Dec 20, 2008

Masalah Solat Masbuk

Salam
Sedang saya solat sunat Asar, seorang makmum menepuk belakang bahu (isyarat menjadi makmum). Selepas saya menghabiskan solat sunat 2 rakaat saya terus kebelakang makmum yang menepuk bahu saya dan terus saya mejadi makmum di belakang orang yang telah menjadi makmum saya tadi dengan niat solat Asar. Macam mana tu Tuan2. Semoga ulasan, hujah tuan tuan menambahkan lagi ilmu

Wassalam
Jawab:
1. Anda sedang solat sunat, datang orang solat fardhu menjadikan anda Imam. Jawab: sah menurut Syafi'iyah Hujahnya: sah orang solat fardhu berimamkan orang solat sunat

2. Anda berpindah setelah tamat solat, anda solat fardhu bermakmumkan ex-makmum anda. jawab: sah menurut Syafi'iyah kerana sama jazam dan jenisnya. lagipun hubungan Imam-makmum sudah putus sebaik saja anda beri salam. (Fiqh Islam wa adillatuh, Jld 2)
P/S: Menurut salaf, solat yg berlaku selepas Imam tetap telah selesai, maka pahalanya tidaklah sama lagi. jadi disiplinkan diri sentiasa dapat bersama dgn Imam tetap, kalau tidak apa yg berlaku spt di atas akan berleluasa dan hilanglah rupabentuk solat jama'ah yg asal di zaman salaf. Kita takut bergilir-gilir menjadi Imam ini menjadi penyakit dan menjadi bid'ah-bad'ah baru. Kalau berlaku sekali-kala tidaklah kita persoalkan. WA

Dec 18, 2008

Solat Sunat Rawatib

Sebelum masuk waktu subuh (tetapi selepas fajar kazib), ada jemaah yang melakukan solat sunat fajar. Saya keliru jika memang ada solat sunat fajar sedemikian. Jika benar ada, bagaimana urutannya dengan solat witir yang telah dilakukan sebelum itu. Pada fahaman saya, solat witir boleh dilakukan sehingga seblum masuk waktu subuh. Adakah ini bererti kita patut melakukan solat fajar dahulu baru solat witir? Atau bagaimana yang sebenarnya?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mimhabaha dengan sekadar yang mampu, Insyaallah. Kami juga ingin memohon maaf diatas kelewatan menjawab soalan diatas.

Solat sunat Rawaatib ini amat digalakkan bagi orang Islam melakukannya pada sebelum (qabliyah) dan sesudah selesai (ba'diyah) solat fardu, kecuali bagi beberapa waktu yang mana solat sunat ini tidak dibenarkan. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam risalah kecilnya mengenai Sifat Solat Nabi berkata :

ويشرع لكل مسلم ومسلمة أن يصلي قبل الظهر أربع ركعات وبعدها ركعتين وبعد المغرب ركعتين وبعد العشاء ركعتين وقبل صلاة الفجر ركعتين ، الجميع اثنتا عشرة ركعة وهذه الركعات تسمى الرواتب لأن النبي صلى الله عليه وسلم كان يحافظ عليهما في الحضر ، أما في السفر فكان يتركها إلا سنة الفجر والوتر فإنه كان عليه الصلاة والسلام يحافظ عليهما حضرا وسفرا ،

"Disunat bagi setiap mulimin dan muslimat bersolat 4 rakaat sebelum Zohor, dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Magrib, 2 rakaat sesudah Isya' dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. Jumlah kesemuanya 12 rakaat, yang dinamakan Rawatib, Nabi saw selalu menjaganya diwaktu bermukim, adapun diwaktu bermusafir boleh hanya melakukan solat sunat Fajar dan Witir. Bagi kedua solat tersebut Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya baik di waktu mukim ataupun bermusafir."[1]

Dari kenyataan Bin Baaz, beberapa ulama' mengkelaskan solat ini sebagai sunat mua'akad. Disini juga kita dapat melihat betapa pentingnya Solat Witir dan juga Solat Sunat Subuh yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi saw.

Bilakah waktu Solat Sunat Fajar?

Kami memetik 2 pandangan Mazhab yang dimabil dari buku Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry (Fiqh 4 mazhab1/266) seperti berikut [2]:

a. Mazhab Syafie

أما المؤكد فهو ركعتا الفجر، ووقتهما وقت صلاة الصبح، وهو من طلوع الفجر الصادق إلى طلوع الشمس

"bagi solat mua'akad ialah 2 rakaat Fajar, dan waktunya adalah pada waktu masuk solat Subuh, dan ia bermula dari Fajar Saadiq sehinggalah terbit matahari"

b. Mazhab Maliki, Solat sunat fajar bermula dari :

وقتها من طلوع الفجر الصادق إلى طلوع الشمس

"Waktunya dari terbit fajar Saadiq sehingga terbit matahari".

Jadi bolehlah kita katakan bahawa Solat Sunat Fajar ini boleh dilakukan semasa masuk waktu solat subuh dengan terbitnya fajar Saadiq dan waktunya sehinggalah terbit matahari.

-------------------------

Bilakah waktu solat Witir?

Solat Witir yang dilakukan bilangan rakaatnya secara ganjil (1 atau 3), biasanya dilakukan setelah selesai solat sunat pada waktu malam. Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, bahawa Nabi saw bersabda :

اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
"Jadikanlah Witir solat yang terakhir pada solat malam" - (Riwayat Al-Bukhaari no:998, Muslim no:749)

Dan juga diriwayatkan oleh Talq ibn Ali berkata : Saya mendengar Nabi saw bersabda :

لا وتران في ليلة
"Tidak ada 2 witir didalam satu malam" - (Riwayat Al-Tirmudzi no:470, Al-Nassa'i n:1679, Abu Daud no:1439. Dikelaskan sebagai sahih oleh Sheikh Al-Albani didalam Sahih Al-Jaami' no:7567)

Menurut Ibn Hazm didalam al-Muhalla, (2/92-93) witir juga boleh dilakukan pada awal malam, barangkali sebelum seseorang itu tidur. kata beliau:

والوتر آخر الليل أفضل . ومن أوتر أوله فحسن , والصلاة بعد الوتر جائزة , ولا يعيد وتراً آخر اهـ .

"Witir dari akhir malam adalah afdal. Akan tetapi sesiapa yang melakukan witir pada awal malam dalah baik. Solat selepas witir adalah dibenarkan. Dan tidak payah mengulangi Witir tersebut.

Al-Nawawi juga didalam buku al-Majmu' (3/512): mengatakan bahawa jika seseorang itu ingin melakukan solat sunat pada waktu malam, adalah dibenarkan, akan tetapi tidak perlu mengulangi Witir tersebut. Ini berdasarkan nas hadith dari A'isyah (r.h) dan telah ditanya mengenai Solat Witir Nabi saw. Kata beliau :

" كنَّا نعدُّ له سواكه وطهوره فيبعثه الله ما شاء أن يبعثه من الليل فيتسوك ويتوضأ ويصلي تسع ركعات لا يجلس فيهن إلا في الثامنة فيذكر الله ويمجده ويدعوه , ثم ينهض ولا يسلم , ثم يقوم فيصلي التاسعة , ثم يقعد فيذكر الله ويمجده ويدعوه, ثم يسلم تسليماً يسمعنا , ثم يصلي ركعتين بعد ما يسلم وهو قاعد " رواه مسلم , وهو بعض حديث طويل , وهذا الحديث محمول على أنه صلى الله عليه وسلم صلى الركعتين بعد الوتر بياناً لجواز الصلاة بعد الوتر اهـ.

"Kita selalu menyediakan siwaak dan air wudhu untuk beliau, dan Allah swt akan membangunkan beliau dimasa yang diinginkan pada waktu malam. Beliau akan menggunakan siwaak, berwudhu' dan bersolat 8 Rakaat, dimana beliau tidak akan duduk kecuali di rakaay ke 8, dimana beliau berzikir pada Allah, memuliakannya dan melakukan do'a. Kemudian beliau akan bangun tanpa memberi salam, dan bersolat rakat yang ke 9. Kemudian beliau akan duduk dan berzikir, memuliakan Allah dan melakukan do'a. Kemudian beliau akan memberi salam yang mana kita boleh mendengar, kemudian beliau akan bersolat 2 rakaat selepasnya, semasa duduk. " - (Riwayat Muslim, ini adalah sebahagian dari hadith panjang, yang boleh difahami bahawa Nabi saw bersolat 2 rakaat setelah witir bagi memberitahu bahawa solat dibenarkan selepas witir").

Beberapa ulama menghukum makruh dilambat-lambatkan solat sunat Witir. Menurut Mazhab Maliki (Fiqh Al-Islami 2/58),

يكره تأخير الوتر للوقت الضروري وهو من طلوع الفجر لصلاة الصبح، بلا عذر من نوم أو غفلة أو نحوهما

"Makruh dilewatkan witir didalam masa dalurat, iaitu sehingga terbit Fajar untuk solat subuh tanpa uzur dari tidur atau lalai atau serupa dengannya."[3]

-------------------

Kesimpulannya ialah, kemungkinan jemaah tadi sedang bersolat tahajjud pada waktu tersebut atau pun sedang bersolat Witir. Sekali pun seseorang itu telah bersolat witir, namun solat-solat yang lain masih boleh dilakukan selepas witir. Apa yang dilarang ialah menlakukan lagi sekali atau mengulangi witir tersebut didalam malam yang sama. Solat sunat Subuh pula merupakan solat sunat mu'akad menurut Mazhab Syafie dimana Nabi saw tidak pernah meninggalkannya, dan masa melakukannya ialah apabila masuk waktu Subuh (terbir fajar sadiq) sehinggalah terbit matahari.

wallahu'alam

-wassalam-
-------

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Sifat Solat Nabi saw. Riyad : Dar Adhwa' Zamzam, cetakan thn 2002.

2. Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitabu Al-Fiqhi 'ala Mazaahibi Al-Arbaah - 1 cetakan 1. Kaherah : Dar Al-Manaar, 1999.

3. Sheikh Dr. Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuh - 2 cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

Laungan Takbir Lepas Solat Jemaah

Salam

Saya terpanggil utk membangkitkan isu ini. Di kala masyarakat masih keliru dengan mana yg sunnah dan mana yg bid'ah, berikut berleluasanya amalan2 yg ditokok tambah dgn pelbagai tujuan sekadar dengan berdalihkan nas-nas yg dijustifikasikan utk membenarkan amalan dengan sebab menyiyakan perbuatan kelompok atau peribadi tertentu.

Saya ingin membangkitkan ttg masalah ttg amalan yg nampak kurang sesuai dgn budaya Islam yg suci murni, bahkan menampakkan keekstrimeman, melebih-lebih, keterlaluan iaitu melaungkan takbir "ALLAHU AKBAR!" secara lantang dengan pekikan kuat sebaik saja selesai waktu solat berjemaah di sebahagian kecil surau di negara ini. Saya sendiri pernah mendengarnya dan dapat merasakan bagaimana suasananya.

Apakah dalil yg diguna pakai untuk membenarkan amalan ini? Bukankah Kullu bid'atin dholalah wa kullu dholalatin finnar.

Saya timbulkan ini kerana ada sebahagian kenalan yg begitu fanatik menganggap ini sebagai sunnah yg sangat baik diikuti bahkan boleh sampai wajib kononnya. Saya harapkan perbincangan dibuat secara ilmiah, janganlah keterlaluan atau beremosi apabila dibangkitkan isu ini.

Wallahu'alam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr FloydAbdullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar kata sdr FloydAbdullah, hadith 'Setiap perkara yang baru itu bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat.....'. Hadith ini hadith shahih, dan ia tidak boleh dinafikan kebenarannya. Cuma pokok persoalannya sekarang ialah, SKOP definisi Bid'ah yang di maksudkan oleh ulama'-ulama' didalam hal ini. Kemudian, barulah kita nyatakan apakah melaungkan TAKBIR secara kuat iatu bid'ah hukumnya.

Sabda Nabi saw :

كلّ محدثة بدعة وكلّ بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار

"Setiap perkara yang baru itu bid'ah, setiap bid'ah itu Sesat, dan setiap yang sesat itu akan masuk kedalam Api Neraka" - (Diriwayatkan oleh Al-Nassa'i didalam Al-Sunan. Riwayat yang mempunyai makna yang sama diriwayatkan melalui Jabir (r.a.), oleh Ahmad, melali al-'Irbaad ibn Saariyah, oleh Abu Daud, dan melalui Ibnu Mas'ud (r.a.) oleh Ibnu Majah).

Dan bersabda Nabi saw lagi didalam Khutbah beliau :

أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ ..

"..Sebaik-baik perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara ialah rekaan-rekaan yang baru, dan setiap bid'ah (rekaaan) adalah Sesat...." - (Riwayat Imam Muslim #867).

Nabi Muhammad saw menyatakan bahawa barangsiapa yang mereka-reka sesuatu yang baru didalam urusan AGAMA, maka amalannya akan tertolak, dan Allah swt tidak akan menerimanya, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah (r.h), katanya :

: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ .

"Rasulullah saw bersabda : 'Barangsiapa yang mengadakan sesuatu perkara soal agama yang bukan dari kami, maka ia akan di tolak'" - (Riwayat Al-Bukhaari, Fath al-baari #2697).

---------------

Kemudian kita lihat pula, apakah Bertakbir selepas solat itu bid'ah? Ibadat solat bermula dari cara-cara sebelum SOLAT sehinggalah zikir-zikir dan Solat-Solat Sunat yang dilakukan oleh Nabi saw yang Thabit dengan nas-nas yang shahih. Sebab itu ulama'-ulama' Itttiba' Al-Sunnah menolak amalan Lafaz Niat sebelum Solat, kerana tidak ada nas, dan ini masih didalam skop permulaaan Solat. Malah ulama'-ulama' Salaf mengatakan berdosa apabila selepas selesai Solat terus bangun, kerana terdapat nas-nas yang shahih menunjukkan Nabi saw melakukan beberapa amalan-amalan zikir yang khusus selepas Solat Fardu! Akan tetapi, pergerakan BANGUN selepas selesai melakukan amalan-amalan ini, tidak dikira berdosa. Begitu perbuatan berjabat tangan selepas selesai memberi Salam didalam Solat. Sila lihat perbincangan di bawah :

Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa amalan solat setelah selesai memberi salam didalam solat adalah bid'ah. Masih banyak lagi nas-nas yang sahih menunjukkan ada beberapa amalan-amalan lain yang perlu dilakukan selepas selesai solat fardu. Berjabat tangan selepas selesai segala-gala amalan yang berkaitan dengan solat, tidaklah bid'ah, kerana ia tidak termasuk SKOP IBADAT yang kita bincangkan tadi. Adalah merupakan Bid'ah berjabat tangan, bangun dari tempat duduk, sejurus selepas memberi salam.... Tidak bid'ah melakukan perkara-perkara tersebut setelah selesai melakukan perkara-perkara yang disyara'kan kerana ia tidak lagi bersifat ibadat.

Terdapat nas-nas shahih yang thabit dari Nabi saw agar umat Islam melakukan zikir-zikir khusus selepas selesai solat fardu. Diantara yang boleh kita petik dari Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (majmu' fatawa, 4/207)[1]:

ثم يسلم عن يمينه وشماله، قائلا: "السلام عليكم ورحمة الله... السلام عليكم ورحمة الله".
- ويستغفر الله ثلاثاً ويقول: "اللهم أنت السلام، ومنك السلام، تباركت يا ذا الجلال والإكرام، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، اللهم لا مانع لما أعطيت، ولا معطي لما منعت، ولا ينفع ذا الجد منك الجد، لا حول ولا قوة إلا بالله، لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إياه، له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن، لا إله إلا الله، مخلصين له الدين ولو كره الكافرون".
- ويسبح الله ثلاثا وثلاثين ويحمده مثل ذلك، ويكبره مثل ذلك، ويقول تمام المائة " لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير "ويقرأ آية الكرسي، وقل هو الله أحد، وقل أعوذ برب الفلق، وقل أعوذ برب الناس بعد كل صلاة. ويستحب تكرار هذه السور الثلاث، ثلاث مرات بعد صلاة الفجر، وصلاة المغرب، لورود الحديث الصحيح بذلك عن النبي ،

"...kemudian memberi salam ke kanan dan ke kiri 'Assalamu'alaikum warahmatullah...Assalamu'alaikum warahmatullah, dan beristigfar sebanyak 3 kali, lalu membaca ;"Allahumma antassalam..........La illaha illaalahu wahdahu La Syariikalah.....dan bertasbih sebanyak 33kali, bertahmid sebanyak 33kali, dan bertakbir sebagaimana misal tadi, dan mencukupkan 100 dengan membaca 'La illaha illaalahu wahdahu La Syariikalah....' dan membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Falaq, surah Al-Nas, bagi setiap kali selepas solat. Adalah mustahab mengulangi sebanyak 3 kali pembacaan surah tersebut, 3 kali didalam solat Subuh dan solat Magrib, kerana ia warid dari nabi saw didalam hadith shahih..."

Apakah bi'dah berTakbir selepas selesai solat?

Jawapan : Sejurus selepas bersolat jemaah, para jemaah melakukan takbir beramai-ramai adalah bid'ah. Ini adalah kerana :

a. Terdapat nas yang thabit dari Nabi saw yang menyuruh orang Islam membaca zikir-zikir yang tertentu didalam solat, terutamanya secara bersendirian.

b. Bertakbir secara KUAT itu akan mengganggu orang-orang yang sedang bersolat di Rumah ALLAH.

Selepas selesai melakukan perkara yang dituntut, perbuatan Takbir ialah merupakan satu ZIKIR yang agung bagi mengingati Allah swt. Malah, jika dilhat didalam amalan-amalan yang shahih yang sunat dilakukan selepas selesai solat ialah menyebut takbir (Allahu Akhbar) 33 kali.

Sebagai tambahan, apabila seorang Islam itu mendengar seseuatu yang mengembirakan, dia benarkan melaungkannya,
sebagamana yang diperkatakan oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid :

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا رأى شيئا يعجبه قال : " الله أكبر اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة " رواه أحمد . فيجوز حينئذ أن يكبر المرء إذا رأى ما يفرحه ويعجبه ويرفع صوته بذلك من غير مبالغة ، أما التكبير الجماعي بحيث يبدءون وينتهون جميعا فغير مشروع لعدم ورود ما يدل على ذلك ، لكن إذا كبر شخص وكبر آخر وكبر آخر فتوافقوا من غير اتفاق سابق فهذا غير منهي عنه . وكذلك يُمكن أن يسجدوا للشكر إذا كان أمرا هاما

"Apabila Nabi saw mendengar sesuatu yang mengembirakan beliau akan mengucapkan :'Allaahu akbar, Allaahumma la ‘aysha ila ‘aysh al-aakhirah. (Riwayat Imam Ahmad). maka diberi kebenaran bagi seseorang itu mengucapkan Allahu Akbar apabila melihat sesuatu yang melegakan, dan boleh menaikkan suara, tanpa menjadi eksterim. Akan tetapi, mengucapkan Takbir secara berjemaah, tidak pula dinyatakan didalam Islam, kerana tiada riwayat yang melaporkannya. Tetapi jika seseorang mengucap takbir, kemudian diikuti oleh orang lain, dan berkebetulan pada waktu yang sama mengucapkannya, tanpa apa-apa perjanjian sebelum ini, maka tidaklah salah. Mereka juga boleh melakukan sujud al-shuykr jiga perkara tersebut lebih serius."[2]

Sebagai kesimpulan, eloklah di elakkan dari melakukan sesuatu perkara walaupun ia baik didalam hal-hal ibadat. Ibadat-Ibadat didalam Islam telah dilengkapkan oleh Nabi saw, dan tidak boleh ditokok tambah sebagaimana larangan-larangan yang keras didalam hadith tersebut. Walaubagaimanapun, zikir takbir yang tidak dilakukan sejurus selepas selesai solat bukanlah bid'ah. Kita kena dahulukan amalan-amalan yang thabit dari Nabi saw dari permulaan Solat sehinggalah selesai perkara-perkara yang sunat didalam solat. Dimasa yang sama, konsep bid'ah ini, perlu dilihat didalam perspektif yang lebih luas. Jangan mudah kita membid'ahkan sesuatu perkara, yang perkara tersebut jelas bukannya ibadat. Nanti akan ada pertanyaan-pertanyaan yang bukan-bukan seperti : Bila nak baca do'a naik kenderaan ini? Kena duduk ke? Kena kereta bergerak dulu ke? Mana nasnya? Bila pula nak baca selawat? Nak kena duduk ke, atau boleh ke baca sambil berdiri? Dimana kesemua ini dilihat sebagai ibadat umum yang berbentuk do'a dan zikir kepada Allah swt.

Sebelum kita mengakhiri permasalahan ini, elok kita lihat dua kaedah yang boleh kita guna pakai didalam kehidupan harian.

a. Didalam perkara-perkara Ibadat:

الأصل في العبادات التوقف

al asl fi al-ibadaat al-tauqif
"Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan"

Ini membawa pergertian bahawa, setiap ibadat itu hanya boleh dilakukan jika ia disertakan dengan nas-nas. Jika tidak, maka ia boleh dikategorikan sebagai bid'ah dan dilarang dari melakukan.

b. Didalam perkara-perkara yang bukan ibadat:

الأصل في الأشياء الإباحة

al asl fi al-asyyaa' al ibaahah
"Asal sesuatu perkara itu harus (dibenarkan)"

Dengan ertikata lain, perkara-perkara yang diluar ibadat adalah harus dilakukan, kecuali jika ada Nas atau dalil yang menegahkan, atau dalil yang menunjukkan kaedahnya.

wallahu'alam

-wassalam-
---------------

Rujukan :

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995. ms 247

2. Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. Melaung Takbir di Masjid secara berjemaah. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3751&dgn=3&dgn=2

Kaedah Menegur Imam Yang Terlupa

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah, kami akan cuba menjawab soalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada.

Bab berdehem [color="#0000ff" size="4"](التنحنح) atau 'hemming' atau 'melegakan tekak' merupakan bab yang dibincangkan didalam perkara-perkara yang membatalkan solat. Ada yang mengkategorikannya didalam bahagian 'berkata-kata' didalam solat. Menurut Dr Wahbah Zuhaily (Fiqh Islami, 2/6):"Diantara perkataan yang boleh membatalkan solat ialah mengeluarkan suara seperti berdehem tanpa sebarang keuzuran, jika ia mengandungi dua huruf atau lebih. Ketawa, mengerang, mengeluarkan perkataan 'Ulf' dan menangis jika perkataan itu boleh didengari, kecuali ia dikeluarkan akibat sakit atau takut kepada Allah swt. Salah satu dalilnya dari Hadith Nabi saw :

إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هي التسبيح والتكبير وقراءة القرآن.
'Sesungguhnya solat tidak boleh dicampurkan dengan apa jua perkataan, akan tetapi ia merupakan Tasbih, Takbir dan Bacaan Al-Quran' - (Riwayat Ahmad, Muslim, Al-Nasaa'i dan Abu Daud) " [1]

Hukum berdehem yang boleh membatalkan solat berbeza menurut Mazhab jika diteliti secara teknikal. Disini kita memetik dari buku 'Kitab Mazhab Empat' oleh Abdul Rahman Al-Jaziry untuk memaparkan pandangan dari mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafie.
-----------------------

Menurut Sheikh Abdul Rahman Al-Jaziry (Mazaahib Arba'ah : 1/243) [2]:

ومن الكلام المبطل التنحنح إذا بان منه حرفان فأكثر وإنما يبطل الصلاة إذا كان لغير حاخة فإن كان لحاجة كتحسين صوته حتى تخرج القراءة من مخارجها تامة، أو يهتدى إمامه إلى الصواب ونحو ذلك فإنه لا يبطل، وكذا إذا كان ناشئا بدافع طبيعى، فإنه لا يبطل عند الحنفية والحنابلة ما دام لحاجة وتوسع المالكية والشافعية..

"Berdehem adalah dari perkataan yang membatalkan, jika keluar darinya 2 huruf atau lebih dan ia membatalkan solat jika dilakukan tanpa hajat, maka jika dilakukan dengan hajat seperti memperbaiki suaranya untuk mengeluarkan mahraj bacaannya, atau Imam memberi petunjuk atau sebagainya, maka itu tidaklah membatalkan. Dan jika ia dihasilkan dengan faktor tabie/tabiat (habit), maka ia tidak batal disisi Hanafiyah dan Hanbali selagi mana ada hajat dan Mazhab Maliki dan Syafie perlu dipanjangkan perbincangannya (didalam diskusi selanjutnya)."

Pandangan Mazhab Maliki:

التنحنح لا يبطل الصلاة، وإن اشتمل على حروف مبطلة، سواء كان لحاجة أو لغير حاجة على المختار، ما لم يكن كثيرا، أو تلاعبا وإلا أبطل.

"Berdehem tidak membatalkan solat, dan ini termasuklah huruf-huruf yang membatalkan, samada dilakukan dengan hajat yang tertentu atau tidak, tetapi tidak dengan banyak, atau bermain, melainkan ia akan membatalkan."

Pandangan Mazhab Syafie :

يعفى عن القليل من التنحنح إذا لم يستطع رده إلا إذا كان مرضا ملازما، بحيث لا يخلو الشخص منه زمنا يسع الصلاة وإلا فلا يضر كثيره أيضا. وكذلك إن تعذر عليه النطق بركن قولى من أركان الصلاة، كقراءة الفاتحة، فإن التنحنح الكثير لأجل أن يتمكن من قراءتها لا يضر، أما إن تعذر النطق بسنة، فإن التنحنح الكثير لا يغتفر فيها

"Di maafkan sedikit dari berdehem, jika tidak mampu menolaknya melainkan sakit yang dialami, dimana seseorang itu tidak merasakan kosong didalam solat, ia tidak merosakkan (solat) jika dengan banyaknya juga. Dan jika ia uzur dari melakukan sebutan di rukun qauliyah dari rukun Solat, seperti membaca Al-Fatihah, maka berdehem walaupun banyak untuk tujuan bacaan tidaklah mengapa, tetapi bagi uzur sebutan dimasa bacaan sunat, maka berdehem banyak tidak dimaafkan baginya."

--------------------------
Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah didalam Majmu' Fatawa, Kitab Solat (Jilid 22, ms 616) telah membahagikan Lafaz perkataan kepada 3 jenis[3]:

1. Mempunyai makna yang langsung dengan situasi sebagaimana dirinya, seperti tangan (يد), darah [color="#0000ff" size="3"](دم), mulut (فم) atau ambil (خذ)

2. Mempunyai makna yang tabie/kebiasaan sebagaimana mengeluh, mengerang, menangis dan serupa dengannya.

3. Tidak mempunyai makna yang langsung baik dari segi situasi(keadaan) atau tabie seperti berdehem, bersin dsb.

Maka Ibnu Taimiyah juga membahagikan pandangan-pandang berdehem ini kepada 3 bahagian :

1. Sesungguhnya tidak batal solat dengan HAL, ini adalah perkataan Abu Yusuf , salah satu riwayat dari Malik dan mazhab beliau.

2. Batal solat dengan apa-apa hal, dan ini adalah perkataan Syafie dan salah satu dari pandangan Mazhab Ahmad dan Malik.

3. Jika berlaku kerana uzur maka tidak batal, dan ini adalah qaul Hanifah dan selainnya dan mereka b erkata : Sesunggunya mempercantikkan suara untuk solat, Tidak membatalkan.

Menurut Ibnu Taimiyah lagi :

Yang membatalkan solat (seperti pandangan no:2) mengatakan telah keluar 2 huruf atau lebih, maka jika satu huruf sahaja adalah tidak mengapa. Beliau memberi kesimpulan bahawa :

النحنحة لا تدخل في مسمى الكلام أصلا، فانها لا تدل بنفسها، ولا مع غيرها من الألفاظ على معنى، ولا يسمى فاعلها متكلما وانما يفهم مراده بقرينة، فصارت كاشارة.

"Berdehem tidaklah dimasukkan didalam makna KALAM (berkata-kata) pada asalnya, maka ia bukanlah langsung kepada dirinya, dan Tidaklah bersama selainnya dari lafaz yang membawa makna, tidak tidak dinamakan perkara yang ucap oleh pembuatnya dan menerangkan matlamat context, maka ia menjadi isyarat". [22/617]

Dengan kata lain, Ibnu Taimiyah tidak melihat bahawa berdehem ini termasuk membatalkkan solat, kerana ia bukanlah dari jenis perkataan. Akan tetapi, beliau menegaskan bahawa berdehem yang disengajakan dan dilakukan dengan banyak akan menjejaskan kekhusyukkan solat.

----------------------
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz juga berpendapat bahawa berdehem ini tidak membatalkan solat, akan tetapi jika ia dilakukan dengan sengaja (tanpa hajat) maka hukumnya adalah makruh, Kata beliau didalam Majmu' fatwa nombor 233 [4]:

النحنحة والنفخ والبكاء كلها لاتبطل الصلاة، ولا حرج فيها إذا دعت إليها الحاجة، ويكره فعليها لغير حاجة.

"Berdehem, meniup dan menangis, kesemuanya tidak membatalkan solat, dan tidak ada bantahan jika ada keperluan hajat keatasnya, dan makruh keatasnya jika dilakukan tanpa hajat. "

Cuma apa yang menjadi kesalahan ialah, berdehem kerana ingin membetulkan Imam. Ini dianggapkan sebagai satu kesalahan didalam solat. Kata Al-Minshawi didalam Kitab Kesalahan orang yang bersolat [5]:

يلجأ بعض الناس إلى التنحنح بغير عذر لإعلام الناس أنه في صلاة أو إعلام الإمام أنه قد أطال في قراءته، وهذ من أخطائهم في صلاة

"Telah datang sebahagian manusia yang melakukan berdehem selain dari uzur untuk memaklumkan kepada manusia sesungguhnya ia didalam solat atau memaklumkan Imam seseungguhnya di mempunyai kesalahan didalam bacaannya, dan ini merupakan kesalahan mereka didalam solat."
-------------------

Jawapan Soalan 1 :
Bagi menyimpulkan padangan mazhab yang empat, dipaparkan disini pandangan kumpulan Mufti Islam Online :

أما بخصوص ما ورد في رسالتك فذهب جمهور الفقهاء الحنفية والمالكية والشافعية والحنابلة إلى النحنحة في الصلاة إذا كانت لحاجة أو عذر فلا تبطل الصلاة، ومن ذلك من تنحنح لتحسين صوته في الصلاة، أو تنحنح ليعلم من ينادي عليه أنه في الصلاة أو غلبه طبعه، أما إذا كان التنحنح عمدا في الصلاة لغير عذر أو لغير حاجة فإنها تبطل الصلاة عند جمهور الفقهاء

"Bagi perkara berkenaan yang warid dari risalah, maka mazhab jumhur fuqaha' Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menghukumkan berdehem didalam solat jika kerana HAJAT atau UZUR maka tidak batal solat, dan termasuklah berdehem untuk membaikkan suara didalam solat, atau berdehem bagi yang memberitahu akan ia sedang bersolat, atau tabiat kebiasaan yang tdak dapat diatasi. Manakala berdehem dengan sengaja didalam solat, tanpa uzur atau tanpa hajat, maka batallah solat menurut jumhur fuqaha'.[6]"

Namum demikan ulama salaf berpendapat bahawa berdehem tidak membatalkan solat, akan tetapi jika ia dilakukan tanpa hajat maka hukumnya adalah makruh dan ia akan menjejaskan kekhyusukkan didalam solat.

Jawapan Soalan 2:
Sebagaimana yang telah di perkatakan oleh Muhammad Sideq Al-Minshawi {Akhtahu Al-Musoliin, 73) (yang telah dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah didalam fatwa Solat) bahawa berdehem bukanlah caranya untuk menegur Imam yang terlupa didalam solat.cara menegur Imam telah dijelaskan didalam sebuah hadith :

Dari Saha bin Sa'ed Al-Saa'adi, Nabi saw bersabda :

من نابه شيء في صلاته فليقل : سبحان الله، إنما التصفيق للنساء، والتسبيح للرجال

"[Jika] dilihat sesuatu [kelupaan] didalam Solat maka katakanlah : Subhana Allah, tetapi hendak menepuk tangan bagi kaum perempuan, dan bertasbih bagi kaum lelaki" - Hadith Sahih riwayat Bukhari 1/175.

wallahu 'alam

-wassalam-

----------
Rujukan :

1] Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - Jilid 2. Cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989.

2] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-fiqhu 'ala al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999.

3] Mohammad bin abdul Rahman Qasim. Majmu' fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

4] Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1. Riyad : Dar Al-Watan, 1995. ms 247

5] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996, ms 73.

6] Kumpulan Mufti Islam Online. Fatwa Berdehem url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=70138

Dec 17, 2008

Jabat Tangan Lepas Solat

Assalamualikum!
Ustaz, benarkah amalan berjabat tangan selepas solah fardhu sesama ahli jama'ah solat bukan amalan Rasul Allah dan para sahabat? Ada yang mengatakan pada saya ia merupakan amalan orang-orang berfahaman Syiah. Harap penjelasan daripada Ustaz.
:confused:WA

Salam
Saya hanya mencedok artikel dari Al Fadhil Master Sifu kita....terima kasih kepada Sifu dan Al Ahkam

HUKUM BERJABAT TANGAN
zain ys (Jun 1998)

Dari Huzaifah Ibnu Yamaan, dari Raulullah s.a.w., sabdanya:
Sesungguhnya seorang mukmin itu apabila bertemu dengan dengan seorang mukmin lain, lalu dia mengucapkan salam ke atasnya dan mengambil tangannya lalu dijabatnya, akan berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran. (Riwayat al-Tabrani)

Hadis di atas mengajar kepada umat Islam tentang adab-adab ketika bertemu dengan saudara-saudaranya sesama muslim. Betapa besarnya fadilat, memberi salam dan berjabat tangan dengan saudara sesama orang beriman sekalipun yang tidak dikenali. Sehingga dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. akan berguguran dosa-dosanya sebagaimana gugurnya dedaunan.

Manakala di dalam sebuah hadis lain, dari Salman al-Farisi, dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu dengan saudaranya, lalu dia mengambil tangannya (berjabat tangan), akan berguguranlah dosa-dosanya sepertimana berguguran dedaunan dari pohonnya yang basah pada hari angin bertiup, dan kecuali akan diampunkan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan." (Riwayat al-Tabrani dengan sanad yang baik.)

Berguguran dosa di dalam hadis di atas membawa maksud pengampunan dosa. Dan dosa yang dimaksudkan di sini ialah dosa-dosa kecil.

Pembuktian bahawa berjabat tangan ini memang benar-benar telah diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w., dari Qatadah katanya:

Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a., adakah berjabat tangan di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.? Dia menjawab: Ya. (Riwayat Bukhari dan al-Tarmizi).

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa berjabat tangan adakah sunat hukumnya.

*********************
Begitu besarnya fadilat berjabat tangan, apakah rahsia di sebalik kebaikkannya? Berjabat tangan adalah penzahiran rasa cinta yang timbul dari hati, menimbulkan rasa kemesraan dan mampu memperteguhkan tali silatul rahim.

Jadi, berjabat tangan adalah salah satu dari unsur yang dapat memperhubungkan tali persaudaraan sesama muslim dan mempererat hubungan yang sedia ada. Asas yang digariskan oleh syariat Islam ialah memperhubung tali silatul rahim. Seseorang yang berbuat demikian, memang akan memperoleh ganjaran yang amat besar. Manakala mereka yang memutuskan tali persaudaraan, dosanya juga amatlah memedihkan. Malahan di dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. telah mengecap sebagai mempunyai tanda sifat munafik bagi orang yang tidak bertegur dengan saudaranya (kerana berselisih faham) selama 3 hari.

*********************

Hadis di atas memberitakan tentang hukum berjabat tangan antara sesama mukmin apabila bertemu dengan saudara mukminnya yang lain. Tapi... Bagaimana pula hukum berjabat tangan selepas selesai mengerjakan sembahyang fardu sebagaimana yang telah diamalkan oleh di kebanyakkan negara Islam di dunia ini? Amalan ini sememangnya tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w., juga tidak dilakukan pada zaman khulafa' al-Rasyidin.

Mengenai perkara ini, para ulamak berselisih pendapat, antaranya ialah:

Pertama: Ibnu Taimiyah yang menghukumkan amalan berjabat tangan selepasa sembahyang sebagai makruh. Atas alasan ia tidak diamalkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman khulafa' al-rasyidin.

Kedua: Al-Izz Abdul Salam mengatakan perbuatan itu mubah (dibolehkan) kerana tiadanya larangan dari melakukannya.

Ketiga: Al-Nawawi mengatakan asal hukum berjabat tangan adalah sunat, dan apabila kita melakukannya di dalam keadan-keadaan lain (selain dari bertemu saudaranya) tidak mengeluarkannya dari kesunnahan ini.
Oleh itu berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah sunat.

Keempat: Di dalam kitab Ghidaa'ul albab karya al-Safarini mengatakan bahawa sebahagian ulamak mengatakan berjabat tangan selepas mengerjakan sembahyang adalah haram hukumnya.


*********************
Perbezaan pendapat antara ulamak di atas adalah kerana perbezaan pandangan mereka tentang persoalan apa itu bid'ah. Mereka yang memperluas ruang lingkup bid'ah sudah tentu mengatakannya sebagai makruh atau haram. Manakala yang mempersempit persoalan bid'ah, akan mengatakan bahawa ia adalah mubah ataupun sunat.

Memperluas soal-soal bid'ah ialah mereka yang mengatakan bahawa bid'ah itu tidak terbatas kepada hal-hal tertentu sahaja, malahan lebih luas dari itu, asal sahaja yang menyangkut persoalan ibadah.

Mempersempit pula adalah sebaliknya...

Wallahu a'lam.

zain y.s


Wassalam
Komentar dan pelengkap:

Amalan berjabat salam selepas solat berjama'ah bukanlah amalan kaum Syi'ah tapi amalan orang melayu di Malaysia. Kenapa kita menduga-duga bahawa ia adalah amalan Syi'ah sedangkan anda melakukan saban hari!! Pengalaman saya ketika berada di USA dan Europe tidak pula mereka mengamalkan amalan berjabat salam selepas solat ini.
Solat yg lengkap ialah hadis Ali ra," pembuka solat ialah bersuci, pengharamannya ialah takbir dan penghalalnya ialah ucapan salam." (Abu Daud dan Termidzi: Sahih)
Selepas dari ucapan salam itu, maka apa jua perkara yg sering dilazimi (dilakukan) dengan berterusan memerlukan nas utk berbuat demikian, cthnya berjabat salam, ini kerana ulama' usyul menetapkan kaedah, Ibadah itu ditetapkan dgn nas." Jika jabat salam itu ibadah selepas ungkapan salam, maka dia hendaklah thabit dgn nas.
Inilah maksud Fatwa Syaykhul Islam Ibn Taymiya alHarani (Majmu' Fatawa Jld 23, ms 339)," berjabat salam mengiringi solat bukanlah suatu amalan berdasarkan sunnah, bahkan dia adalah bid'ah."
Kita tidak tahu bagaimana ia muncul dalam budaya Melayu, maka cara merubah kembali atau menghentikan amalan ini juga memerlukan ketelitian dan kesabaran, almaklumlah bila dah jadi tabi'at, maka tangan kita spontan saja bersalaman sebaik sahaja memberi lafaz salam. WA

Ber"SMS" Ketika Khutbah Jumaat

Salam

Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.

Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.

Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) .

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) .

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr[2].

------------------------------------
Soalan:

Saya buat masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?

Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :

الحمد لله إن استمعت ولو لم تفهم فأنت على خير إن شاء الله ، ورخص بعض أهل العلم للذي لا يفهم لغة الخطبة أن يتشاغل بالذكر أو القراءة شريطة أن لا يشوّش على غيره ممّن يستمع الخطبة ، والذي أميل إليه أنه عليه الاستماع ولو لم يفهم .

Alhamdulillah. Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama' yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah mendengar walaupun anda tidak memahaminya.

--------------------------------------------

Bukan setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak digalakkan. Malah menurut ulama', menjawab SALAM dan mengucap Tashmit keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah[3] (8/242) :

لايجوز تشميت العاطس، ولا رد السلام، والإمام يخطب على الصحيح من أقوال العلماء؛ لأن كلامنهما كلام، وهو ممنوع والإمام يخطب؛

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"

Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :

وعن يحيى بن سعيد الأنصاري قال : ( السنة إذا قعد الإمام على المنبر يوم الجمعة ، يقبل عليه القوم بوجوههم جميعاً )

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"

وعن نافع : ( أن ابن عمر كان يفرغ من سبحته بوم الجمعة قبل خروج الإمام ، فإذا خرج لم يقعد الإمام حتى يستقبله )

Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.

(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

فينبغي للمؤمن في الجمعة أن ينصت ويخشع ويحذر العبث بالحصى أو غيره ، وإذا سلم عليه أحد أشار إليه ولم يتكلم ، وإن وضع يده في يده إذا مدها من غير كلام فلا بأس كما تقدم ، ويعلمه بعد انتهاء الخطبة أن هذا لا ينبغي له ، وإنما المشروع له إذا دخل والإمام يخطب أن يصلي ركعتين تحية المسجد ولا يسلم على أحد حتى تنتهي الخطبة ، وإذا عطس فعليه أن يحمد الله في نفسه ولا يرفع صوته .

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".

Jelas fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan yang anda nyatakan itu, maka "Adalah dikatakan telah lalai Jumaat seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar mesej SMS melalui handphone". Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat, menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan, sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke, GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain adalah dilarang (secara umumnya).

wallahu' alam

-wassalam-
-------------------------

Rujukan :

1]. Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr Tidak faham Khutbah url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=21624&dgn=3&dgn=2

2] Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Tammaam Al-Minnah. Riyad : Dar Al-Rayan, 1999. ms 338

3] Fataawa Al-lajnah Daa'imah - 8. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ed, 2000.

4] Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Shaykh al-‘Allaamah Abdul Aziz bin Baaz - 12. Riyad : Dar Al-Watan, 1998. ms 410

Definasi Muafiq Dan Masbuq

Assalamualaikum wrt. wbt.

Ustaz,
terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana adanya halaman soal jawab agama seperti ini. Saya harap usaha-usaha seperti ini dapat diteruskan lagi agar setiap daripada umat Islam dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu bagi memantapkan amal ibadat kita.

Saya ada beberapa persoalan tentang sembahyang berjemaah. Iaitu berkenaan dengan muafiq dan masbuq.
1. Apakah definisi muafiq dan masbuq daripada segi bahasa dan syarak.

2. Seseorang itu menyertai jemaah ketika imam selesai membaca surah al-fatihah dan belum sempat beliau menghabiskan fatihahnya imam dah mula rukuk, adakah benar pendapat mengatakan jika makmum sempat membaca separuh daripada surah al-fatihah tersebut maka makmum hendaklah menghabiskannya dan jika belum sampai separuh daripada surah al-fatihah tersebut maka makmum hendaklah terus rukuk bersama imam bagi mendapatkan rakaat tersebut.

3. Seseorang menyertai jemaah ketika imam sedang duduk tahiyyat awal, apabila imam bangkit untuk rakaat ketiga, dia pun bangkit dan mula membaca surah al-fatihah untuk rakaat pertamanya. Disebabkan imam terlalu cepat membaca surah al-fatihah, dia tidak sempat menghabiskan fatihahnya, imam dah rukuk, adakah dia sepatutnya rukuk sekali dengan imam atau habiskan bacaan fatihahnya bagi mendapatkan rakaat pertama tersebut.



JAWAB
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah






Definasi:
Masbuq ialah bila makmum yang ditinggalkan oleh Imam yakni tidak sempat ruku' bersama Imam
walaupun pada sekadar tangannya sempat menyentuh lutut hingga Imam iktidal. Maka ia gagal mendapat satu raka'at bersama imam.

Muwafiq ialah makmum yang sempat ruku' bersama Imam. Maka ia telah mendapat satu raka'at bersama imam. Menurut fuqaha' Syafi'iy, ia hendaklah sempat ruku' mengikuti Imam secara thuma'ninah, yakni tidak terlalu gopoh-gapah.
(Rujukan: Prof Dr Abd Karim Zaidan, alMufassal, bab Solat)

soalan: 2. Seseorang itu menyertai jemaah ketika imam selesai membaca surah al-fatihah dan belum sempat beliau menghabiskan fatihahnya imam dah mula rukuk, adakah benar pendapat mengatakan jika makmum sempat membaca separuh daripada surah al-fatihah tersebut maka makmum hendaklah menghabiskannya dan jika belum sampai separuh daripada surah al-fatihah tersebut maka makmum hendaklah terus rukuk bersama imam bagi mendapatkan rakaat tersebut.
--------------------------------------------------------------

Jawab:
Ini adalah masalah khilafiah dan huraian dalam masalah ini memang banyak versinya. Dalam hal membacaal fatihah dalam solat jama'ah , secara keseluruhannya fuqaha' berpecah kepada tiga golongan:

a) Ma'mum membaca bersama imam ketika imam membaca secara sirr (diam) ; namun ma'mum tidak
membaca bersama imam ketika imam membaca dengan jahar (kuat). Ini pendapat Malik dan Ahmad Ibn
Hanbal.

b) Ma'mum sama sekali tidak membaca semasa solat sirr atau jahr. Ini pendapat Hanafi.

c) Ma'mum membaca al Fatihah dan surah alQur'an ketika imam membaca dengan sirr, tetapi hanya
membaca alFatihah saja ketika imam membaca dengan jahr. Iniah pegangan Syafi'iyah.

Dalam kes di atas, anda tidak sempat membaca alFatihah hingga habis dan imam telahpun ruku'. Adakah anda masbuq (tidak mendapat raka'at) atau muwafiq (mendapat satu raka'at)?

Pendapat yang popular ialah: tidak dipandang memperoleh raka'at apabila tidak sempat membaca fatihah sebelum Imam ruku' ketika Imam berada di raka'ata yg sirr (senyap) bacaannya." Inilah pendapat IbnHazm (al Muhalla, Jld 3, ms 243), juga pendapat Imam Bukhari dalam Juz al Qira-ah dan Ibn Khuzaimah dalam sahihnya. mereka mempertikaikan lafaz hadis," siapa yang mendapat ruku', sungguhlah telah mendapat raka'at." Menurut Imam-imam tersebut, lafaz asal berbunyi," sesiapa yang mendapat raka'at, maka sungguh telah mendapat solat." Mendapat raka'at ini bermakna sempat membaca Fatihah.Imam Ibn Mundzir (madzhab Syafi'iy) tidak menyukai perbuatan setengah imam yang sengaja melambatkan ruku' untuk memberi peluang makmum yang lewat untuk mendapatkan raka'at.

Ini bermakna solat ialah kerihatan bagi jiwa, tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa. Tertib dan tuma'ninah perlulah dijaga. Jika tidak sempat membaca fatihah, ruku'lah bersama imam maka tambahlah satu raka'at lagi. Inilah juga pegangan fuqaha' Syafi'iy.
(Rujukan: Prof TM Hasbi AsSiddiqui, asSolah, Pustaka Bulan Bintang, Jakarta)

soalan: 3. Seseorang menyertai jemaah ketika imam sedang duduk tahiyyat awal, apabila imam bangkit untuk rakaat ketiga, dia pun bangkit dan mula membaca surah al-fatihah untuk rakaat pertamanya. Disebabkan imam terlalu cepat membaca surah al-fatihah, dia tidak sempat menghabiskan fatihahnya, imam dah rukuk, adakah dia sepatutnya rukuk sekali dengan imam atau habiskan bacaan fatihahnya bagi mendapatkan rakaat pertama tersebut.

-------------------------------------------------
Jawab:
Solat jama'ah adalah disiplin seperti dalam ketenteraan. Imam dan kelajuannya sepatutnya sudah
diketahui oleh para makmum dan para makmum hendaklah serasi dengan kelajuan imam. Dalam kes di
atas, menurut fuqaha' Syafi'iy di bolehkan lewat sedikit tapi jangan sampai ketinggalan dari imam melebihi dua rukun fi'li (perbuatan) tanpa uzur. Kemudian ia haruslah adjust dengan kelajuan imam. Kerana berdasarkan mafhum hadis,"Imam itu dijadikan agar diikuti, kerana itu janganlah sekali-kali kamu menyalahinya....(HR Syaikhan dari Abu Hurairah)

Rujukan: Syaikh Rahbawi, solat 'ala madzhaabil arba'ah.

Rampai Soalan Tentang Masbuk

Salam
Begini, dalam solat yang saya sempat bersama dgn imam pada waktu rakaat pertama, kemudian saya berhenti solat(sebab terbatal wudu' etc) kemudian apabila sampai kepada imam semula, katakan selepas wudhu' imam sudah selesai al-Fatihah dan mula membaca surah.
Katakan saya mula solat dan imam mula ruku'; adakah saya sama shj spt orang lain yang tidak ikut rakaat pertama? (maksudnya saya masbuk juga, dan terus ruku' sekalipun tak selesai Fatihah)?

Adakah saya berstatus masbuk?
2. Saya mengambil pendirian saya masbuk dan (ada keraguan dalam hati, ttp memandangkan saya tidak pernah berjumpa dgn keraguan spt ini, saya cuba yakin dgn pendapat saya, dan kemudian bertanyakan soalan itu di sini )

Adakah sah solat spt ini?---> saya anggap saya mula memikirkan perkara remeh temeh.(soalan 2)

Wassalam.

Wassalam
JWB:
[U]= Soalan ulangan

Jawapan ini berdasarkan Fiqh Syafi'iy (Mughny Muhtaj: 1/256)
1. Apabila anda menyertai semula Imam dan ada waktu yg mencukupi membaca alFatihah anda dalam kategori muwafiq. Jika anda menyertai semula Imam dan hanya sempat ruku' bersama Imam (tidak ada cukup waktu membaca alFatihah), maka anda masuk kategori Masbuq. Mengikut Fiqh Syafi'iy, jika anda tidak sempat menghabiskan Fatihah, maka anda masbuk dan hendaklah ruku' bersama Imam dan anda beroleh raka'at. Dalil: HR atTermidhdhi," jika kamu dapati Imam sedang ruku', maka takbir dan ruku'lah bersama Imam" (Imam Jalalludin asySyuyuti, atTaysir Jld 2/273)

2. Yakinlah sekarang bahawa anda Masbuk jika tidak sempat membaca Fatihah dgn sempurna (hingga habis). Bagi madzhab Syafi'iy, anda mendapat raka'at itu. Berdasarkan hadis atTermidzi (alMuntaqa, Jld 1/614 dan Aun alMa'bood: 1/32)
"sesiapa yg mendapat ruku' telah mendapat solat."

Ahli Tahqeeq dan ahli Hadis spt Imam alBukhari, Ibn Khuzaymah, Ibn Hazm alAndalusia (alMuhalla: 3/243) dan Ibn Rusyd berpendapat Matan (teks) hadis ini berbunyi begini
"Barangsiapa mendapat raka'at maka telah mendapat solat"
Maksudnya solat anda sah tapi anda tidak mendapat raka'at itu kerana alFatihah tidak lengkap. Syarat mendapatkan raka'at ialah membaca alFatihah dgn lengkap. Ini bermakna anda kena menambah raka'at utk mencukupkan bilangan rakaat selepas Imam memberi salam. Tapi pada madzhab Syafi'iy ia mendapat raka'at bersama Imam. Jika anda masih keliru hubungi kami kembali. WA

Jemaah Dengan Isteri

assalamualaikum,
Apabila bersolat berjemaah dengan isteri di rumah, dan terlupa satu
rukun, bagaimana caranya isteri hendak tegur dalam solat?

Sekian, wassalam

Jawapan
Terimakasih kerana mengunjungi aL-AHKAM online, alhamdulillah inilah jawapannya:
Kami nukilkan dari kitab Mathla'in Nurain, karya al-Haj Zakaria bin al-Haj Ahmad Wan Besar, vol 1, hal. 110 - 111:

"(Faslun) perkara-perkara yang menyalahi lelaki dan perempuan di dalam sembahyang:
Bermula perkara-perkara yang menyalahi lelaki dan perempuan di dalam sembahyang adalah seperti berikut: Bagi orang lelaki:"

"....5. Mengenai atau ternampak sesuatu di dalam sembahyang hendaklah membaca Subhanallah. Samada sesuatu itu harus seperti orang minta izin masuk rumah, atau sunat seperti menegur imam yang lupa satu perkara...."

Seterusnya beliau berkata untuk perempuan pula:

".... 5. Jika mengenai atau berlaku sesuatu perkara di dalam sembahyang hendaklah ia tepuk tapak tangannya yang kanan atas belakang tapak tangannya yang kiri...."

Antara Tahyatul Masjid Dengan Qabliyah

Seorang datang kemasjid ketika mendengar azan subuh di kumandangkan.
Apabila sampai dimasjid beliau hendak melaksanakan solat sunat tetapi
difikiran tertanya-tanya kerana pada ketika itu beliau boleh
melaksanakan 2 solat sunat iaitu sunat tahyatul masjid dan juga sunat
subuh(qabliah)... jika nak di buat kedua-dua sekali solat tersebut
masanya tak mengizinkan....
Persolannya: Mana lebih afdhal antara ke dua solat tersebut??

Jawapan:

(1)
Disunatkan mengerjakan sembahyang dua rakaat bagi orang yang memasukki masjid. Ia dinamakan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Iaitu sembahyang menghormati masjid. Maksud menghormati di sini ialah mengagungkan tuan masjid itu (Allah Taala).
Sabda nabi s.a.w.:
"Apabila salah seorang dari kamu masuk ke masjid, maka jangan duduk sehingga dia bersembahyang dua rakaat." (Riwayat al-jamaah dari Abi Qatadah, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

Masuk ke masjid tanpa melaksanakan sembahyang Tahiyatul Masjid adalah makruh.

Kesunnahan melaksanakan solat Tahiyatul Masjid akan luput dengan duduk yang lama, atau duduk sekejap dalam keadaan dia tidak lupa dan tahu tentang kesunnahannya.

(2)
Mengenai soalan saudara, saya nukilkan dari kitab jawi klasik Furu' Masa'il, karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani (vol.1 hal. 93). Saya terjemahkan secara bebas:
Soal: Adakah mendapat fadilat tahiyatul Masjid dengan mengerjakan sembahyang fardu atau sembahyang sunat qabliyah Subuh atau Zohor? Apakah ketika mengerjakan sembahyang fardu atau sunat qabliyah itu perlu diniatkan kedua-duanya - Niat sembahyang fardu/qabliyah dan niat sembahyang Tahiyatul Masjid? Ataupun tak perlu niat, hanya niat sembahyang fardu/qabliyah sahaja untuk mendapatkan fadilat Tahiyatul Masjid?

Jawab: Untuk mendapatkan fadilat Tahiyatul Masjid, tidak perlu berniat tahiyatul masjid ketika mengerjakan sembahyang fardu/qabliyah. Inilah pendapat yang muktamad.

Begini, dalam kes yang saudara hadapi, saudara tidak perlu mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid. Memadai dengan mengerjakan sembahyang qabliyah Subuh. Dengan mengerjakannya, saudara akan memperoleh fadilat Tahiyatul Masjid.

Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan:
"Mengerjakan sembahyang fardu atau lainnya (sembahyang sunat), dapat menggantikan sembahyang Tahiyatul Masjid. Dan, tak perlu niat Tahiyatul Masjid."

"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

aL-AHKAM online.

Wallahu a'lam.

Rujukan
1. Mughni al-Muhtaj - vol 1, Muhamad al-Khatib al-Syarbini
2. Feqhul Islami Wa adillatuhu - vol 2, Dr. Wahbah al-Zuhaili
3. Furu' Masa'il - vol 1, Syeikh Daud Abdullah al-Fathani
4. I'anah al-Thalibin - vol 1, Syed Muhamad Syatho al-Dimyathi.

Takyin???

Assalamualaikum..!
Saya ada satu soalan..iaitu berkenaan dengan 'takyin'..apakah hukumnya setelah melakukan 'takyin' ketika membawa binatang korban ke masjid... sekian wassalam


Wassalam
Jawab:

'Mmm, kita tidak pasti sdr Meli 04 ni tahu apa yg nak ditanyakan?
Persoalan 'Takyin' berada dalam tajuk perbahasan hakikat 'NIAT' menurut madzhab Syafi'i.
Apa pula kaitan dgn Takyin Niat dan heret binatang Kurban ke mesjid? yang kita tahu menyembelih binatang Kurban di mesjid tu memang sunnah tapi tiada kaitan dgn Takyin kerana Takyin tu bid'ah menurut ulama' Salafiyah. harap di susun semula soalan ini, apa sebenarnya yg menjadi kemusykilan anda: Urusan Niat atau urusan Korban? WA

Maksud Sebenar Mengikut Imam Solat

Apakah yang dimaksudkan dengan mengikut imam? Adakah ia dengan berpindah ke rukun seterusnya semasa takbir perpindahan imam atau selepas habis takbir tersebut?


wa'alaikumussalam

Terima kasih sdr AnakAyub (Dr. Ibn Ayub). Kami akan cuba menjawab soalannya dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Yang di maksudkan 'Mengikut Imam'[1] ialah - iqtida' (الاقتداء) - mengikut Imam pada semua perbuatan solat. Ia berlaku dimana ma'mum akan mengikuti perbuatan solat Imam, berdasarkan Hadith nabi saw :

انما جعل الإمام ليؤتم به، فإذا كبر فكبروا، وإذا ركع فاركعوا.

"Sesungguhnya Imam itu dijadikan untuk diikuti, apabila dia takbir, hendaklah kamu takbir, dan jika ia ruku' hendaklah kamu ruku'". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dr Wahbah Zuhaily[1] (Fikh islami, 234) membahagikan kategori mengikut Imam ini kepada 3 bahagian :

a. Muqaranah (المقارنة) - Serentak - perbuatan ma'mum seiring dengan perbuatan Imam.
b. Ta'aqib (التعقيب) - Penyusulan - Makmum akan menyusul perbuatan Imam dengan segera/langsung (mubasyirah).
c. Tarakhi (التراخي) - Melewatkan - Makmum mengikuti Imam agak lewat tetapi sempat bersama Imam.

Disana terdapat perbincangan yang panjang mengenai perbuatan mana yang boleh menyamaai dan perbuatan mana yang perlu menyusuli Imam. Bagi memudahkan perbincangan ini, kami memilih penerangan mudah dari Sheikh Utsaimin didalam hal ini. Beliau didalam Al-Sharh Al-Mumti'(4/275) mengatakan apabila seseorang itu bersolat di belakang Imam, boleh didapati 4 perkara yang berlaku[2]:

1. Mendahului Imam (سَبْقٌ) - apabila melakukan salah satu rukun solat sebelum Imam seperti sujud, atau rukuk. Perbuatan ini adalah haram. Sabda Nabi saw : "jangan kamu ruku' sehingga dia ruku', dan jangan kamu sujud sehingga dia sujud " -{{لا تركَعُوا حتى يركعَ ، ولا تسجدُوا حتى يسجدَ }}. Sabda Nabi saw lagi :"Apakah tidak takut mereka yang mengangkat kepala sebelum Imam akan Allah swt menggantikan kepalanya dengan kepala keldai, atau menggantikan bentuknya didalam bentuk keldai?"-{{أما يخشى الذي يرفعُ رأسَه قبلَ الإِمامِ أن يُـحَـوِّلَ اللهُ رأسَـه رأسَ حِمـارٍ ، أو يجعلَ صورتَه صورةَ حِـمـارٍ}}. Ini merupakan satu amaran bahawa kesalahan ini merupakan satu dosa yang besar.

2. Melambat-lambatkan (تَخَلُّفٌ) - Terdapat 2 jenis. Jenis pertama iaitu penangguhan kerana tidak sengaja akibat sesuatu. Contohnya tidak mendengar suara Imam. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan. Jenis kedua ialah melakukan penanguhan dengan sengaja. Contohnya, bila Imam ruku', dia belum ruku'. Tetapi sempat mendapati ruku' Imam. Perbuatan ini tidak membatalkan solat, tetapi menurut ulama' salaf, ia bertentangan dengan sunnah, kerana sabda Nabi saw "Apabila ia ruku' hendaklah kamu ruku'" {{إذا رَكَعَ فاركعوا }}.

3. Melakukan perbuatan bersama-sama Imam (موافقةٌ) : - terdapat kategori didalamnya.

a. Menyebut perkataan bersama-sama Imam. Perkara ini tidaklah bersalahan kecuali didalam Takbir Al-Ihram dan mengucap salam. Jika dia mengucapkan takbir sebelum Imam menghabiskan Takbir Al-Ihram, maka dia belum dikatakan memasuki solat. Adalah perlu mengucapkan Takbir Al-Ihram setelah Imam selepas melakukannya. Mengenai salam, ulama mengatakan Makruh mengucap salam bersama-sama Imam. Adalah elok mengucapkan salam setelah Imam selesai mengucap kedua-dua salam.Akan tetapi mengucap salam pertama setelah Imam selesai salam pertama, tidaklah menjadi satu kesalahan. Bacaan yang lain seperti tashahud jika ia bersama Imam atau menyedari bahawa ia mendahului Imam didalam bacaan, tidaklah mengapa.

b. Melakukan perbuatan bersama-sama dengan Imam hukumnya adalah makruh. Contohnya Imam mengucap Takbir dan ruku', dimana dia pun ruku' bersama dalam waktu yang sama. Ini adalah markruh kerana Nabi saw bersabda :"Apabila dia ruku',kemudian kamu ruku', dan janganlah rukuk sehingga dia ruku'"-{{لا تسجدوا حتى يسجدَ}}. Samalah apa yang berlaku pada perbuatan yang lain, seperti sujud.

4. Menyusuli Imam/Mengikuti (متابعةٌ)- ini merupakan perbuatan yang di sunatkan. Ia bermakna melakukan perbuatan solat sebaik sahaja Imam melakukannya, tetapi bukan dalam masa yang sama. Contohnya, apabila Imam ruku', tanpa berlenggah kita melakukan ruku' menyusuli ruku' Imam.

Dari Al-Bara' ibn 'Aazib berkata :

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا قال : « سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه » لم يَحْنِ أحدٌ منَّا ظهرَهُ حتى يقعَ النبي صلى الله عليه وسلم سَاجداً ، ثم نَقَعُ سجوداً بعدَه

"Apabila Nabi saw berkata :'Sami'allahu liman hamidah', tiada siapa dikalangan kami membongkok belakang (untuk sujud) sehingga Nabi saw turun ke bawah untuk sujud, kemudian baru kamu turun untuk sujud selepas beliau" - Riwayat Al-Bukhari, 690; Muslim, 474.
-----------

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam Talkhis Solat Nabi saw berpendapat bahawa mengikut perbuatan Imam ialah menyusuli perbuatannya dan bukan melakukan bersama-sama Imam. Didalam no:32[3] beliau mengatakan : "Dan Ma'mum tidak bertakbir sehingga Imam selesai dari Takbirnya" - (32- ولا يكبر المأموم إلا عقب انتهاء الإمام من التكبير).

wallahu 'alam

-wassalam
=========

Rujukan:

1.Sheikh Dr. Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin. al-Sharh al-Mumti’. Riyad : Muasasah Al-Risalah, 2002.

3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw.

Bacaan Imam Tak Betul

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahkah solat seseorang yang berimamkan imam yang tersilap bacaannya macam ni… “Wala thoooolliiin…” di mana huruf Dhad nya seolah-olah huruf Tho …bukan selalu…kekadang je…ntahler…sebab kecuaian ke…sebab semulajadi ke…sebab tak perasan ke… WA…dan kalau tak sah…kena mufaraqah ke?

Wallahua’lam


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2600 : IMAM TIDAK PANDAI TAJWID & MUFARAQAH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang selalu “ mengunjungi kami “ di masa cuti dan selalu meluangkan masa untuk mempelajari selok-belok pengetahuan Islam . Alangkah bertuahnya agama Islam ini jika kebanyakan belia-beliawanisnya mempunyai sikap seperti saudara :yess , dan itulah harapan dan doa kami agar Allah Ta’ala meramaikan belia-beliawanis Islam yang cinta akan agama Allah Ta’ala ini :doa .

Menurut pemerhatian kami , apa yang tersirat di sebalik soalan saudara ini sebenarnya mempunyai 3 masalah , iaitu :

{ 1 } ~ Siapakah orang yang paling layak menjadi imam bagi sembahyang berjemaah ? .

{ 2 } ~ Sahkah solat seseorang imam yang tidak pandai mengenai Ilmu Tajwid ? .

{ 3 } ~ Kalau tidak sah , apakah para makmum semua perlu melakukan “ mufaraqah “ ( niat berpisah dengan imam itu dan meneruskan sembahyang itu secara bersendirian ) ? .

Dengan hidayah , taufiq dan petunjuk daripada Allah Yang Maha Mengetahui berikut ini adalah jawapannya :

Pertama : YANG PALING LAYAK SEBAGAI IMAM :


Para Fuqaha’ ( cendekiawan Fiqh ) rh telah menggariskan beberapa panduan di dalam permasalahan ini dan mereka telah meletakkan nilai keutamaan yang dituntut itu tertib ( mengikut tertiba keutamaan ) . Akan tetapi kami tidaklah mahu membahaskan masalah itu secara panjang lebar , maka ringkasannya begini :

Menurut al-Imam Nu’man Bin Tsabit ( Abu Hanifah ) rh , al-Imam Malik Bin Anas rh dan al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh yang paling layak menjadi imam bagi sesebuah kumpulan itu di dalam sembahyang mereka ialah YANG PALING ARIF , kemudian diikuti pula YANG PALING PANDAI TAJWID DAN SEDAP BACAANNYA .

Yang paling arif ( mengerti ) di situ tidaklah semestinya mengerti semua permasalahan Fiqh yang begitu luas ini , bahkan cukuplah mengerti hukum-hakam yang berkaitan dengan sembahyang , sama ada daripada segi sah ataupun tidak sesuatu amalan itu dikerjakan di dalam sembahyang .

Dalil ketiga-tiga imam itu ialah sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ

Ertinya : “ ( Sepatutnya ) Dijadikan imam bagi sesuatu kaum itu ialah golongan yang paling mengerti mengenai kitab Allah . Kalau semuanya sama dari segi itu , maka yang paling mengerti mengenai as-Sunnah “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Jemaah Imam Hadist melainkan al-Imam al-Bukhari rh ( Nasb ar-Rayah : 2 / 24 ) .

Akan tetapi , Imam Ahmad Bin Hanbal rh tidak pula berpendapat dengan ketiga-tiga imam di atas , sebaliknya beliau rh mengatakan bahawa yang paling layak menjadi imam ialah yang paling pandai mengenai hukum-hakam Ilmu Tajwid dan yang sedap pula bacaannya .

Kami lebih cenderung untuk berpihak kepada pendapat pertama di atas kerana mengerti mengenal hukum-hakam sembahyang melalui pengajian al-Quranul Karim dan as-Sunnah lebih diperlukan / diutamakan berbanding dengan kemahiran Ilmu Tajwid dan sedab bacaan al-Quranul Karim .

Para sahabat r.a dahulu apabila digelar sebagai “ orang yang paling sedap membaca al-Quran “ , maka sudah tentulah mereka itu juga ialah yang paling mengerti mengenai al-Quranul Karim , disebabkan para sahabat r.a itu sendiri berguru mengenai hukum-hakam Islam dan sebagainya daripada Baginda Rasulullah s.a.w sendiri .

Berbeza dengan zaman sekarang , tidak sedikit di kalangan mereka yang hebat Ilmu Tajwidnya , menang pula musabaqah al-Quran berkali-kali , akan tetapi hukum-hakam Fardhu ‘Ain pun tidak dipelajarinya dengan begitu teliti dan baik .

{ 2 } ~ KESALAHAN TAJWID DAN BACAAN SI IMAM :


Kesalahan membaca al-Quranul Karim dikenali sebagai “ اللحن “al-Lahn .

Al-Lahn ini terbahagi pula kepada 2 bahagian ;

{ i } ~ al-LAHN al-JALI ( Kesalahan Yang Nyata ) :


Seperti kesalahan itu disebabkan kesalahan membaca baris sesuatu kalimah ataupun kesalahan menyebut satu huruf hingga menjadi huruf lain .

Termasuk juga kesalahan itu sama ada kesalahan yang membawa kepada kerosakan pada makna ataupun tidak .

Kesalahan disebabkan al-Lahn al-Jali ini adalah HARAM dan membawa DOSA kepada si pelakunya ( dengan sengaja ) dengan kesepakatan di kalangan seluruh ulama’ rh .

{ ii } ~ al-LAHN al-KHAFI ( Kesalahan Yang Tersembunyi ) :


Seperti disebabkan tertinggal membaca “ ghunnah “ ( dengung ) , memendekkan kalimah-kalimah yang perlu dibaca dengan panjang ataupun sebaliknya dan sebagainya lagi .

Kesalahan ini dinamakan sebagai “ Tersembunyi “ kerana masalah-masalah ini hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar mahir mengenai selok-belok Ilmu Tajwid , berbanding dengan al-Lahn al-Jali di atas .

Kesalahan disebabkan al-Lahn al-Khafi ini boleh membawa kepada HARAM ( menurut pandangan segolongan ulama’ rh ) ataupun MAKRUH ( menurut pandangan segolongan lain pula drp kalangan ulama’ rh ) .

Kembali kita kepada masalah yang ditanya oleh Saudara VHoutenJr tadi , maka yang jelas imam itu TIDAKLAH SENGAJA membaca huruf Dhod menjadi huruf THO’ . Walaupun ia tidak sengaja , tetapi apabila ia berlaku secara berulang-ulang , walaupun tidaklah sampai ke tahap kerap sangat ataupun selalu , maka imam itu sepatutnya TIDAK LAGI dilantik sebagai imam sembahyang .

Kita semua memang sangat-sangat berharap agar pihak berkuasa agama Islam di dalam negara kita , ataupun AJKT masjid / surau sentiasa memantau permasalahan seperti ini agar tidak menimbulkan keresahan dan sikap tidak senang di kalangan para jemaah / anak-anak karyah .

{ 3 } ~ PERLUKAH SI MAKMUM “ MUFARAQAH “ ? :

Menurut mazhab Imam asy-Syafie rh , imam yang seperti di atas tadi , dikenali sebagai “ UMMIY “ ( erti Ummiy ini asalnya ialah yang buta huruf ) . Seseorang yang Ummiy ~ seperti imam itu , yang selalu bertukar-tukar huruf-huruf di dalam bacaannya ataupun yang menyebabkan sesuatu makna ayat itu boleh berubah drp asalnya ~ maka TIDAK SAH diikuti imam seperti itu di dalam sembahyang berjemaah terutama sekali di bacaan al-Fatihah disebabkan ia adalah salah-satu drp rukun sembahyang .

Oleh itu hendaklah si makmum itu melakukan MUFARAQAH ( berpisah dengan imam itu dgn melakukan terus sembahyang itu secara bersendirian pula ) . Jika mufaraqah itu dilakukan disebabkan sebab-sebab yang dibenarkan syarak ( seperti imam di atas tadi ) , maka hukumnya adalah HARUS ( dibenarkan ) , dan jika dilakukan mufaraqah itu tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak , hukumnya adalah MAKRUH .

Nasihat kami kepada mereka yang beramal dengan mazhab al-Imam asy-Syafi’e rh :

Tidak perlulah melakukan mufaraqah dengan imam yang tersilap bacaan al-Fatihah kerana bukakankah saudara-saudari sendiri akan membaca pula surah al-Fatihah itu selepas Amin , iaitu ketika imam membaca surah ? . Dan al-Fatihah yang saudara/i baca itu sendiri sudah cukup untuk menjadikan sembahyang saudara/i sekalian sah dan diterima , Insya-Allah .

Dan kalau saudara/i sendiri masih merasa tidak cukup dengan al-Fatihah yang saudara/i baca itu , maka mengapa pula ianya dibaca selepas Amin ? , bukankah lebih baik diam dan dengar dengan baik bacaan surah oleh imam itu sebagai mana penganut-penganut mazhab selain mazhab Imam asy-Syafi’e !? . Ataupun kalau masih merasa tidak cukup , saudara/i sendiri bolehlah menambah satu lagi rakaat untuk menyempurnakan sembahyang itu disebabkan rakaat yang pertama tadi dianggap tidak sah sendiri oleh saudara/i .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ al-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ha
{ Ketua Jabatan Fiqh & Perbandingan Mazhab , Universiti Damsyiq , Syiria }
Jilid : II , Halaman : 1201 – 1205 , 1214 , 1225 – 1227
Terbitan : Darul Fikr ( 1997 )

[color=red] 2 – al-IDOH : Fi TAJWID KALAM al-FATTAH [/color]
Oleh : Almarhum al-‘Allamah Syeikh Abdullah al-Jauhari as-Saiyid rh
{ Salah-seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemeriksa Mushaf al-Quranul Karim Cetakan Mesir }

Tiga Kali Berturut Tak Solat Jumaat

Assalamualaikum.......

Saya ingin bertanya apakah hukum org yg meninggalkan solat fardu Jumaat lebih daripada tiga kali berturut2.Bagaimana pulak hukum security yg jaga shopping kompleks yg tidak Jumaat tu?Sekian diharap penjelasan ke atas kedua2 soalan ini.


Salam

ana nak tumpang sekaki, nak tanya !!

(i) bagaimana dengan pak polisi yang sibuk jaga lalu-lintas di depan masjid negara /dan beberapa masjid lainnya, dan yang sibuk jaga orang-orang besar di masjid tapi tak sibuk nak solat Jumaat? Bagaimana dengan pak polisi yang berada di balai-balai polis yang sibuk jaga macam-macam? :dollar

(i) kenapa mesti "tiga kali Jumaat". kenapa tak sekali, dua kali atau lima kali? Apa sumbernya?

Diikut Makmum Ketika Sedang Solat Sunat

Salam
Sedang saya solat sunat Asar, seorang makmum menepuk belakang bahu (isyarat menjadi makmum). Selepas saya menghabiskan solat sunat 2 rakaat saya terus kebelakang makmum yang menepuk bahu saya dan terus saya mejadi makmum di belakang orang yang telah menjadi makmum saya tadi dengan niat solat Asar. Macam mana tu Tuan2. Semoga ulasan, hujah tuan tuan menambahkan lagi ilmu


Wassalam
Jawab:
1. Anda sedang solat sunat, datang orang solat fardhu menjadikan anda Imam. Jawab: sah menurut Syafi'iyah Hujahnya: sah orang solat fardhu berimamkan orang solat sunat

2. Anda berpindah setelah tamat solat, anda solat fardhu bermakmumkan ex-makmum anda. jawab: sah menurut Syafi'iyah kerana sama jazam dan jenisnya. lagipun hubungan Imam-makmum sudah putus sebaik saja anda beri salam. (Fiqh Islam wa adillatuh, Jld 2)
P/S: Menurut salaf, solat yg berlaku selepas Imam tetap telah selesai, maka pahalanya tidaklah sama lagi. jadi disiplinkan diri sentiasa dapat bersama dgn Imam tetap, kalau tidak apa yg berlaku spt di atas akan berleluasa dan hilanglah rupabentuk solat jama'ah yg asal di zaman salaf. Kita takut bergilir-gilir menjadi Imam ini menjadi penyakit dan menjadi bid'ah-bad'ah baru. Kalau berlaku sekali-kala tidaklah kita persoalkan. WA

Dua Kumpulan Solat Jumaat Dalam Satu Masjid

Terdapat dua kumpulan yang melakukan solat Juma'at berasingan pada satu masjid. Kumpulan yang mana satukah yang sah solat Juma'atnya.

Jawab:
Ini belum pernah terjadi baik di zaman salaf atau di zaman kita: yakni jika betul seperti yg didakwa: solat Juma'at berlaku serentak dalam satu mesjid. Yang biasa berlaku di Malaysia, ialah sebaik saja Imam yg sah solat, muncul satu kumpulan solat jama'ah (mungkin solat Zuhur) kerana menetapkan solat Juma'at Imam tidak sah.
Dalam hal ini tiada hukum sah/batal, melainkan hendaklah disiasat oleh Penguasa. Ini kerana ia berlawanan dgn Sunnah Muhammad saw. sebab itu kita biasa dengar kes solat dua Imam. memang benar, pendapat yg asah dalam madzhab Syafi'iy ialah, solat yg pertama dari Imam yg dilantik itulah yg sah. (Muhaddith Albani, Ajwibah an nafi'ah 'an Asilah Lajnah Masjid alJami'ah wa Yaliiha Ahkamul Jum'ah wa Bid'uha) WA

Bolehkah Daimul Baul Jadi Imam?

assalamualaikum ustadz,
1. Bolehkah orang yg berpenyakit istihadhah/salsabul(kencing tak tus) menjadi imam dlm solat berjamaah?, walaupun kemaluan sudah dicuci dan dibalut?

2. Apakah niat wuduk/mandi wajib org seperti ini berbeza dengan org yg sejahtera kesihatannya? ia berniat dengan "..mengharuskan solat". betul kah kenyataaan ini?


Wassalam
Jawab:
1. Lelaki yg berpenyakit dedas (kencing tidak tus) itu bukanlah istihadzah (kerana istihadzah hanyalah utk perempuan aje), dalam bahasa Arab dinamakan juga Daimul Baul. Hukumnya: Imam dedas boleh menjadi Imam menurut Syafi'iyah dan Malikiah (Aqwal atTaam fi Ahkam al Makmum wal Imaam lil Ibn 'Imaad alMisyri)

2. Tidak ada niat extra atau berlainan antara orang dedas dengan orang sihat. WA

Dua Imam Dalam Satu Surau

Salam
Apakah hukumnya terdapat 2 imam dalam satu surau yang sama? :confused:


Wassalam

Jawab:
Haram menurut Malikiah (Syarh asSagheer:1/432); Hanbaliah (Mughny: 2/180)
Makruh menurut Syafi'iyah (Mughny Muhtaj: 1/234)

Dalil dari manhaj Salaf:
HR Abu Daud (Nailool Awthor: 3/159) dari Abi Hurayrah ra," Tidak boleh seorang lelaki yg beriman kepada Allah dan Hari Akhir menjadi Imam kpd suatu kaum melainkan dgn izin mereka dan tidak boleh ia mengaku Imam melainkan dgn permintaan mereka, Sekiranya ia berbuat demikian, sungguh dia telah mengkhianati mereka."

P/S: Masalah dua Imam adalah satu kesalahan di Malaysia kerana urusan perlantikan Imam terletak di bawah sultan dan majlis agama. WA

Imam Yang Belum Baligh

Assalamualaikum,
apakah hukum kita berimamkan orang yang belum baligh,sedangkan didalam surau itu terdapat orang yang sudah baligh?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdr Tholiban. Kami akan cuba menjawab soalan sdr tersebut dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah Imam ialah baligh, maka tidak sah kanak-kanak (sibyan - ) mumaiz yang belum baligh [menjadi Imam] didalam solar Fardu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga Imam, tetapi khilaf (berselisih) Syafie. Antara catitan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah :

1. Mazhab Syafie - boleh Imam yang belum baligh dikalangan kanak-kanak didalam solat fardu melainkan Jumaat, tetapi jika terdapat Imam yang biasa maka tidaklah sah melainkan dengan Imam tersebut.

2. Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum baligh secara mutlak, Tidak didalam solat fardu dan juga solat sunat.

3. Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita [sebagai Imam], Tidak khunza - masalah nak mengetahui ia lelaki atau wanita, tidak didalam fardu, tidak didalam solat sunat. Lelaki (bukan sibyan) adalah syarat Imam Mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunza) menjadi ma'mumnya.

Ulama bersependapat bahawa sah ma'mum kanak-kanak mengikut Imam kanak-kanak. (Fiqh 4 mazhab, 1/330-331)[1]
-----------

Pandangan ini perjelaskan oleh Dar Al-Ifta' bi Al-Azhar atau Rumah Fatwa Al-Azhar dengan kenyataannya yang berbunyi:

إن المنصوص عليه فى مذهب الحنفية أن بلوغ الإمام شرط لصحة إمامته للرجال البالغين فى الصلاة المفروضة وكذلك فى النافلة على المختار لما روى عن ابن عباس (‏ لا يؤم الغلام حتى يحتلم )‏ وذهب المالكية إلى أن بلوغه شرط لصحتها فى الصلاة المفروضة ولهم فى النافلة قولان ؛وذهب الحنابلة إلى أنه شرط فى صحتها فى الصلاة المفروضة وأجازوا إمامة الصبى المميز فى النافلة وذهب الشافعية إلى أن البلوغ ليس بشرط فى الصلاة المفروضة ولا فى غيرها لحديث البخارى (‏ أن عمرو بن سلمة كان يؤم قومه على عهد رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم وهو ابن ست أو سبع )‏ إلا أن إمامة البالغ أولى .‏

"Mazhab Hanafi secara khusus menyatakan secara tepat bahawa umur BALIGH merupakan syarat sah Imam didalam solat fardu dan solat sunat kepada ma'mum yang baligh sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas : "Tidak menjadi Imam sehingga mencapai kedewasaan", dan ini diikuti oleh Mazhab Maliki yang mengatakah baligh merupakan syarat sah solat fardu dan sunat. Bagi Imam Syafie pula mengatakan bukan dari syarat Baligh merupakan syarat sah Imam solat fardu dan solat yang lain berdasarkan sebuah hadith dimana: "Sesungguhnya Amr ibn Salamah telah menjadi Imam kepada kaumnya didalam solat semasa hayat Nabi saw semasa beliau berumur ENAM atau TUJUH tahun" melainkan Imam Baligh menjadi keutamaan."

Tambah kenyataan tersebut lagi :

"Bagi mengajar dan sebagai pelajaran anak-anak kamu [persediaan menjadi Imam] , mereka digalakkan menjadi Imam didalam solat-solat sunat."[2]

-------------
Ulama-ulama salaf lebih cenderung kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu sahnya kanak-kanak menjadi Imam dengan meletakkan syarat:

1. Ada ilmu pengetahuan mengenai solat.
2. Baik didalam bacaan Al-Qurannya.

Pandangan ini disokong oleh bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz didalam Kitab Majmu' fatawa beliau dengan berkata :

"Sah kanak menjadi Imam jika baik solatnya sebagaimana yang di riwayatkan oleh Al-Bukhari didalam Hadith Sahih mengenai Amr ibn Salamah Al-Jarami berkata :

{قدم أبي من عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال : أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول : إذا حضرت الصلاة فليؤمكم أكثركم قرآنا , قال فنظروا فلم يجدوا أحداً أكثر مني قرآنا فقدموني وأنا ابن ست أو سبع سنين }

"bapaku datang dari Nabi saw dan berkata bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda,"Bila tiba waktu untuk bersolat, jadikan dikalangan kamu yang paling pandai Al-Quran menjadi Imam solat". Mereka meninjau dan tidak mendapati sesiapa yang mengetahui banyak mengenai Al-Quran melainkan aku, maka mereka menjadikan aku Imam didalam solat, dan aku adalah anak berumur 6 atau 7 tahun".

didalam riwayat Muslim dan Sahihnya pula:

{يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله}

"Menjadi Imam kepada kaumnya mereka yang baik bacaan Al-Qurannya}""[3]

----

Sheikh Sayyid Saabiq, seorang ulama Al-Azhar, didalam buku Fiqh Al-Sunnah (1/257), mengatakan bahawa sah imam kalangan kanak-kanak(sibyan) yang mumaiz (تصح إمامة الصبي المميز).[4]

Menurut Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid, didalam Ahkaam al-Imaamah wa’l-I’timaam fi’l-Salaah oleh ‘Abd al-Muhsin al-Muneef, dalil dari hadith pertanyaan 'Amr ibn Salamah [seperti yang dinyatakan oleh Bin Baaz] menunjukkan kanak-kanak boleh menjadi Imam solat. Jika ianya tidak dibenarkan, pasti ada kenyatan yang mengatakan kanak-kanak tidak dibenarkan menjadi Imam. Kenyataan-kenyataan ini disokong oleh Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 7/389-390 dan al-Maghaazi, 3963.[5]

Kesimpulannya, terdapat khilaf didalam permasalahan ini dimana 3 Imam mazhab tidak membenarkan Imam dikalangan kanak-kanak. Tetapi ulama dikalangan Syafie dan salaf membenarkan Imam dikalangan kanak-kanak, dengan syarat mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang baik mengenai solat dan baik bacaan solatnya. Pandangan ini disokong Lembaga Fatwa Arab Saudi. Mazhab Syafie memberi keutamaan kepada Imam yang baligh untuk menjadi Imam. Jika berlaku keadaan tidak berjumpa Imam, maka hadith 'Amr ibn Salamah boleh digunakan.

Bila bercerita tentang sibyan menjadi Imam, teringat akan kisah ulama' Qatar terkenal, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi (ha), didalam buku yang ditulis oleh anak muridnya (terima kasih Al-Fadhil Ustaz Pendekar diatas kiriman buku tersebut :) ) menceritakan bahawa Al-Qardhawi ini sebelum berumur 10 tahun sudah hafiz Al-Quran dan hukum-hukum tajwid dan menjadi Imam dikampungnya, khususnya pada waktu Solat Subuh[6]. Sungguh faqih orang ini.......

----
wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan:

1. Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-fiqhu 'ala al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Kaherah : Dar Al-Manar, 1999.

2. Dar Al-Ifta' bi Al-Azhar. Imam kanak-kanak didalam solat. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7780

3. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fatawa samaahah Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 391

4. Sayyid Saabiq. Fiqh Al-Sunnah - vol I.. Cetakan khas. Kansas : Al-Manar (international), 1995.

5. Sheikh Mohammad Saleh Al-Munajjid. Fatwa solat berimamkan Sibyan. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=9933&dgn=3&dgn=2

6. Essam Talimah. Al-Qardhawi Faqiihan. 2000. ms. 11.

Rampai Masbuk

Salam

1. Katakan saya bersolat jemaah. Andaikan solat Isya'. Apabila sampai di saff, saya berada di dalam imam dan makmum sedang sujud rakaat ketiga. Dan kemudian bangun utk rakaat ke-4. Apabila saya mengangkat takbir, adakah saya kena habiskan fatihah, sebab kadang2, imam baca al-fatihah laju.
Adakah sama dgn keadaan di mana makmum patut terus ruku' ketika imam rukuk?

2. Sekiranya saya berada di dalam keadaan di atas, tapi sempat sujud kedua rakaat ketiga, tapi tak dapat selesaikan fatihah ketika imam ruku', adakah saya kena ruku' juga?
Atau habiskan fatihah ?

3.Adakah muwafiq hanya berlaku pada rakaat pertama?
Andaikan makmum solat isya,dan makmum masuk pada rakaat kedua. Pada rakaat keempat, makmum tak sempat ruku' bersama imam, kerana menghabiskan fatihah. Adakah limit beliau dua rukun fi'li? Ini kerana saya pernah membaca/dengar dua rukun fi'li yang panjang, bukan rukun fi'li sahaja. Harap ustaz dapat beri penerangan lanjut.
Wassalam.

Wassalam
Jawab:
Kema'afan dipinta kerana soalan ini tersadai lebih dari 10 hari dalam bank soalan. Ini kerana saya agak kesibukan kerja.

1. Apabila anda tiba dan Imam dan makmum berada pada sujud di raka'at ketiga, maka anda hendaklah bertakbir dan turun sujud mendapatkan Imam, raka'at itu tidak di kira. Bila anda bangkit ke raka'at ke 4, itulah raka'at pertama anda dan anda wajib menghabiskan Fatihah kerana anda muwafiq. Jika Imam laju dan anda tidak sempat menghabiskan fatihah, maka anda tidak perlu berta'awudz dan membaca do'a Iftitah.
2. Anda kena habiskan Fatihah, jika Imam ruku' dan Fatihah belum habis, anda kena cepatkan dan ruku' sebelum Imam i'tidal.

3. Muwafiq ialah makmum yg sempat membaca alFatihah (ada waktu yg cukup membaca fatihah) dan berlaku utk semua raka'at. Masbuq ialah makmum yg menyertai Imam dan tidak sempat membaca Fatihah. Dua rukun fi'li ialah cthnya: Imam ruku' (satu rukun fi'li), Imam I'tidal (satu lagi rukun fi'li) dan rukun fi'li yg panjang ialah Imam ruku' dan I'tidal; dan Imam turun utk sujud. Ini dinamakan dua rukun fi'li yg panjang. (Imam Khatib Syarbini,Mughny Muhtaj: 1/286)
P/S: Jalan penyelesaian dari khilaf ini, latihlah dan disiplinkan diri utk segera ke mesjid seperti generasi awal Islam. Hukum masbuk-muwafiq ini ujud pada umat terkemudian yg tiada disiplin diri dan tanda kelemahan mereka menjaga waktu. WA

Dalil Qabliyah Jumaat

assalamualaikum ustad,
berkenaan solat sunat sebelum jumaat.
apakah ada solat qabliah sebelum solat jumaat itu yakni selepas azan pertama?. melainkan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat mutlak..
apakah dalil2 yg mengatakan ada solat qabliah sebelum solat jumaat itu.
harap dapat penjelasan.. terima kasih.

Wa'alaikumussalam sdr Rizal1039. Selamat datang ke Al-Ahkam. Alhamdulillah.

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya berjudul Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah, katanya:

"Tiadalah bagi Jumaat itu sunat sebelumnya menurut pendapat yang paling shahih dari dua pandangan ulama' ini, tetapi telah benarkan oleh syara' kepada orang Islam, apabila masuk ke Masjid bagi menunaikan solat yang dipermudahkan oleh Allah, maka berilah salam pada setiap 2 rakaat, kerana sabda nabi saw :"Solat malam dan siang [selain dari yg wajib] ada 2 dan 2 [rakaat]" - [color="#800000" size="3"]{صلاة الليل والنهار مثنى مثنى } riwayat Imam Ahmad.

Sesungguhnya ada sahih dari Nabi saw didalam banyak hadis-hadis shahih, adalah dibenarkan oleh syara' apabila seorang Islam masuk ke masjid pada hari Jumaat agar menunaikan apa-apa yang Allah izinkannya bersolat sebelum Imam keluar. Nabi saw tidak menghadkan berapa jumlah rakaat samada 2, 4 atau pun lebih. Kesemua ini baik, tetapi minimanya ialah 2 Rakaat Tahiyat Al-Masjid."

------
Bagi pensyarah Al-Azhar, Dr Abdul Fattah Ashour pula:

"Bukanlah azan pertama dan kemudiannya azan kedua yang menjadikan sunat menunaikan Sunat Qabliyah Jumaat sebagaimana yang dinyatakan, tetapi seungguhnya ia adalah Solat Sunat Azan sebagaimana warid dari nabi saw : "Setiap 2 azan ada Solatnya" [color="#800000" size="3"]{ بين كل أذانين صلاة}, "Apa-apa (solat) diantara Azan dan Iqamah" [color="#800000" size="3"]{، أي ما بين الأذان والإقامة}, "Barangsiapa bersolat sebelum Imam naik ke Mimbar, solatlah ia 2 rakaat" {فمن صلى الركعتين قبل صعود الإمام للمنبر صلاها ركعتين}, Sesungguhnya solatnya didalam masjid adalah 4 rakaat, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadis-hadis tersebut.

Telah dinyatakan oleh Al-Syafie didalam solat Zohor, dijadikan 2 rakaat sebelumnya sebagai sunat mu'akad, dan tetapi apa yang datang dari Nabi saw bertentangan dengan apa yang diikuti, Sesungguhnya para jemaah mengadakan solat 2 rakaat Qabliyah yang mengikut mazhab Syafie dan mereka ini ramai yang melakukan di Mesir, Suruhan (perintah) atau tidak, dan akhirnya ia tidak mengajak kepada perselisihan dan kontroversi [color="#800000" size="3"]{{ ولعل من يصلون الركعتين سنة قبلية يتبع المذهب الشافعي والذي عليه كثير من الناس في مصر، والأمر أولا وأخيرا لا يدعو إلى خلاف وتنازع .}}. "

--------

Bagi ulama salaf pula mengatakanmemang tidak ada sunat Qabliyah Jumaat. Ini telah dijelaskan oleh Sheikh Nasyiruddin Al-Albani (Bida' Al-Jumu'ah), Ibnu Qayyim (Zaad al-Ma'aad), Imam Abu Shaamah (Kitaab Al-Jumu'ah) dll. Walaubagaimana pun menurut beberapa ulama', tidaklah wajar meninggalkan solat sunat sebelum Imam naik ke Mimbar (untuk membaca Khutbah). Ini telah dinyatakan oleh kedua-dua ulama' diatas dengan membawa hadis-hadis yang dibenarkan oleh syara' bersolat sunat sebelum Jumaat seperti solat sunat azan atau Sunat Mutlaq atau setidak-tidaknya Solat Tahiyatul Masjid. Malah menurut Sheikh Abdul Aziz didalam Majmu' fatawa (4/500-501):"Sunat tatkala memasuki masjid bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid walaupun Imam sedang berkhutbah".

Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah. Riyad 12/386

2. Dr Abdul Fattah Ashour. Fatwa IslamOnline.Net. Sunat Qabliyah Jumaat. url :
sumber : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=72541

3. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. cetakan ke 3. Dar Al-Fikr, 1989

4. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' fatawa Jilid 4. Dar Al-Watan.

Tak Sempat Ruku' Bersama Imam

A'kum ustaz..

Saya solat berjemaah dan takbir al-ihram bersama2 imam solat asar. Namun belum sempat saya menghabiskan bacaan fatihah, imam terus rukuk. Disebabkan saya di pertengahan ayat terakhir fatihah, maka saya menghabiskan bacaan dan tertinggal rukuk bersama imam. Adakah saya dikira sebagai muafiq atau masbuq? Apakah rakaat itu dikira? Adakah muafiq dikira pada fatihah atau pada ruku'?

sekian.

Wassalam
Jawab:

Versi Syafi'iy:
Jika anda tidak sempat menghabiskan Fatihah, maka anda adalah masbuq dan hendaklah memotong bacaan dan ruku' mengikut Imam. Raka'at itu dikira. Muafiq menurut Syafi'iyah ialah makmum yg sempat menghabiskan Fatihahnya dan kemudian ruku' mengikut Imam walaupun lewat menyertai solat jama'ah.

Dalam kes anda, anda terus menghabiskan Fatihah dan gagal menyertai Imam pada ruku' dan i'tidalnya, maka anda tidak mendapat raka'at itu. (Mughny Muhtaj: 1/256: Ibn Imad alMisri, Aqwal atTaam fi ahkam alMa'mum wal Imam) WA

Tahiyat Akhir Di Belakang Imam

Salam

Bila imam sudah memberi salam, sedangkan makmum belum habis bacaan tahhiyat akhir, sampai manakah bacaan yang harus makmum habiskan. Adakah harus membaca sampai akhir tahhiyat ataupun sampai yang wajib sahaja (Selawat keatas Rasul dan kaum kerabat)

Wassalam
Jawab:
Fiqh AlAhkam memohon ma'af kerana soalan ini sudah berada 10 hari dalam Bank Soalan. Thtl agak sibuk dan gangguan talian internet. Syekh alUstaz Pendekar juga terganggu dgn pecahnya Perang di Furat (firasat shj).

Masalah yg anda ajukan itu dinamakan masalah khilafiah (maksudnya ada banyak jawapan jika diajukan pada fuqaha') kerana simpangsiurnya nas-nas dalam hal ini.

Spt biasa Ahkam akan memberi jawapan yg variasi dan memberi pendapat tahqeeq utk kemantapan dan penjernihan dalam isu2 yg khilaf.

Versi Syafi'iyah (Imam syaraf anNawawi: Syarah Muslim (4/123), anda hanya perlu membaca Selawat atas Nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat (optional)
Versi Maliki dan Hanafi: sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi saw, keluarga dan ke atasn Ibrahim AS
Versi Hanbali: wajib selawat atas Nabi saw, keluarga dan selawat Ibrahimiyah (Fathul Bari: 9/163)

Versi tahqeeq (kajian dan analisa):
a. Imam Syun'ani (Subulus Salam: 1/193) WAJIB hukumnya selawat atas Nabi dan keluarganya. Tidak dinamakan selawat atas jika ditinggalkan keluarganya)
b. Imam Syawkani (Nailool Awthor: 2/324) juga memilih hukum wajib membaca selawat dgn meliputi keluarganya
c. alMuhadith Nasyiruddin Albany (Sifat Solatun Nabiy: 197) menjadi kewajipan kita mencontohi Nabi saw dalam solat secara lengkap tanpa meninggalkannya. alMuhaddith menyandarkan hujahnya dgn hadis yg disepakati sahihnya dari Fadhalah bin Ubayd ra yg dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaymah dan alHakim. Hadis ini disahihkan oleh anNawawi dan azZahabi . Hadis ini menjadi dalil wajibnya selawat dgn versi yg lengkap.

Itulah secara lengkapnya kita kemukakan. Jika anda selesa dgn pendapat Imam Nawawi, maka selawat paling ringkas dan memadai utk sahnya solat ialah selawat atas Nabi saw shj (Allahumma syalli 'alaa Muhammad) WA

Amin Selepas Imam Baca Fatihah

Salam
Bacaan amin setelah selesai bacaan al-fatihah mempunyai beberapa pendapat:
1. Imamiyah-tiada sebutan amin dalam al-fatihah sbb. didalam Al-quran sendiri tiada sebutan t'sbt.
2. 4 mahzab utama-menurut hadith dr Abu Hurairah r.a- sebutan amin merupakan sunnah.
Soalan:
3. Adakah dikira bid'ah jika amin disebut pada akhir setiap bacaan Al-fatihah harian (diluar solat)-spt sebelum tidur dsbnya?
4. Jika al-fatihah dibaca pd rakaat yg. senyap, kemudian si pembaca t'sbt menyebut amin pd akhir bacaan al-fatihahnya...adakah dikira bid'ah hingga merosakkan solatnya?

Wassalam
Jawab:
1. Pendapat Imamiah tidak dapat dijadikan sandaran. Yang paling hampir dgn ASWJ ialah Zaydiyah (pengikut Imam Zayd bin Ali rh) yg juga berpendapat ta'min itu sunnah. Dalilnya: Imam Ali ra juga beramal dgn bacaan ini.

2. Hadis Abu Hurairah ra itu menjadi dalil kesunnahannya. "Jika Imam membaca 'amin', maka bacalah amin juga." (Bukhari:2/262- Fathul Bari)

3. Membaca ta'min setiap kali membaca alFatihah tidak bid'ah.
Dalilnya : HR Ahmad dan tabrani dari Aisya ra " tidak ada sesuatu yg amat dihasadi oleh kaum Yahudi melebihi hasadnya mereka atas kamu (kerana) salam dan amin." (Nailool Awthor)
Dari Ibn Abbas," ada tambahan.."perbanyakkanlah sebutan amin." (Nailool Awthor)

4. Pada raka'at yg senyap juga di sunatkan berta'min (membaca amin) Ini pendapat yg sahih dalam madzhab Ahmad ibn Hanbal (alMughny: 1/565) WA

Masbuk Yang Tidak Boleh Mendengar Bacaan Imam

Assamualaikum,

Seorang makmum masbuk dalam solat maghrib, dia tidak sempat mendengar Imam membaca Fatehah (ikut pendapat yang mengatakan tidak perlu makmum membaca Fatehah didalam solat yang dinyaringkan bacaannya), hanya sempat mendengar bacaan surah. Adakah ia dikira mendapat satu rakaat solat tersebut?


Wassalam.


Jawab:

Anda sebenarnya sudah mendapat satu raka'at bersama Imam. Ini kerana si masbuk jika sempat bersama Imam sebelum Imam ruku', maka telah beroleh raka'at. Cuma jika anda bertaklid dgn fiqh Syafi'iy, anda diwajibkan membaca alFatihah kerana masih ada waktu anda berbuat demikian. Ini kerana alFatihah itu wajib utk setiap raka'at. Jika anda mengikut madzhab Hanafi atau Hanbali, anda hendaklah tekun mendengar bacaan Imam. Mengikut tarjeeh muhaqqeeq (penilaian para pengkaji fiqh), tindakan anda itu adalah suatu tindakan yg lebih rajih. (Tidak perlu membaca fatihah dalam raka'at yg jahar) Allahu a'alam

Kedudukkan Wanita Dalam Solat Jemaah

Assalamualaikum,

Ana ada satu soalan, di sebelah mana kedudukan seorang wanita apabila solat berjemaah bersama dengan suaminya dan minta pihak ustaz nyatakan dalil-dalilnya.

Wassalam


Jawab:

Tidak ada dalil khusus. Ini kerana para sahabat dan salaf sentiasa solat berjama'ah di mesjid. Namun kedudukan wanita walaupun seorang menurut jumhur hendaklah dibelakang lelaki berdasarkan dalil-dalil berikut:

HR Ibn Abi Syaibah (alMusannaf 1/430) dari Anas ra, bahawa ketika Anas solat bersama RasuluLlah saw dan seorang keluarganya (wanita), baginda meletakkan Anas di sisinya dan wanita itu di belakangnya." Juga terdapat hadis Ibn Abbas dalam matan yg sama, kecuali wanita itu dinamakan sebagai Aisyah ra.
alSarakhsyi, alMabsut, 1/43)

Masbuk Solat

Assallamualaikum,

Sukacita jika dapat diperjelaskan terhadap hukum masbuq yakni di masjid yang mana terdapat imam dan bilal terlantik sembahyang jemaah apabila sahaja masuk waktu solat, adalah menjadi makruh jika seorang yang masbuq itu menjadi imam kepada jemaah yang terkemudian(lambat). Sebaliknya jika berlaku demikian ia hendaklah mendapat seorang yang dari jemaah terdahulu untuk sama-sama solat dengannya untuk mendapat pahala jemaah, jika tidak dia hendaklah solat sendirian. Hukum ini terkecuali jika surau/musolah tiada imam terlantik seperti surau di lebuhraya dan sebagainya. Sukacita juga jika dapat dijelaskan kaedahnya jika seorang mendapati dirinya dalam keadaan sedemikian. Terima Kasih.


Jawab:

1. Jika anda tiba di mesjid jami' dan solat telah pun selesai, kecuali beberapa masbuk yg sedang menyudahi solatnya. Dalam keadaan ini, anda hendaklah solat sendirian atau menunggu hingga ada orang yg baru tiba dan dirikan solat jama'ah yg baru atau ada volunteer dari jama'ah asal (yg sudahpun selesai) untuk menemani anda solat sebagai ma'mum, berdasarkan hadis riwayat Abu Daud dan Termidzi dari Abi Sa'eed al Khudry ra, "datang seorang lelaki sedangkan Nabi (saw) telah pun selesai solat. Maka bersabdalah Nabi," siapa yg mahu bersedeqah atasnya?" Maka bangunlah salah seorang sahabat dan solat bersama orang yg baru datang itu.

2. Solat di musolla atau surau spt lebuhraya adalah suatu yg baru dan hukum ke atasnya tidak sama dengan mesjid jaami' memandangkan orang solat sepanjang masa. Maka anda boleh saja menyertainya jika yakin mereka solat seperti anda, jama'-qasr atau solat tamam (sempurna). Jika anda tidak yakin boleh saja solat sendirian. (Yasaluunak)

Berimamkan Orang Yang Sedang Solat

Assalamualiakum,

Dalam masalah seorang yang ingin berimamkan seorang yang lain yang sedang bersolat, apakah kaedahnya serta apakah pendapat yang lebih afdal samaada perlu bertakbir sekadar didengari oleh orang yang ingin dijadikan imam atau perlu bertakbir kemudian menepuk perlahan ke bahunya. Terima Kasih


Jawab:

Tepuk bahu, takbir dengan kuat atau solat disisinya tanpa isyarat semuanya dibolehkan kerana dalilnya tidak ada. Ibn Abbas ra misalnya solat di sisi RasuluLlah saw tanpa memberi apa-apa isyarat. Lagipun orang yg kita nak jadikan Imam itu tidak perlu merubah niatnya menjadi Imam. (alMajmu' 4/105; Fiqh Islami) Allahu a'alam

Wanita Boleh Jadi Imam Solat?

Salamun alaikum

Semalam saya mendengar satu diskusi di radio Ikim.com berkenaan dengan peranan perempuan dalam dunia globalisasi, apa yang menarik minat saya adalah dalam diskusi DJ dan seorang Ust dari Indonesia, dalam dia menceritakan tentang perempuan sekrang perlu bebas kongkongan tanggapan budaya yang mengatakan perempuan nie sifatnya lemah-lembut dan tak layak jadi imam dan azan, si Ust nie telah mengatakan:

" Bahawa ada satu hadith yang lebih kuat matan dan sanadnya, yang mana ada satu hari itu Rasulullah telah mengarahkan seorang sahabiah (ada dia sebut namanya tapi tak berapa ingat) untuk mengimamkan makmum perempuan dan lelaki yang lain "

Kalau macam tu akan bertambah ramai le makmum di masjid kalau perempuan boleh jadi imam, dan akan penuh le saf depan dan akan berebut le orang akan sembahyang di belakang imam, mana le tahu kalau bangun dari sujud boleh tersondol bontot imam pulak...

Saya minta maaf kalau keterlaluan tapi walauapapun saya nak penerangan dari tuan tentang perkara ini... kalau ye pun nak globalisasi takkan sampai keluarkan hadith yang kontroversi nie...


Jawab:

Pembetulan lafaz salam anda. Adapun Lafaz salam "salamun 'alaykum" itu adalah simbol salam dari kumpulan Anti Hadis di mana mereka telah mengambil lafaz ini langsung dari alQur'an dan ingkar kepada lafaz yg diajar oleh Sunnah Muhammad saw, sedangkan lafaz salam yg benar ialah yg dimulakan dgn lafaz "Assalam.." (Jika anda tidak sengaja tidak mengapa dan kami memohon ma'af atas teguran ini)
Kembali pada isu wanita sbg Imam solat:

2. Amatlah mengejutkan jika perkara yg dibangkitkan itu berlaku di sebuah institusi yg sepatutnya menjaga kefahaman Islam yg sahih. Sebenarnya IKIM dan Ustaz atau pak Kiyai dari Indon itu cuba menimbulkan sesuatu yg sudah kejap dan ijma' dalam fiqih, seperti mana seorang penulis veteran di akhbar perdana yg cuba mempertikaikan hijab wanita muslimah.

3. Adapun wanita menjadi Imam solat lelaki. Ijma' (sepakat fuqaha') tidak membolehkan. Kecuali dalam solat tarawikh dan witr, jika makmum lelaki tidak tahu membaca alQur'an dan Imam wanita itu seorang yg mahir membaca alQur'an, inilah pendapat yg masyhur dalam madzhab Hanbali sahaja (Ibn Taymiyah). Ibn Hazm, Maratibul Ijma', no 27; Ibn Hazm, al Muhalla, no 317, Ibn Qudamah, alMughny, Jld 2/164

4. Komentar mengenai hadis yg dinukilkan oleh Kiyai itu begini:
Hadis itu dikeluarkan oleh Abu Daud, alHakim, Ibn Khuzaimah (disahihkan olehnya) dari Abd Rahman bin Khallad dari Ummu Warqah bte Abdullah b Hariths ra. Dalam hadis ini, Nabi saw berada di rumah Ummu Warqah (seorang pengumpul wahyu) dan ketika masuk waktu solat melantik mu'azzin dan Nabi saw menyuruh Ummu Warqah menjadi Imam (pd keluargnya). Kata Abd Rahman, "aku melihat mu'azzin itu seorang lelaki tua." Hadis ini juga di keluarkan oleh Imam Ahmad dari jalur Walid bin Abdullah bin Jami' ra, versi Imam Ahmad menceritakan Nabi saw memerintahkan Ummu Warqah menjadi imam bagi keluarganya dan hendaklah dia mempunyai mu'azzin.

Prof Syarbasi (Yaslunak) menjelaskan jumhur ahli fiqih menolah hadis ini kerana tidak jelas adanya mu'azzin lelaki yg bersolat di belakang Ummu Warqah, sedangkan kemungkinan lelaki tua itu hanya azan sahaja tapi selepas itu menyertai solat jama'ah bersama nabi saw di mesjid nabawi. Sedang dalam riwayat lain, ada menyebut, Ummu Warqah hanya menjadi imam bagi keluarga wanita sahaja di rumahnya.

Satu lagi kemungkinan, Ummu Warqah itu sudah lanjut usia, salah seorang pengumpul wahyu dan menjadi Imam di rumahnya sahaja dan tidak melibatkan orang asing.
Jadi ijma' yg kita sebutkan pada no. 3 di atas membatalkan kisah Ummu Warqah itu sebagai dalil Imamiah wanita dlm solat, yg boleh dijadikan dalil sebagaimana hadis lain bahawa Aisyah menjadi Imam di kalangan makmum wanita sahaja dan bukannya makmum yg bercampur dgn lelaki. Allahu a'alam