab menyamakan saf dengan cara yg sunnah akan membawa kepada:

i- berpecah belah. sebagaiamana hadis: "Samakan saf, jangan berselisihan, nanti hati-hati kamu berselisihan". Muslim (no: 432)

ii- menjadi laluan syaitan mengganggu jemaah. Sebagaimana Nabi bersabda: "Jangan tinggalkan ruang kepada syaitan". HR Ahmad (no: 5724) dan Abu Daud (no: 666).

iii- terputus kebaikan daripada Allah. Sebagaimana sambungan hadis di atas: "Dan sesiapa yg memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya".

rujukan:
-Fathul Bari oleh Ibn Hajar
-La Jadid Fi Ahkam al-Solah oleh Bakr Abu Zaid

Jan 25, 2009

Solawat semasa solat tarawih

Salam

Jika boleh mohon disegerakan jawapan.

Saya telah dilantik untuk membaca solawat semasa solat tarawih berjamaah di surau. Saya masih ragu2 untuk meneruskannya kerana bimbang ia adalah bid'ah. Persoalan saya adakah bacaan tersebut termasuk dalam bid'ah?

Terima kasih.

******************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Berselawat dianjurkan oleh syarak secara umum. Boleh dilakukan oleh mana-mana individu muslim bila-bila masa termasuklah antara rakaat2 sembahyang sunat.
Tetapi menganjurkan selawat dengan tatacara tertentu, dengan tertib tertentu, bacaan2 tertentu, dibuat secara beramai-ramai secara nyaring, dan ditetapkan pada setiap kali rakaat solat terawih, sebagaimana amalan masyarakat Melayu hari ini adalah satu bidaah, kerana menepati definisi bidaah.
Kerana Bidaah ialah: Satu bentuk amalan dalam agama, yang diada-adakan, yg menyamai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam beribadat kepada Allah. (al-I'tisham 1/37).

Oleh itu, kami mencadangkan:
-jika anda berpengaruh dalam menentukan keputusan surau atau masjid, anda hendaklah mencadangkan supaya dimansuhkan amalan tersebut, dengan cara berhikmah.
-jika tidak mampu, hendaklah berlepas diri daripada menjadi ketua/ikutan dalam perkara bidaah. Sekurang2nya itu adalah satu tanda anda cuba mencegahnya dengan hati.

Wallahu al-Muwaffiq

Solat Tarawih Berjemaah Bid'ah?

Salam

Saya sungguh hairan apabila ada rakan saa yg menyatakan bahawa jika solat tarawih berjemaah itu bid'ah....jadi saya inginkan penjelasan yg lengkap tentang perkara ini termasuklah hujah-hujah daripada hadis dan sebagainya.Harap soalan saya ini dijawab sebaiknya.Terima kasih.

******************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Jawapan balas yg pertama sekali ialah anda kena jelaskan definasi bid'ah yang sebenarnya dari hadith muttafaq alaih," sesiapa yg merekacipta suatu yg baru dalam ajaran agama kita yang bukan bahagian darinya, maka ia TERtolak" (syarh sunnah, alBaghawii, no 103, tahqiq S al-Arnaouth)

Walhal, solat tarawih berjama'ah ni bukanlah suatu yg baru. Pernah dilakukan oleh Nabi saw beberapa malam, kemudian baginda hentikan kerana dibimbangi para sahabat akan interpret sebagai suatu kefardhuan yg baru. Abu Bakar ra juga tidak meneruskan kerana bimbang. Cuma di era pemerintahan khilafah Umar al-Khattab ra, bila kebimbangan itu sudah hilang, maka ia dihidupkan semula secara resmi. Maka apa yg dihidupkan oleh Khulafa' arRasyidin ini bukan bid'ah kerana amalan khulafa arrasyidin adalah juga sunnah. Dalilnya : " sabda baginda, hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khulafa arrasyidin yang mendapat petunjuk" [al-Qardhawi, al-Muntaqa, hadith no 24] sahih

Jadi solat tarawih berjama'ah itu sah bukan bid'ah, kerana menyalahi definasi bid'ah, pernah diamalkan oleh Nabi saw dan dihidupkan oleh salah seorang khalifah yg diberi petunjuk (Umar). sekian

Amalan berdasarkan sunnah

Salam,

Mohon penjelasan dari sunnah rasullullah saw atau perbuatan sahabat dizaman baginda yang dipersetuji baginda berkenaan persoalan dibawah;

1) Seorang datang lewat ke masjid untuk berjemaah solat fardhu n mendapati yang imam telah memberi salam.Jadi yang mana lebih menepati petunjuk rasul saw samada membuat satu jemaah lagi utk solat @ mengikuti jemaah yang dibentuk oleh orang2 yang ketinggalan berjemaah bersama imam masjid @ solat sendiri -sendiri dalam masjid @ balik ke rumah untuk solat berjemaah dirumah?

*************************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

-Sekiranya masjid tersebut ialah masjid jalanan, yakni yang dibina di tengah2 highway untuk kegunaan org musafir, yang tidak dilantik imam tetap, maka tidak syak bahawa membuat jemaah kedua adalah lebih baik.

-Sekiranya masjid itu ada imam tetap, maka yg afdhal ialah bersembahyang jemaah, dan tidak bersembahyang berseorangan. Dalinya:

1) Hadis Nabi SAW: "Sembahyang seorang lelaki dengan seorang lelaki (berjemaah) adalah LEBIH BAIK daripada sembahyangnya berseorangan. Dan sembahyangnya dengan dua orang lelaki lebih baik daripada sembahyangnya dengan seorang lelaki. Jemaah yang lebih banyak, lebih disukai oleh Allah".
HR Abu Daud (no: 554), dan Nasai (no: 843). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban (no: 2056), kata Nawawi dalam al-Khulasah "Sanadnya sahih". (Nasbul Rayah 2/15).

2) Kisah seorang lelaki masuk masjid Nabi, dan mendapati Nabi dan sahabat2nya telah selesai menunaikan solat jemaah. Lalu dia pun bersembahyang berseorangan.
Nabi SAW bersabda: "Siapa yang mahu bersedekah kepada orang ini, dengan bersembahyang bersamanya?". Lalu seorang lelaki bangun dan bersembahyang bersamanya. Nabi pun bersabda: "Dua orang ini adalah jemaah".
HR Ahmad (no: 22189), Abu Daud (no: 574).
Dinilai SAHIH oleh Ibn Hibban (no: 2397) dan Syuaib Arnaut. Juga dinilai SAHIH oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 758), dan Albani dalam Irwa' 2/250.

Dalam kisah di atas, jelas Nabi SAW menyuruh supaya dilakukan jemaah kedua. Oleh itu, tidak ada wajah bagi mereka yang mengingkari didirikan jemaah kedua, kerana terdapat dalil yg jelas dalam perkara ini.

rujukan:
Fatawa Syeikh Uthaimeen
http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=353&CID=329

(no: 955)

Solat Jumaat luar waktu zohor

Salam

pelajar2 muslim di benua amerika dan eropah mempunyai masalah untuk melakukan solat jumaat kerana waktu solat bertindih dengan waktu kelas.
Oleh hal yang demikian mereka melakukan solat jumaat diluar waktu zuhur.

misalnya waktu zuhur ialah 1.20 p.m tetapi mereka melakukan solat jumaat pada pukul 1.00 untuk mengelak waktu belajar.

solannya
1) Bolehkan kita melakukan yang demikian itu?
2) Adakah pendapat ulama2 yang muktabar yang menyokong hal yang demikian.?
3) Boleh tolong sertakan dalil2 daripada quran, sunnah atau atsar yang membolehkan atau tidak perbuatan ini?

**************************
izrail
Panel Feqh

Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Jumhur ulama tidak membenarkan solat jumaat didirikan sebelum waktunya (imam-imam mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie' serta ulama dari kalangan Sahabat, Tabi'ein dan selepas mereka)

Imam Ahmad dan pengikutnya pula membenarkan solat jumaat didirikan sebelum waktu zohor. Pendapat ini dinaqalkan juga oleh al-Mawardi dari Ibn 'Abbas r.a. Adapun riwayat pendapat ini dari Abu Bakar, Umar, Ibn Mas'ud dan Mu'awiyah adalah tidak tsabit isnadnya.

Antara dalil mereka yang paling kuat ialah hadis: Jabir bin 'Abdullah r.a katanya :

كُنَّا نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَرْجِعُ فَنُرِيحُ نَوَاضِحَنَا قَالَ حَسَنٌ فَقُلْتُ لِجَعْفَرٍ فِي أَيِّ سَاعَةٍ تِلْكَ قَالَ زَوَالَ الشَّمْسِ

"Kami pernah solat (Jumaat) bersama-sama Rasulullah SAW. Setelah selesai solat, kami pulang dan memberi minum ternakan kami. Kata Hasan, dia bertanya kepada Jaafar, "Kira-kira jam berapa itu?" Jawab Jaafar, "Ketika matahari gelincir." (H.R Muslim)

Istidlal mereka dengan hadis ini kerana para sahabat selesai solat jumaat sebelum tergelincir matahari setelah itu mereka pulang memberi minum ternakan mereka ketika matahari gelincir.

Jumhur memahami hadis ini bahawa para sahabat mendirikan solat jumaat dan pulang pada waktu matahari gelincir. Bukan mereka bersolat sebelum itu seperti yang terdapat dalam hadis-hadis lain yang menunjukkan Nabi SAW solat jumaat ketika matahari gelincir.

Kesimpulannya: jika pelajar-pelajar muslim di sana berpegang dengan Mazhab Hanbali mereka boleh mendirikan solat jumaat sebelum masuk waktu zohor. Dan Imam as-San'ani menyebut Imam Malik juga membenarkan khutbah jumaat dilakukan sebelum waktu zohor kemudian bersolat jumaat setelah masuk waktu zohor.

Rujukan:
- Sahih Muslim, bab solat jumaat ketika matahari gelincir.
- al-Majmu': 4/511-512
- Nailul Awtar: 5/360-365
- Subul as-Asalam: 2/395-397

Wallahu a3lam

bila waktunya nabi start qiyam ramadan

salam.saya pengguna baru laman ni.
yg first soalan urgent tu datang nya dari saya.
ade lagi soalan sbnrnya.
ok. kalau ikut sunnah nabi,bila waktunya nabi mula qiyam ramadan(melayu panggil tarawih)? adakah sejurus selepas solat isyak berjemaah? atau
nabi balik rumah dulu(buat aktiviti sendiri) kemudian tidur dan bangun tidur dan pegi ke masjid yg sebelah rumah dia dan buat qiyam ramadan(so xdela tahajud sbb tahajud buat secara individu bukan berjemaah).adakah begitu?

kalau ikut sirah nabi pula bagaimana?
kalau ikut hadis mcm mn?
kalau ikut manhaj mutaqaddimun pula bagaiman?

saya ade tanya ustaz,dia pun pening dan suruh ikut je lah mana yg ada.
bagi saya itu tidaklah menyelesaikan masalah.

mohon pencerahan.

**************************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Nabi SAW pada bulan Ramadhan, lepas mengImami solat Isya', rutinnya beliau akan balik ke rumah Aisyah (sebelah mesjid nabawi) utk solat sunat. Solat sunat ni lebih afdhal di rumah.

Kemudian selepas itu baginda keluar semula ke mesjid dan solat qiyam Ramadhan. Maka sahabat ikut (jadi makmum). Malam esok, Nabi keluar lagi ke mesjid, solat, lantas sahabat2 ikut dan mereka semakin ramai, maklumat telah tersibar, malam ke tiga, orang makin ramai. Kemudian malam berikutnya Nabi tak keluar dah. Pada keesokannya, Nabi pun kata, aku saja tak keluar kerana aku takut solat ni difahami sebagai wajib. Ini lapuran Aisyah (Fiqh Sunnah, 2/61)

Oleh kerana Nabi dah tak keluar lagi, maka sahabat-sahabat pun menghidupkan malam-malam Ramadhan di mesjid tsb secara berpecar-pecar atau sendirian. Hinggalah ke zaman pentadbiran Umar Faruq ra, barulah dia berijtihad bila tengok para sahabat berpecaran dan sendirian buat ibadah, maka dia perintahkan solat tarawih yg suatu masa dulu pernah dilakukan oleh Nabi saw, (sifat Umar ni dia seorang yg proaktif dan sukakan sesuatu dilakukan dgn kemas dan bersistem) (solat tarawih) dihidupkan secara resmi kerana ketakutan ia difahami sbg solat wajib atau fardhu sudah terhapus...

Bermula pada era Umar ra ia dilakukan secara berjama'ah selama sepanjang bulan Ramadhan sampai ke hari ini. tak ada mana-mana mutaqaddimun dan mutaakhiruun yg membantah ijtihad Umar dan dianggap Ijma'.

Rumusan: qiyam atau tarawih di awal malam selepas Isya' ini tsabit dgn sunnah Nabi saw, tsabit dgn sunnah khalifah yg rasyad, juga tsabit dgn ijma'. sekian

Berdiri Menghormati Azan

salam kpd semua ahli feqh yg dihormati.

saya disini ada muskil sedikit.
apabila azan dilaungkan, contoh bilal azan apabila masuk waktu isyak, nanti ade org yg abis amik wuduk lalu masuk masjid dia akan berdiri sehingga azan abis dilaungkan oleh bilal. adakah wajib berdiri ketika itu?

sbb saya masuk masjid dan ketika tu azan sdg dilaungkan dan saya terus duduk,tapi saya dimarahi oleh org tua disitu dan menyuruh saya berdiri.
kalau macam tu,patutnya semua yg ade dlm ruang solat tu patut berdiri sama la utk hormat azan tu sama seperti hormat lagu negaraku.x gitu?
mohon pencerahan.

************************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Allhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Apabila azan di laungkan, bagi mereka yang baru memasuki masjid, kenapa mereka masih berdiri?

a. Mereka berdiri adalah kerana, mereka belum menunaikan Solat Tahiyatul al-Masjid. Sabda Nabi saw :-


إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين
"Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sehingga solat DUA rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Sebelum seseorang itu duduk didalam masjid, disunatkan dia menunaikan Solat Tahiyatul al-masjid, walaupun Imam sudah mulai membaca khutbah.

b. Kebetulan pula dia menangguh solat Tahiyatul al-masjid oleh kerana ingin menjawab AZAN. Dengan itu dia akan mendapat tiga pahala, iaitu :-

# menjawab Azan,

# berdo'a selepas Azan

# melakukan Solat Tahiyatul masjid.

Maka bukanlah seseorang itu berdiri kerana menghormati Azan. Tidak ada dalil yang menyokong perbuatan ini. Menghormati Azan adalah dengan cara menjawabNya. Menghormati dan memuliakan masjid ialah dengan melakukan Solat Tahiyatul Masjid sebelum duduk.

Dalam kes Azan KEDUA pada hari Jumaat, ulama' mengatakan tidak perlu menjawab laungan Azan, iaitu dengan bersegera menunaikan solat Tahiyatul Masjid, supaya bersedia mendengar khutbah Jumaat. [Fataawa Arkaan al-Islam, Ibn Utsaimin, ms. 28]. WA.

Sekian, wassalam

Perlukah Solat Witir Selepas Tarawikh?

Asalamualaikum, Kalau saya sembahyang sunat terawih 8 rakaat, adakah saya perlu mengakhiri dengan sembahyang witir?

***********************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Solat tarawih dan solat witir merupakan dua solat yang berlainan dan ia boleh dilakukan secara berasingan. Kedua-dua solat sunat ini merupakan solat sunat yang dibuat pada waktu malam. Solat tarawih dilakukan selapas Isya' dan Solat witir waktunya dari Isya' sehingga sebelum masuk waktu Subuh. Nabi saw bersabda:-


إن الله زادكم صلاة ، وهي الوتر ، فصلوها بين صلاة العشاء إلى صلاة الفجر
"Allah telah menambah satu lagi solat kepada kamu, iaitu witir, maka solatlah ia diantara Solat Isya' dan Solat Subuh" [Hadith sanadnya Sahih dari Silsilah al-Sahihah #108]

Solat tarawih hanya pada bulan Ramadhan sahaja, dan solat Witir boleh dilakukan setiap hari dan ia merupakan solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan Rasulllah saw walaupun baginda bermusafir. Solat Witir dianggap sebagap penamat bagi semua solat-solat sunat. Sabda Nabi saw :-


اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
"Jadikanlah solat terakhir pada malam sebagai solat witir" [Hadith riwayat al-Bukhari #998, Muslim #751].
-------------

Kedua2 solat sunat ini TIDAK wajib hukumnya, akan tetapi ganjaran mengerjakan solat ini pada bulan Ramadhan amat tinggi sekali nilainya. Nabi saw bersabda :-


من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه
"Barangsiapa yang bersolatdi malam Ramadhan dengan penuh keImanan dan pengharapan, maka dosa-dosa yang lalu akan diampunkan" [Hadith Riwayat al-Bukhari #2009].

Kesimpulannya, jika tidak melakukan solat witir tidak mencacatkan solat tarawih anda. Akan tetapi, rebutlah peluang pada bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan solat-solat sunat, termasuklah solat Witir. WA.

Sekian, wassalam

memegang quran ketika tarawikh

Salam

ramai org memegang al-quran ketika terawikh terutama bila imam membaca juzuk surah2 yg pjg. apakah dibolehkan? dan bagaimana kaifiyat menurut dalil syariat?

jzkk

Wassalam
_________________
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Ia termasuk amalan-amalan baru produk zaman sekarang. Ia tidak dikenali di zaman salaf assoleh. Ini kerana perbuatan tersebut menghapuskan khusyu' sebagaimana dalam surah al-Mukminun 1-2 (Sesungguhnya bertuahlah orang beriman, yakni mereka yg khusyu' dalam solatnya), Khusyu' itu tidak tercapa dgn menatap musyhaf.

Juga bercanggah dgn kaifiat makmum (etika makmum) bersama Imam. Dalilnya:


إنما جعل الإمام ليؤتم به . فإذا كبر فكبروا . وإذا قرأ فأنصتوا

terjemahnya: dari Abu Hurayra, (sabda SAW)
" dilantik Imam untuk diikuti, jika dia bertakbir, takbirlah, bila dia membaca, diamlah." dinilai sahih oleh al-Albani, sahih Ibn Majah, 695)

[disadur dari Fatawa SS Ibn Baaz, alFatawa, 11/342]

Hukum Dering Handphone Ketika Solat

Salam

Ana nak tanya, ade tak dari mana2 buku/ulama' atau sumber mana2 yang mengatakan tentang kelakuan ketika henfon seseorang berbunyi semasa solat. Setahu ana dia perlu mematikan bunyi tersebut ketika bunyinya menganggu jema'ah solat lain. Jadi ana nak tanya ada tak sumber2 yang berkenaan utk dirujuk.

Kalau ada dalam english pun sangat bagus.

Jazakumullah khairan kathira.

Wassalam

******************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan HambaMu dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).

Nabi saw sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku', dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 - 920.

Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A'isyah ra. masuk. Berkata A'isyah ra :-

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة
"Rasulullah saw sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A'isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat" [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa'i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].

Pergerakkan Nabi saw ini menunjukkan pergerakkan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat, ms 74].

Abu Sa'ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah saw apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran - atau baginda berkata, apabila bersolat" [Hadith Riwayat Abu Daud #1332].

Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi saw jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi musik. WA.

Sekian, wassalam

Azan Ketika Dalam Hadas

Salam

Adakah diwajibkan suci dari hadas kecil terhadap orang yang hendak melaungkan azan?

JKK

******************************
izrail
Panel Feqh

Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Suci dari hadas adalah sunat bagi orang yang hendak melaungkan azan.

Sabda Rasulullah SAW:


إني كرهت أن أذكر الله إلا على طهارة

" Aku tidak suka menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan suci " (H.R Abu Daud dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi & Albani)

Adapun hadis yang melarang melaungkan azan kecuali dalam keadaan bersuci adalah hadis mauquf yang tidak sahih dari Nabi SAW.

Azan dalam keadaan berhadas kecil atau besar adalah sah tetapi makruh bagi Imam Syafie dan lain-lain ulama. (al-Majmu': 3/103-105)

Wallahu a3lam

Melintas Depan Jemaah Solat

Salam

Abdullah bin Abbas berkata; "aku datang dengan menunggang keldai betina dan saat itu aku hampir baligh. Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang solat di Mina dengan tidak menghadap tembok. Aku pun lewat di depan shaf (solat), lantas ku turun dan ku lepas keldaiku agar merumput. Setelah itu, aku masuk kedalam shaf, dan tiada seorang pun yang mengingkari perbuatanku itu. (Bukhari dalam al-'ilmu(76))

Soalan:

1- apakah petanda atau mesej yang hendak disampaikan pada hadis ini?

2- adakah dibenarkan untuk kanak2 yang belum baligh melintas di depan orang bersolat?

3- atau adakah dibenarkan untuk melintas di hadapan shaf makmum?

Sekian, terima kasih.

************************
izrail
Panel Feqh

Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Antara pengajaran dari hadis ini:

1. Imam Bukhari meletakkan hadis ini dalam kitab ilmu (bab: bila boleh terima periwayatan kanak-kanak) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum baligh boleh meriwayatkan hadis. Kerana Ibn Abbas r.a meriwayatkan hadis ini ketika beliau masih belum baligh.

2. Imam Bukhari meletakkan juga hadis ini dalam (bab: sutrah Imam adalah sutrah makmum dibelakangnya) yang menunjukkan makmum tidak memerlukan sutrah lain kerana sutrah imam adalah sutrah mereka juga.

3. Hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh bersolat di dalam saf lelaki dewasa.

4. Hadis ini membenarkan melintas depan saf makmum dengan tujuan bersolat dalam saf mereka. Dan hadis ini mengkhaskan hadis yang melarang melintas di depan orang yang sedang bersolat, hadis itu dikhaskan larangan kepada imam dan orang yang solat berseorangan sahaja, bukan larangan kepada makmum yang berada di belakang imam.

5. Ibn Abbas meriwayatkan hadis ini sebagai menasakhkan hadis yang mengatakan solat akan terbatal jika dilintasi keldai dan wanita. Lebih-lebih lagi yang dinyatakan dalam hadis ini adalah keldai betina pun tidak membatalkan solat, apatah lagi manusia wanita tentulah tidak membatalkan solat.

6. Hadis ini membenarkan menaiki kenderaan untuk pergi bersolat jamaah.

7. Hadis ini menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang berlaku di depan Nabi SAW yang tidak diingkari adalah hujah dengan pengakuan Nabi SAW (taqrir).

Rujukan:
- Fathul Bari: 2/238
- 'Umdatul Qari: 3/190-191

Wallahu a3lam

Solat Tarawih Sendiri

maaf.
saya baru nak belajar agama.macam mana cara nak buat solat tarwih ikut sunnah nabi?
wajib buat jemaah ke?
boleh ke saya buat cara individu,memandangkan kerja saya pada waktu malam.
mohon bantuan.

***********************************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut kami petikan jawapan lalu yang di ambil dari fatwa Syiekh Atiyah Saqr rh. :-

SJ-08-0012 : solat tarawikh wrote:
Sepakat ulama' bersetuju bahawa solat tarawih boleh dilakukan secara jemaah, cuma mereka khilaf mengenai jumlah rakaat yang dilakukan. Terdapat riwayat yang sahih mengenai zikir selepas witir, yang wujud didalam amalan solat tarawih di Nusantara ini dan telah ditambah beberapa amalan lain seperti selawat dsb.

Rata-rata dinegara Islam masih mengekalkan kewujudan solat secara berjemaah dan kedapatan rihat seketika setelah selesai solat 2 rakaat tarawih. Cuma apa yang berbeza ialah pengisian yang dilakukan diantara solat-solat tarawih tersebut. Terdapat beberapa amalan yang dilakukan diantara waktu-waktu rehat diantara solat tarawih, diantaranya adalah : berzikir, membaca al-quran, tawaf ; cuma bezanya amalan-amalan ini dilakukan dinegara-negara Arab ialah ianya dilakukan secara individu. Menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr :-

وهذا الفاصل يُشبِه ما كان يفعله أهل مكة من قيامهم بالطواف حول البيت سبعًا بعد كل ترويحتين، الأمر الذي جعل أهل المدينة يزيدون عدد التراويح على العشرين، تعويضًا عن هذا الطواف، وهو أسلوب تنظيمي يَعرِفون به عدد ما صَلُّوه، إلى جانب ما فيه من تنشيط للمصلين، فلا مانع مطلقًا، وبهذا لا يدخل تحت اسم البدعة، فالنصوص العامة تَشهد له، فضلاً عن عدم معارضتها له، ولئن يُسمَّى بدعة فهو على نسق قول عمر ـ رضي الله عنه: نِعْمَتِ البدعةُ هذه، عندما رأى تجمُّع المسلمين لصلاة التراويح خلْف أُبي بن كعب.
"Selingan yang sama berlaku pada masyarakat Mekah pada masa solat tarawih ialah bertawaf mengelilingi kaabah 7 pusingan selepas selesai 2 rakaat tarawih, perkara ini yang menjadikan masyarakat Madinah melebihkan bilangan rakaat tarawih keatas 20 sebagai gantian kepada tawaf, dan ini adalah cara sistematik untuk mengetahui berapa bilangan yang mereka solat, disamping akitiviti2 solat, maka tidaklah ditegah secara mutlak! Ini tidaklah dimasuk dibawah apa yang dinamakan bid'ah., nas-nas umum membuktikannya, disamping tidak ada bangkangan terhadapnya, dan jika ia dinamakan atas nama bid'ah, maka samalah dengan apa yang disebutkan oleh Umar ra : Ini adalah senikmat-nikmat bid'ah, apabila beliau melihat orang Islam bersolat tarawih berjemaah dibelakang Ubay bin Kaab"

Jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mekah pada zaman dulu melakukan tawaf dimasa rehat diantara 2 solat tarawih, dan masyarakat Madinah pada masa Umar bin Abdul Aziz menambah rakaat sampai kepada 36 rakaat dan 3 witir sebagai ganti ibadat tawaf. Begitu juga semasa selingan (rehat) diantara 2 rakaat atau 4 rakaat solat tarawih boleh diisi dengan bacaan al-Quran, berselawat, berdo'a dsb, yang jatuh kepada definasi luas ibadat zikir. Berkata al-Syiekh lagi :

ليس هناك نص يَمنَع من الذكر أو الدعاء أو قراءة القرآن في الفصل بين كل ركعتين من التراويح أو كل أربع منها مثلاً، وهو داخل تحت الأمر العام بالذِّكْر في كل حال. وكوْن السلف الذين يُؤخذ عنهم التشريع لم يفعلوه لا يَدل على منْعه،
"Disana tidak ada nas yang melarang berzikir atau berdo'a atau membaca al-Quran diantara setiap 2 rakaat tarawih atau setiap empat rakaat misalnya, dan ia masuk didalam kategori perintah umum berzikir didalam setiap keadaan. Pada umumnya para salaf tidak melakukannya dan tidak juga menunjukkan ianya dilarang."

Syiekh Atiyah Saqr menjelaskan bahawa tidak pula terdapat apa-apa larangan mengenai amalan yang dilakukan pada waktu selingan tersebut. Menurut sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Daar al-Iftaa'

ويستحب الجلوس بين صلاة كل أربع ركعات بقدرها، وكذا بين الترويحة الخامسة والوتر، وهذا هو المتوارث عن السلف كما صلى أبى بن كعب بالصحابة وروى عن أبى حنيفة -‏ واسم التراويح ينبيء عن هذا -‏ إذ المستحب فقط هو الانتظار ولم يؤثر عن السلف شيء معين يلزم ذكره في حال الانتظار وأهل كل بلد مخيرون وقت جلوسهم هذا بين قراءة القرآن والتسبيح وصلاة أربع ركعات فرادى والتهليل والتكبير أو ينتظرون سكوتا ولا يلزمهم شيء معين .‏
"Adalah digalakkan duduk diantara setiap 4 rakaat dengan kadarnya, begitulah diantara 5 tarawih dan witir, dan ini diwarisi sejak dari golongan salaf sebagaimana solat Ubay bin Kaab dan para sahabat yang diriwayatkan oleh Abi Hanifah - dan nama tarawih (rehat-rehat) itu sendiri dibina atas dasar ini - maka yang afdal ialah menunggu, dan tidak ada riwayat para salaf mengenai perkara tertentu yang mereka lakukan, yang dinyatakan semasa menunggu, dan masyarakat setiap negara bebas memilih masa/waktu untuk duduk, dan diantara rehat dilakukan pembacaan al-Quran, dan bertasbih, dan Solat 4 rakat berseorangan, bertahlil, bertakbir atau menunggu dengan berdiam diri dan tidak ada sesuatu perkara khas yang di lakukan."

Apa yang jelas disini ialah amalan selingan itu dilakukan oleh individu2 yang mempunyai hajat dan cara masing-masing bagi mempertingkat amalan dibulan Ramadhan. Tidak ada kaifiat khas atau bacaan2 yang dikhaskan sebagai selingan diantara rakaat-rakaat tarawih. Mengenai bacaan selingan yang dibaca negara kita, terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa bacaan tersebut dibaca setelah selesai solat tarawih atau dibaca selepas witir. Dari Ubay bin Kaab ra :

كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا سلم في الوتر قال: "سبحان الملك القدوس
"Rasulullah saw apabila selesai memberi salam solat witir, beliau berkata :'Subhana al-Malik al-Quddus'" - [Hadith riwayat al-Nasaa'i]. Didalam riwayat yang lain Rasulullah saw menyebut zikir tersebut sebanyak 3 kali. Imam Ahmad menyebut bahawa Rasulullah saw membacanya secara kuat, didalam musnadnya menyebut:-

أنه كان يقرأ في الوتر بسبح اسم ربك الأعلى ، وقل يا أيها الكافرون ، وقل هو الله أحد فإذا سلم قال: سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس سبحان الملك القدوس ، ورفع بها صوته
"Sesungguhnya baginda membaca didalam witir membaca ayat Sabbihasma rabbikal 'alaa, Qul Ya Aiyyuhal Kaafirun, dan Qul hu Allahu Ahad, dan apabila selesai salam akan mambaca : 'Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus, Subhana al-Malik al-Quddus' sambil menguatkan suaranya"

Kesimpulannya, ulama salaf pada masa dulu cuma melakukan rehat diantara rakaat-rakaat tarawih tanpa memberi pengkhususan mengenai amalan yang mereka lakukan. Didalam pengisian masa rehat tersebut ada yang berzikir, adan yang membaca al-Quran malah bagi mereka yang berada di Mekah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah. Cuma tidaklah mereka ini melakukan secara berjemaah amalan-amalan semasa rehat didalam solat tarawih seperti yang diakukan oleh masyarakat sekarang dengan selawat2. Apa yang boleh kita tekan disini ialah, dimasa selingan solat tarawih, bolehlah dilakukan amalan yang boleh menambahkan pahala dan juga memohon pengampunan dari Allah swt. Kalau dirasakan dengan berselawat dapat menambahkan lagi keImanan, maka bolehlah dilakukan. Dan janganlah lakukan sesuatu amalan secara menjerit2 tanpa mengetahui makna dan tujuan melakukannya. Setiap manusia itu ditanggung jawabkan atas apa yang mereka katakan. WA.

wassalam

1. Sheikh Atiyyah Saqr. Ahsan al-Kalaam ; fi al-Fataawa wa al-Ahkam - 2. Dar al-Ghad al-'Arabi, 1994. ms 234, dan 103.


Kesimpulan yang dapat kita ambil dari petikan diatas :-

a. Solat tarawih merupakan solat sunat, boleh dilakukan secara berseorangan dan juga berjemaah. Dilakukan setelah melakukan solat Isya' pada bulan Ramadhan.

b. Jumlah rakaat yang boleh dilakukan adalah 8, 20, 36 atau seberapa yang mampu. Contohnya jika dilakukan 8 rakaat, bolehlah dilakukan secara 2 rakaat satu salam dan seterusnya.

c. Setelah selesai bersolat tarawih, bolehlah melakukan solat sunat witir (3 rakaat).

d. Tiada bacaan khas didalam solat tarawih. Bacalah surah mana-mana mengikut kemampuan anda jika anda bersolat bersendirian. Cuma, kalau ada diberi kelapangan masa, sertailah jemaah dimasjid bagi merebut peluang menggandakan pahala di bulan yang mulia ini dengan solat berjemaah tarawih, Insya-Allah.

Sekian, wassalam.

Tukar Imam Solat

Salam,

Bolehkah seorang yang masbuk mengikut imam ke2(yang juga masbuk) setelah imam
pertama selesai solat? boleh beri penjelasan lanjut.

Cth: 2 orang sama masbuk pada rakat 4, pas tu imam selesai. Yang seorang solat mengimami yang sorang lagi untuk baki 3 rakaat.

wassalam.

****************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Makmum boleh bertukar Imam didalam solat berjemaah, sebagaimana kaedah Imam yang terbatal solatnya diganti oleh makmum yang lain. Kaedah ini di panggil bertukar jemaah.

Didalam soalan diatas, Makmum boleh menghabiskan baki solatnya dengan Makmum lagi seorang yang dijadikan Imamnya yang baru. Berikut kami petik soalan yang pernah dijawab sebelum ini :-

SJ-05-0223 Solat '2 imam' wrote:
Didalam al-Mughni (2/105 dan 222) ada menyatakan : setelah Imam selesai memberi salam, bangun salah seorang makmum dan bersolat dibelakang sahabatnya yang sama bersolat dengannya bagi menyempurnakan baki solatnya, dan perbuatan di dianggap sah. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh, 2/178, cet ke 3, 1989].

Perbuatan ini merupakan kaedah berpindah kepada jemaah yang lain, dengan mengambil dalil kisah Abu Bakar ra, Hadith Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ذهب إلى ‏ ‏بني عمرو بن عوف ‏ ‏ليصلح بينهم ‏ ‏فحانت ‏ ‏الصلاة فجاء ‏ ‏المؤذن ‏ ‏إلى ‏ ‏أبي بكر ‏ ‏فقال أتصلي بالناس فأقيم قال نعم قال فصلى ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏فجاء رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏والناس في الصلاة ‏ ‏فتخلص ‏ ‏حتى وقف في الصف فصفق الناس وكان ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏لا يلتفت في الصلاة فلما أكثر الناس التصفيق التفت فرأى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأشار إليه رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن امكث مكانك فرفع ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏يديه فحمد الله عز وجل على ما أمره به رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من ذلك ثم استأخر ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏حتى استوى في الصف وتقدم النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فصلى ثم انصرف فقال يا ‏ ‏أبا بكر ‏ ‏ما منعك أن تثبت إذ أمرتك قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏ما كان ‏ ‏لابن أبي قحافة ‏ ‏أن يصلي بين يدي رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من نابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما ‏ ‏التصفيح ‏ ‏للنساء
"Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita" [hadith Sahih Riwayat Muslim].

Perbuatan menukar Imam adalah sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie.


Sekian, wassalam

Mufaraqah semasa masbuq

Salam

Merujuk kepada persoalan:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33400

1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq. adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam?

2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur?

*********************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan talfiq dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1) Bagaimanakah kaedah menangani mufaraqah sedangkan kita di dalam keadaan masbuq. adakah selepas salam ganti rakaat yang tidak dilakukan seperti masbuq berimam?

Bila sudah melakukan Mufaraqah, anda sudah bersolat bersendirian (bukan masbuk lagi), cukupkan baki rakaat yang tinggal. Tidak perlu menunggu Imam memberi salam.

Quote:
2) Bagaimanakah sekiranya kesalahan fatal dilakukan oleh Imam sewaktu solat Jumaat. Adakah perlu Imam mengulangi semula solat sahaja,atau solat+khutbah,atau makmum perlu mufaraqah dan sambung(tapi macam ni kira tukar niat di dalam solat) cukupkan kepada Zuhur?

Apabila Imam melakukan kesalahan didalam solat Jumaat, seumpamanya kesilapan dalam membaca al-Fatihah, dan telah ditegur oleh makmum, atau apa sahaja sebab yang menghalangnya meneruskan solat, jumhur ulama mengatakan bahawa Imam boleh melantik makmum menggantikannya sebagai Imam. Tidak perlu Imam yang baru dilantik mengulangi solat atau khutbah, solat diteruskan tanpa gangguan.

Umar ibn Khattab ra. telah ditikam semasa beliau mengimami solat, maka dia telah memegang tangan Abdul Rahman ibn Auf dan membuat dia melangkah kehadapan untuk mengimami baki solat. [Riwayat al-Bukhari #3700].

Bagi makmum yang dapat berjemaah satu rakaat solat Jumaat bersama Imam, kemudian pada rakaat ke 2 mufaraqah dengan Imam atau misalnya bahagian basement masjid telah menghadapi kerosakan pembesar suara, dimana makmum tidak dapat mengikuti pergerakan Imam, maka makmum tersebut hanya perlu menambah 1 rakaat sahaja bersendirian untuk mencukupkan solat Jumaatnya. Ini berdasarkan dalil dari Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah saw berkata ::-


من أدرك ركعة من الجمعة أو غيرها فليضف إليها أخرى وقد تمت صلاته
"Barangsiapa yang mendapati Imam 1 rakaat didalam solat Jumaat atau mana-mana solat, maka tambahlah bilangan rakaat menyempurnakan solatnya" [hadith al-Nasaa'i]. WA.

Sekian, wassalam

Kemusykilan bermufaraqah

Salam

Saya terkeliru apabila solat dalam keadaan mufaraqah. Dalam suatu solat jemaah, saya dapati imam telah tersalah bacaan tajwid atau ternampak dia tidak tomakninah beberapa kali. Soalan:-

(i) adakah saya perlu mufaraqah sebaik shj dengar kesalahannya yg pertama; atau sabar & tunggu sehingga dia mengulanginya (dalam solat yg sama) barulah saya confirm utk bermufaraqah?

(ii) sekiranya saya sudah bermufaraqah, maknanya solat saya adalah berasingan, cuma dr segi pergerakan masih kena ikut imam. Katakan selepas itu saya x sempat habiskan bacaan fatihah ketika imam dah rukuk/iktidal, adakah masih valid hukum 'balance fatihah saya ditanggung imam'?? sebab saya sudah dikira solat berasingan...

jkk

***********************************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه. أما بعد

Quote:

Dalam suatu solat jemaah, saya dapati imam telah tersalah bacaan tajwid atau ternampak dia tidak tomakninah

SILAP TAJWID:
kesilapan tajwid tidak membatalkan sembahyang. Jadi, tidak ada keperluan unt mufaraqah jika imam salah tajwid. Melainkan jika imam salah baca fatihah yg membatalkan smbahyangnya spt: tukar baris sehingga mengubah makna.
rujukan:
-rujukan: Majmuk Nawawi 3/393
-syarah mumti' 3/63

TIDAK TOMAKNINAH
-Tumakninah adalah rukun dan fardhu sembahyang. meninggalkannya membatalkan sembahyang, dan tidak harus sembahyang berimamkan org yg tidak tumakninah dalam smbahyang.

-Jika didapati imam anda meninggalkan tumakninah, maka
i-wajib ada yg menegur dan menasihatinya, jika diterima, Alhamdulillah.
ii- jika tidak berkesan, hendaklah dilapor kepada pihak berwajib unt tindakan susulan.

rujukan:
Fatwa Lajnah Daemah no 1433

Quote:

(i) adakah saya perlu mufaraqah sebaik shj dengar kesalahannya yg pertama; atau sabar & tunggu sehingga dia mengulanginya (dalam solat yg sama) barulah saya confirm utk bermufaraqah?

Asal bagi sembahyang seorang muslim adalah dihukum SAH melainkan diyakini ada unsur yg membatalkannya. Oleh itu,

-Jika anda merasa ragu-ragu atau syak pada tumakninah imam anda, maka kembali kepada hukum asal, iaitu sembahyangnya adalah SAH.

-Jika anda yakin sembahyangnya tidak sah, maka bermufaraqahlah ketika itu, kerana 'tidak sah sembahyang di belakang imam yg tidak sah solatnya'. Mufaraqah imam dibolehkan jika ada keperluan sebagaimana pada zaman Nabi, seorg lelaki mufaraqah dengan imamnya Muaz bin Jabal kerana muaz membaca terlalu panjang. (HR Bukhari dan Muslim).

Quote:

(ii) sekiranya saya sudah bermufaraqah, maknanya solat saya adalah berasingan, cuma dr segi pergerakan masih kena ikut imam. Katakan selepas itu saya x sempat habiskan bacaan fatihah ketika imam dah rukuk/iktidal, adakah masih valid hukum 'balance fatihah saya ditanggung imam'?? sebab saya sudah dikira solat berasingan...

Anda sudah bermufaraqah dengan imam. kenapa pula "dr segi pergerakan masih kena ikut imam" ? Jika anda menggantungkan pergerakan anda dengan pergerakan imam, bererti anda masih menjadikannya sebagai imam.
Apabila mufaraqah, maka anda dikira sembahyang berseorangan.

wallahu A'lam.

jemaah dalam 1 bangunan

salam~
ana ade musykillah...
pe hukum di surau solat jemaah dan kita buat solat jemaah kat bilik...tp kira 1 bangunan...surau 1 aras...1 rumah ade 3 bilik...kira bangunan macam rumah apartment...
ade pendapat yg ana dgr xleh solat jika imam kt surau xabis lg...
namun ana berpegang pada pendapat yg bertentangan iaitu boleh je solat jemaah kt bilik...kerana tengok bangunan tue macam mana...
jika bangunan tue hanya ade 1 ruang baru tak boleh...tp jika banyak bilik (rumah) xde masalah utk berjemaah...
erm,nak minta pandangan sape2 yang arif...
jazakumullah khair~

wallahu taala bisawab~

*****************************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

BOLEHKAH WANITA BERSOLAT SEBELUM JEMAAH DI SURAU SELESAI SOLAT?

menjawab soalan seperti ini, Syeikh al- Fauzan menyebut: Apabila masuk waktu sembahyang, maka wanita-wanita yg berada di rumah-rumah boleh terus bersembahyang, dan TIDAK PERLU TUNGGU IQAMAH di surau. Malahan, terus sembahyang apabila mendengar azan, jika azan itu dilaungkan dengan masuknya waktu. Dan boleh bagi mereka melewatkan sembahyang, tidak pada awal waktu.
rujukan: al-Muntaqa min Fatawa Syeikh Fauzan.

MEMBUAT JEMAAH DI DALAM BILIK

Quote:

pe hukum di surau solat jemaah dan kita buat solat jemaah kat bilik...


Tidak menjadi apa2 kesalahan anda bersembahyang jemaah sesama wanita di dalam rumah anda atau bilik asrama anda, sedangkan jemaah di masjid belum sembahyang atau sedang sembahyang. Walaupun pada hukum asalnya, wanita bersembahyang seorang-seorang (masing2) di rumah mereka. tetapi, jika berkesempatan berjemaah sesama mereka, ini adalah suatu yg baik. Kerana wanita2 pada zaman Nabi SAW bersembahyang sendiri-sendiri. Cuma diriwayatkan, sesekali mereka berjemaah sesama mereka dan aisyah dan ummu salamah pernah menjadi imam.

dirujuk: Fatwa Bin Baz dalam rancangan radio 'Nur ala al-Darb'. kaset no: 11.

Ikut imam bukan lantikan

Salam

i) Sesetengah ustaz mengatakan adalah makruh jika seseorang penceramah jemputan di sesebuah masjid tawar diri jadi imam, melainkan jika dioffer pd masa itu. Betul ke??

ii) Ramai menganggap seseorg musafir tidak boleh jadi imam solat fardhu di masjid singgahannya. Ada pula yg kata jemaah boleh offer si musafir jadi imam. Apa dalil2nya?

*********************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Quote:

i) Sesetengah ustaz mengatakan adalah makruh jika seseorang penceramah jemputan di sesebuah masjid tawar diri jadi imam, melainkan jika dioffer pd masa itu. Betul ke??

kerana berdasarkan hadis sahih muslim: Nabi bersabda: "Janganlah seorang lelaki menjadi imam kepada lelaki lain di kawasannya"
apabila masjid itu telah ada imam khas, maka org lain samada penceramah atau bukan, tidak boleh mara ke hadapan menjadi imam, kecuali imam itu memberi izin kepadanya.

Quote:

ii) Ramai menganggap seseorg musafir tidak boleh jadi imam solat fardhu di masjid singgahannya. Ada pula yg kata jemaah boleh offer si musafir jadi imam. Apa dalil2nya?

ada dua keadaan;
i- masjid singgahannya itu ialah masjid yg tiada imam khas, yg dibina kerajaan untuk menjadi singgahan musafir. maka siapa sahaja boleh jadi imam di situ sekalipun musafir.

ii- masjid itu sudah ada imam khas. maka keadaannya sama seperti masjid2 lain. tiada siapa boleh ke hadapan kecuali dengan izin imam khas tersebut.
mengenai org musafir menjadi imam org solat fardhu, tidak menjadi masalah, samada musafir itu qasar ataupun tamam. makmum bersolat seperti biasa.

wallahu a'lam.

kena cuit bahu masa solat

masa solat jamaah baru2 ni, saf pertama penuh kiri ke kanan hingga ke dinding masjid. sy berada di hujung sebelah kanan. ada sorang hamba Allah ni masbuk dtg pd rakaat ke2, dia cuit bahu saya,mintak sy ke belakang teman dia dlm saf.

nak undur ke x ni... ? undur nampak mcm pelik, tp penah dengar ustaz ngajar pasal ni. tp x bapa pasti caranya. tengah2 dok konfius tu, baca fatihan pun habis, imam pun rukuk. terus jelah smpai tahiyat akhir.

apakah sy bersalah?
apakah pahala jamaah masbuq tadi kurang sbb solat sorang satu saf diblkg?
ada sorg ustaz lg cakap, jgn kacau org masa solat. just takbir aje dekat dia, untuk ambik dia sbgai imam. cuit2 bahu tu mengganggu kekushukan org masa solat. ada yg siap tepuk n garu bahu sekali. mau x teperanjat
saf ni, bukan kena mula dr tengah blkg imam ker?

**************************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد

HUKUM MENARIK ORANG KE BELAKANG;
apabila seorang masuk masjid dan didapati saf telah penuh, dan tiada org lain untuk dibuat saf baru, ada pendapat mengatakan sunat menarik seorang dari saf dan bersembahyang bersamanya.
pendapat ini berdalil hadis:

"Apabila datang salah seorang kamu, dan tidak mendapati ruang kosong, dan tidak mendapati org lain (unt membuat saf baru), maka hendaklah dia tarik seseorang, dan bersembahyang bersamanya. alangkah besarnya pahala orang yg ditarik itu".
Tetapi di sisi ulama, dan muhddithin hadis ini adalah DHAIF.

maka pendapat yang sahih, TIDAK BOLEH menarik orang lain ke belakang, kerana tiada dalil sahih tentang perkara ini. Tambahan lagi, ia menyebabkan:
1) mengubah tempat orang lain dari tempat yg afdhal kepada tempat yg kurang afdhal.
2) mengganggu solat orang yg ditarik itu.
3) menyebabkan berlaku kekosongan dalam saf tersebut. Ditakuti ia termasuk perbuatan memutuskan saf yg dilarang dlm hadis.
4) mengganggu orang2 lain dalam saf itu kerana mereka terpaksa beranjak-anjak unt memenuhi ruang kosong itu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?
jawapan: Bersembahyanglah berseorang di belakang saf. walaupun terdapat hadis2 sahih melarang bersembahyang di belakang saf, tetapi dalam keadaan uzur seperti ini, dikecualikan daripada umum larangan itu. sebagaimana jika seorang perempuan bersembahyang di belakang saf lelaki, sah sembahyangnya dengan ijmak, kerana ia terkecuali daripada umum larangan itu.

Soalan: Apa kata kalau dia tidak menarik orang ke belakang, dan tidak pula bersembahyang berseorangan, sebaliknya menunggu ada orang lain datang.
jawapan: Tidak digalakkan juga demikian, kerana ia memungkinkan terluputnya rakaat. dan mungkin boleh terluputnya solat jemaah.

bacaan selepas salam

bacaan yg sangat popular selepas salam oleh imam ialh 'alhamdulillah... dst' (saya tak hafal). Setakat ilmu saya yang cetek dan dalam kitab2 basic (fiqh manhaji) tak ada pulak disebut sebutan sebegitu, atau ada yang rupa2 macam tu. Minta ilmuwan huraikan.

jkk

******************************
Abu_Umair
Panel Feqh


بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masyhur di kalangan imam-imam masjid dan surau di negara kita, apabila selesai memberi salam selepas sembahyang, ZIKIR PERTAMA yang dibaca ialah:


الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيراsurah al-Isra (ayat: 111).

Membaca bacaan ini selepas sembahyang, tidak ada disebut dalam mana-mana hadis sahih mahupun dhaif. Sahabat2 yang menceritakan perihal solat Nabi, tidak ada seorang pun menukilkan Nabi membaca ayat ini selepas solat. Oleh itu, menjadikan ayat ini sebagai satu zikir khas yang dibaca selepas solat, dengan menganggap ia satu ibadat, adalah salah satu satu bentuk penambahan dalam agama selepas sempurnanya Islam.

Oleh itu, sebagai umat Muhammad SAW, hendaklah kita mengambil tatacara ibadah dari awal hingga akhirnya daripada baginda sendiri, sebagaimana sabdanya: "Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".

Kemungkinan, penambahan bacaan yg berlaku di kalangan pak-pak imam masyarakat kita adalah kerana:
-melihat kepada kemuliaan ayat tersebut, di mana disebut dalam beberapa hadis dhaif ayat tersebut dinamakan sebagai: ayat al-Izzah (ayat kemuliaan).
-ayat tersebut diakhiri dengan "Dan bertakbirlah kepada Allah". mungkin sebagai isyarat supaya bertakbir selepas sembahyang, sebagaimana di sebut dalam satu hadis, sahabat mengetahui selesainya solat Nabi apabila mendengar laungan takbir.. oleh itu dibaca ayat tersebut untuk memperingatkan supaya bertakbir.

walaubagaimanapun, yang diambilkira dalam ibadah ialah: mengikut tatacara yg diajar oleh Rasulullah SAW.

Wallahu A'lam.

Solat Jemaah Dengan Kanak-kanak

Bolehkah kanak-kanak dibawa ke masjid? Di mana kedudukan kanak-kanak lelaki dalam saf solat?. Apakah kaitan saf solat dengan khatan?. Golongan muda kurang ke masjid adakah kerana masjid tidak mesra pelanggan?.

Persoalan-persoalan di atas menggali sumber ilmu mencurah limpahan kefahaman dan keyakinan dari nas-nas hadis, huraian para sahabat dan fuqaha menjadikan pegangan dan amalan kaum muslimin. Syukur kepada Allah tidak terhingga mengurniakan fahaman para anbiya dan siddiqin dan dapat beramal dengan penuh yakin. Semoga menjadi laluan ke arah taqwa.

Kanak-kanak ke masjid, satu hadis riwayat menceritakan bahawa Rasulullah SWA bersabda maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku percepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”.(Riwayat Bukhari dan Muslim petikan dalam Al-Majmuk, 4:229)

Bila kanak-kanak turut sama solat berjemaah menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SWA bersabda maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bangar seperti pasar”. (Sohih Muslim@ Al-Jamik, 2:30, turut meriwayat hadis ini ialah Imam Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmidhi). Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari: “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”.(Nailul Autar, 2:224).

Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di belakang lelaki dewasa dan di hadapan
saf perempuan. Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh ( Nailul Autar, 2:224). Jumhur ulama fiqh
menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khuntha dan kemudian perempuan. Inilah yang utama sebagai menolak pendapat yang mengesyorkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar sedangkan dari saf belakang pun mereka boleh belajar. (huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293).

(2) Menghuraikan mengapakah lelaki dewasa mesti di belakang imam, Syeikh Muhamad Idris Abdu Rauf Al-Marbawi dalam Mukhtasar Sohih At-Tirmidhi menjelaskan:
Pertama: Lelaki dewasa, berakal dan faham boleh mengingatkan imam jika ia terlupa. Kedua: Boleh menggantikan imam jika tiba-tiba ia uzur. Ketiga: Barulah diikuti oleh mereka yang kurang berakal, kurang berilmu dan kanak-kanak supaya boleh menegur imam jika ia tersalah bacaan (Bahru Al-Mazi, 2:111, Nailul Autar, 2:223). Jika kebetulan kanak-kanak yang berada di belakang imam sudah tentu mereka tidak mampu berbuat demikian.

Dalam kitab Nailul Autar memetik riwayat bahawa Saidina Umar Al-Khattab mengeluarkan kanak-kanak dari dalam saf ke belakang (2:223). Juga meriwayatkan bahawa ulama fiqh mengatakan kanak-kanak itu hakikatnya mereka tidak solat(2:224). Bagaimana mereka mahu merapatkan saf dengan lelaki dewasa? Berita Harian Sabtu 13 Januari 2007, memetik seorang professor fizik dari US menemui secara saintifik merapatkan saf hingga bercantum itu melahirakan kesan cas secara biologi antara seorang dengan yang lain dalam solat berjemaah. Bagaimana pengecasan berlaku jika ada di antara kita orang yang tidak solat seperti kanak-kanak?.

Budaya berkhatan di zaman Rasulullah SAW dan orang-orang Arab hingga sekarang berkhatan lewat-lewat dalam tempoh satu minggu. Kitab Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam, Abdullah Nasih Unwan 1:115 merakam hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dari jabir bin Abdullah: “Rasulullah SAW mengakikahkan cucunya Hassan dan Hussain serta mengkhatankan kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari”. Tidak hairanlah Hassan pernah menunggang tengkuk baginda ketika baginda sedang sujud dalam solat. Baginda tidak bangun sehingga Hassan turun dari tengkuk baginda kerana Hassan tidak bernajis. Budaya di Malaysia berkhatan ketika usia sudah meningkat belasan tahun. Usia yang sudah ada keinginan sex.

Tidak berkhatan (kulup) Ibnu Abbas mengatakan: “Orang yang tidak berkhatan (kulup) tidak sah solatnya dan jangan makan sembelihannya”. Kitab Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam juga merakam ulama fiqh memberi amaran bahawa: “Kulup itu menyembunyikan zakar keseluruhannya dan zakar itu kena kencing (najis) kerana itu ulama salaf dan khalaf melarang ia menjadi imam”. (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 112).

Kerana bekhatan adalah wajib. Rasulullah SAW bersabda menurut petikan yang sama riwayat dari Az-Zuhri: “Sesiapa yang memeluk Islam hendaklah berkhatan sekalipun sudah dewasa” (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 111). Hadis ini walaupun lemah tetapi menjadi kuat kerana ada sokongan dari hadis yang lain, fatwa sahabat seperti Ibnu Abbas serta ijtihad ulama menjadi dalil wajib berkhatan bagi Al-Auza’i, Imam Malik, Imam As-Syafi’i, Imam Ahmad, bahkan Imam Malik memfatwakan: “ Sesiapa yang tidak berkhatan tidak harus menjadi imam solat dan tidak diterima penyaksiannya” (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 111-112).

(3) Para fuqaha yang menghukumkan wajib berkhatan berkata: “Orang yang kulup (tidak berkhatan) itu terdedah kepada rosak taharah (bersuci)nya dan rosak (tidak sah) juga solatnya. Kerana Qulfah itu mnyembunyikan zakar keseluruhannya dan zakar itu kena air kencing. Dengan sebab kulup, ia tidak sah istinjak dengan batu (istijmar). Sahnya bersuci dan solat itu bergantung kepada khatan. Kerana itu ulama salaf dan khalaf melarang ia menjadi imam solat”. (Tarbiyatul Aulad fi Al-Islam,1: 112).

Berkhatan bererti membuang kulup dan bersuci dari najis air kencing. Kanak-kanak yang belum / tidak berkhatan bila berada dalam saf solat sedangkan mereka pada hakikatnya tidak solat kerana bernajis tentulah membawa jemaah lain yang bersebelahanya turut terbatal kerana berhubung dengan sesuatu yang membawa najis yang membawa maksud turut menanggung najis.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab menghuraikan hukum berhubung seseorang itu dengan najis seperti seutas tali hujungnya diikat kepada orang yang sedang solat dan hujung yang satu lagi diikat ke leher anjing atau diikat kepada perahu yang di dalamnya ada najis atau orang yang sedang solat itu membawa botol yang tersumbat ketat tetapi mengandungi najis di dalamnya. Kesemua contoh itu contoh tidak sah solat kerana berhubung dengan sesuatu yang ada hubungan pula dengan najis yang bererti menanggung najis. (Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 3:148). Lihat juga bahasan dalam mazhab Imam Ahmad Al-Hanbali (Al-Mughni Wa As-Syarhul Kabir,1:752).

Soal golongan muda berat hati mendekati masjid bukan kerana masjid tidak atau kurang mesra pelanggan. Sudahkah dibuat kajiselidik bertanya mereka mengapa mereka tidak jinak dengan masjid?. Adakah golongan dewasa sudah cukup banyak yang jinak dengan masjid?. Saya ada melihat bapa-bapa yang membawa bersama anak-anak mereka solat lima waktu berjemaah di masjid. Bersama-sama duduk dalam halakah membaca Al-Quran selepas solat waktu. Bagaimana dengan bapa-bapa yang lain?.

Kalau ibubapa boleh membawa anak-anak pergi menonton wayang, konsert, wayang kulit, mak yong, dikir barat, boria, menorah dan lain-lain tempat hiburan. Membawa anak-anak makan di luar sesekali dengan mengunci rumah mengapa tidak membawa mereka memenuhi masjid?.

Kanak-kanak yang hadir solat berjemaah hanya perlu dijaga mereka agar tidak membuat hingar bangar dalam masjid seperti tegahan Rasulullah SAW. Adalah sunat imam menugaskan seorang untuk mengatur saf di belakang jika masjid luas (Al-Majmuk, 4:225). Boleh tak kita adakan petugas mengawasi kanak-kanak beberapa orang berjemaah di belakang mereka atau ibubapa mereka sendiri?. Bila mereka sedar ada beberapa orang dewasa di belakang mereka tidaklah terjadi hingar bangar. Ini fungsi akal kita untuk melaksanakan wahyu, bukan untuk meminda wahyu. Kalau kanak-kanak itu hanya seorang bolehlah berada di tepi saf dewasa. Kalau bernajis renggangkan, kalau suci terserah samada mahu direnggangkan atau rapat. Wbillahil hidayah wat taufiq wallahu a’lam.

*artikel diatas telah dihantar ke ruangan pembaca pd bulan april 2007 oleh seorang Imam yg berkelulusan master dlm pengajian usuluddin dari Johor Bharu.
**atas sbb2 tertentu nama imam itu dirahsiakan.

Soalan:
1]Mohon pendapat ahli panelis ahkam.net tentang artikel diatas serta hujah dan dalil dari quran serta sunnah.

2]Bagaimana keadaan masjid di zaman nabi? bagaimana suasananya?
bagaimana susunan saf dewasa dan kanak2?

3]Benarkah semua kanak2 islam dizaman nabi dikhatan seawal umur muda seperti hasan dan husin iaitu cucu nabi muhd s.a.w?

4]bagi perenggang terakhir, pada kenyataan yg diboldkan.Apakah pendapat panelis serta hujah sunnah?

5]Adakah artikel diatas artikel yg mesra kanak2?

terima kasih krn sudi menjawab soalan saya.

*******************************************
izrail
Panel Feqh

Bismillah,
Wassolatu wassalam ala Rasulillah SAW,

Soalan 1: Mohon pendapat ahli panelis ahkam.net tentang artikel diatas serta hujah dan dalil dari quran serta sunnah.

Jawapan: Penulis artikel telah merujuk kitab-kitab yang muktabar dalam tajuk ini, beserta dalil dari hadis-hadis yang kebanyakkannya adalah sahih dan terdapat beberapa hadis yang dhaif antaranya:

1. dari Abu Malik Al-Asy’ari: “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud. Kata Albani: Dhaif, kerana pada sanadnya terdapat perawi yang dhaif. Dan katanya lagi:

وأما جعل الصبيان وراءهم فلم أجد فيه سوى هذا الحديث ولا تقوم به حجة فلا أرى بأسا من وقوف الصبيان مع الرجال إذا كان في الصف متسع وصلاة اليتيم مع أنس وراءه صلى الله عليه وسلم حجة في ذلك

"Adapun meletakkan kanak-kanak di belakang orang dewasa, aku tidak temui padanya kecuali hadis ini yang tidak boleh dijadikan hujah. Maka aku lihat tiada masalah jika kanak-kanak berdiri bersama orang dewasa sekiranya saf masih ada kekosongan. Dan Hadis Anas r.a yang bersolat bersama kanak-kanak yatim di belakang Nabi SAW adalah hujah dalam bab ini". (Tamam al-Minnah: 284).

2. hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dari jabir bin Abdullah: “Rasulullah SAW mengakikahkan cucunya Hassan dan Hussain serta mengkhatankan kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari”.

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Tabrani dalam Mu'jam Saghir. Kata Syeikh Albani: pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang dhaif.

Terdapat hadis lain dari Ibn Abbas r.a yang mengatakan berkhatan adalah sunnah pada hari ke tujuh kelahiran bayi - tanpa menyebut Hasan dan Husain - hadis itu diriwayatkan oleh Tabrani dalam Mu'jam Awsat tetapi terdapat perawi yang dhaif.

Walau bagaimana pun, Mazhab Syafie dan pendapat yang mengatakan sunnah berkhatan pada hari ke tujuh melihat kedua-dua hadis ini saling kuat-menguatkan kerana dikeluarkan dengan sanad yang berlainan serta perawi-perawinya tidak terdiri dari orang-orang yang tertuduh. (Tamam al-Minnah oleh Albani: 67-68).

Soalan 2: Bagaimana keadaan masjid di zaman nabi? bagaimana suasananya? bagaimana susunan saf dewasa dan kanak2?

Jawapan: Hadis dalam Sahih Muslim yang dinyatakan oleh penulis telah menggambarkan suasana dan susunan jamaah pada zaman Nabi SAW:

Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bingar seperti pasar”.

Dan dalam hadis sahih:
عن أنس قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب أن يليه المهاجرون والأنصار ليأخذوا عنه.

"Adalah Rasulullah SAW menyukai agar di belakangnya Muhajirun dan Ansar supaya mereka dapat belajar dari Baginda. (H.R Ahmad & Ibn Majah)

Dan tiada hadis sahih yang mengkhaskan kanak-kanak di belakang orang dewasa, seperti kata Albani di atas. Bahkan diriwayatkan:

عن أنس قال : صليت أنا واليتيم في بيتنا خلف النبي صلى الله عليه وسلم وأمي خلفنا أم سليم

Dari Anas r.a telah berkata: Aku pernah bersolat di rumah kami bersama seorang kanak-kanak yatim di belakang Nabi SAW dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami. (H.R Bukhari)

Hadis ini adalah hujah yang menunjukkan keharusan bersolat antara orang dewasa dengan kanak-kanak dalam satu saf. (Tamam al-Minnah: 284).

Soalan 3: Benarkah semua kanak2 islam dizaman nabi dikhatan seawal umur muda seperti hasan dan husin iaitu cucu nabi muhd s.a.w?

Jawapan: Telah dinyatakan di atas bahawa hadis yang menyebut Hassan dan Hussain dikhatankan pada hari ke tujuh adalah lemah.

Ibn Qayyim menyatakan:
فَأَمّا الْخِتَانُ فَقَالَ ابْنُ عَبّاسٍ : كَانُوا لَا يَخْتِنُونَ الْغُلَامَ حَتّى يُدْرِكَ. قَالَ مَكْحُولٌ : خَتَنَ إبْرَاهِيمُ ابْنَهُ إسْحَاقَ لِسَبْعَةِ أَيّامٍ وَخَتَنَ إسْمَاعِيل َ لِثَلَاثَ عَشْرَةَ سَنَةً ذَكَرَهُ الْخَلّالُ . قَالَ شَيْخُ الْإِسْلَامِ ابْنُ تَيْمِيّةَ : فَصَارَ خِتَانُ إسْحَاقَ سُنّةً فِي وَلَدِهِ وَخِتَانُ إسْمَاعِيلَ سُنّةً فِي وَلَدِهِ وَقَدْ تَقَدّمَ الْخِلَافُ فِي خِتَانِ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ مَتَى كَانَ ذَلِكَ

Adapun berkhatan, Ibn Abbas telah berkata: Mereka tidak mengkhatankan sehinggalah kanak-kanak itu mengetahui. Telah berkata Makhul: Nabi Ibrahim a.s telah mengkhatankan anaknya Ishak a.s pada hari ke tujuh, dan mengkhatankan Ismail a.s pada usia 13 tahun seperti yang disebut oleh al-Khallal.

Syaikhul Islam Ibn Taimiah telah berkata: Maka khitan Ishaq a.s telah menjadi sunnah bagi anak keturunannya (yahudi) dan khitan Ismail a.s telah menjadi sunnah bagi anak keturunannya (arab).

Dan telah dinyatakan terdapat khilaf bilakah Nabi SAW dikhatankan. (Zadul Ma3ad: 2/304)

Pendapat pertama: Nabi SAW dilahirkan dalam keadaan telah berkhatan. Tiada hadis yang sahih bagi pendapat ini, bahkan Ibn Jauzi telah meletakkan hadis tersebut dalam himpunan hadis-hadis palsu.

Pendapat Kedua: Nabi SAW dikhatankan semasa dibedah dadanya sewaktu tinggal bersama Halimah Sa'diah.

Pendapat Ketiga: Nabi SAW dikhatankan oleh datuknya Abd Mutalib pada hari ke tujuh kelahirannya bersumberkan hadis yang ganjil.

Pendapat yang rajih: Nabi SAW dikhatankan mengikut adat bangsa arab pada waktu itu. Wallahu a'lam. (Zadul Ma3ad: 1/80)

Soalan 4: bagi perenggang terakhir, pada kenyataan yg diboldkan. Apakah pendapat panelis serta hujah sunnah?

Jawapan: Jika tiada dalil yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhatan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.

Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang bernajis juga tidak perlu direnggangkan.

Wallahu a3lam.